Tuesday, July 28, 2009

KoNSeP 5P DaLaM KuRiKuLuM BaHaSa MeLaYu

1. PENGGABUNGJALINAN
- proses menggabungkan beberapa kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan Strategi Penggabungjalinan
  • Beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
  • Menjadikan bentuk pengajaran lebih menarik dan bermakna.
  • Membolehkan suasana pembelajaran lebih berkesan.
  • Boleh mewujudkan pelbagai aktiviti dan melibatkan lebih ramai murid

Bentuk penggabungjalinan

  • Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran ( bahasa ).Sekurang-kurangnya 2 kemahiran.
  • Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran.

Penggabungjalinan dalam Satu Mata Pelajaran ( bahasa )

  • Kemahiran mendengar.
  • Kemahiran bertutur.
  • Kemahiran membaca.
  • Kemahiran menulis
    * Melibatkan sekurang-kurangnya 2 kemahiran


Contoh pengabungjalinan aspek kemahiran bahasa dalam P&P

Bacaan : membaca senyap
Lisan : latihan kefahaman
- soal jawab
- latihan tatabahasa ( dilakukan secara tidak langsung)
- memberi pendapat
Bertulis : latihan kefahaman


2. PENYERAPAN
-Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, kemahiran berfikir dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.


Bentuk Penyerapan

1. Penyerapan isi mata pelajaran lain dalam mata pelajaran bahasa.

  • satu strategi untuk menyerapkan isi pengetahuan daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran lain.
  • Contoh: Dalam PP bahasa, isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Kesihatan diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran bahasa.

2. Penyerapan Nilai

  • Nilai murni dan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
  • Dalam P&P, walaupun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang, namun murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.


17 nilai yang perlu diserapkan dalam P&P


3. PEMULIHAN
- Koh Boh Boon (1982): Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya.


4. PENGAYAAN

- ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar darjah.
-diberi kepada kumpulan murid yang telah mencapai taraf yang memuaskan/telah menguasai kemahiran asas.
-dilakukan semasa murid-murid lain masih berada dalam proses pembelajaran ke taraf yang diperlukan/menguasai kemahiran asas.

-Mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.
-Memberi peluang kepada murid mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan masyarakat.


5. PENILAIAN

- Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.







Monday, July 27, 2009

eRaToSTHeNeS

1.0 PENGENALAN

Geografi merupakan satu bidang ilmu yang mengkajian tentang lokasi dan variasi ruang dalam fenomena manusia dan fizikal di bumi. Perkataan geografi diambil dari perkataan Inggeris yang berasal dari perkataan Greek hê gê ("bumi") dan graphein ("menulis" atau "menggambarkan"). Terdapat lima cabang geografi iaitu Geografi fizikal, Geografi manusia, Geografi persekitaran manusia, Geografi sejarah, dan Geografi sains maklumat.

Geografi fizikal adalah cabang geografi yang membincangkan tentang keadaan fizikal bumi. ia membincangkan tentang bumi sebagai satu sistem, batuan, laut dan lautan, iklim, luluhawa, ekosistem, tumbuhan dan haiwan liar. Aspek manusia pula merangkumi aspek ekonomi, politik, kebudayaan, meterologi dan ekologi bumi yang dipengaruhi oleh kegiatan manusia. Aspek manusia lebih tertumpu kepada sains kemasyarakatan. Ini memberi penerangan tentang cara-cara manusia menyesuaikan diri dengan alam sekeliling dan kesan-kesan kegiatan manusia.

Terdapat ramai ahli geografi (geographers) terkenal sejak zaman klasik hingga kini yang telah memberi sumbangan besar terhadap bidang geografi. Namun, fokus utama lebih menjurus kepada tokoh ilmuan terkemuka Greek/Yunani iaitu Eratosthenes (orang pertama menggelarkan diri sebagai ahli geografi ). Beliau telah mencipta perkataan geografi yang dari perkataan yunani iaitu geo yang bermaksud bumi dan graphien yang bermaksud menulis atau dengan lain perkataan menghuraikan/ menjelaskan/ menggambarkan tentang bumi (earth description) dan beliau menerima idea bahawa bumi berbentuk sfera namun tidak terdapat satupun bukunya yang masih kekal sehingga sekarang. (Mohamad Suhaily,2002)

Tokoh ilmuan ini telah memberi sumbangan besar kepada bidang geografi sebagai pencetus awal kajian geografi sebelum munculnya pakar-pakar geografi sekarang. Oleh itu hasil kajian dan sumbangannya dalam bidang geografi tidak seharusnya dipandang rendah tetapi seharusnya dijadikan rujukan untuk menghasilkan kajian yang lebih bermakna untuk dunia geografi.

2.0 LATAR BELAKANG ERATOSTHENES

Eratosthenes (Ἐρατοσθένης) merupakan seorang ahli matematik Greek, penyajak, ahli sukan ,ahli geografi dan ahli astronomi yang terkenal. Ilmuwan Yunani kuno ini dilahirkan pada tahun 276 SM di Cyrene(Libya) yang terletak di Afrika Utara. Beliau belajar beberapa tahun di Alaxendria dengan tokoh-tokoh yang terkenal. Antara guru yang mengajar beliau adalah seorang sarjana yang bernama Lysanias yang lahir di Cyrene serta ahli falsafah bernama Ariston yang dilahirkan di Cyrene dan belajar di bawah Zeno. Begitu juga belajar dengan penyajak dan sarjana bernama Callimachus yang juga dilahirkan di Cyrene. Beliau seterusnya menyambung pelajaran beberapa tahun di Athena. (O'Connor and Robertson 1999)

Rajah 2.1: Gambar Eratosthenes
Sumber, http://en.wikipedia.org/wiki/Eratosthenes

Seterusnya beliau bekerja di Alexandria/ Kaherah, Mesir. Pada abad ke-3 sebelum masihi, Alexandria adalah sebuah tempat yang menjadi tumpuan pakar dalam bidang ilmiah. Eratosthenes dilantik oleh Ptolemy III Euergetes sebagai pustakawan ketiga Perpustakaan Alexandria di dalam kuil Muses yang dikenali sebagai Mouseion, bagi menggantikan Zenodotos. Di bawah pentadbiran beliau, perpustakaan tersebut dikatakan mempunyai beratus ribu manuskrip yang ditulis di atas kertas yang dihasilkan daripada tumbuhan papyrus dan vellum.

Berdasarkan pemerhatian dan pembacaan, Eratosthenes membina sebuah model yang membahagikan bumi ke dalam lima zon iaitu dua zon dingin, satu di setiap kutub; dua zon iklim sederhana, satu penundaan selatan daripada zon sejuk utara, dan satu penundaan utara daripada zon sejuk selatan; dan satu zon yang panas terik yang dilingkungi Equator dan Tropic Cancer dan Tropic bintang Jadi. Zon-zon ini masih digunakan sehingga kini.

Eratosthenes juga dihormati oleh pengkaji geografi lain kerana kehebatan kajiannya. Sebagai seorang ahli astronomi, Eratosthenes mengira saiz matahari dan bulan dan jarak mereka dari bumi. Pengiraan-pengiraan ini, bagaimanapun tidak berjaya untuk mengira lilitan bumi kerana tidak sama dengan ukuran pada zaman sekarang. Beliau juga menyusun sebuah katalog bintang-bintang dan legenda-legenda asal usul mereka. Hasil kerja ini, "Catasterismi," bagaimanapun telah banyak yang hilang. (Ellen Bailey, 2006)

Eratosthenes juga telah menulis tentang matematik dan geometri. Beliau menghasilkan kaedah untuk membuat salinan kubus dan Kaedah Tapisan Eratosthenes iaitu satu teori untuk mendapatkan nombor-nombor perdana. Beliau juga adalah seorang pengkritik sastera.


3.0 SUMBANGAN ERATOSTHENES

Eratosthenes adalah salah seorang tokoh geografi yang telah memberi banyak sumbangan kepada dunia melalui teori dan pengkajian yang beliau lakukan. Sumbangan beliau dalam bidang geografi telah memberi inspirasi kepada para pengkaji baru untuk terus meneroka alam ini. Antara sumbangan beliau ialah mengukur keliling bumi, Tapisan Eratosthenes dan pemprograman, Kajian tentang kawah-kawah di bulan, dan sumbangannya yang lain.

3.1 Mengukur Keliling Bumi

Eratosthenes memberikan sumbangan yang amat besar di dalam bidang matematik dan sains. Beliau juga merupakan teman baik kepada Archimedes. Antara hasil ciptaan beliau yang terkenal adalah bola armilar yang dicipta pada tahun 255 SM dan oreri pada abad ke-18.

Sumbangan besar beliau terbukti apabila Cleomedes menggelar beliau sebagai orang yang pertama mengukur dan mengelilingi bumi sekitar tahun 240 SM. Melalui sistem latitud dan longitud, beliau menggunakan trigonometri dan sudut kemiringan matahari waktu tengahari di Alexandria dan Syene(Aswan,Egypt) untuk mengukur keluasan bumi..Berdasarkan andaian bahawa perbezaan garis lintang keduanya merupakan 1/50 daripada keseluruhan revolusi, yang memberikan perbezaan sebesar 13% daripada hasil tersebut.Semua ini tercatat di dalam buku Cleomedes yang bertajuk On The Circular Motions of the Bodies.

Rajah 3.1.1: Kaedah pengukuran lilitan bumi
Sumber, http://en.wikipedia.org/wiki/eratosthenes dan Keliling bumi

.Eratosthenes mengetaui bahawa pada waktu musim panas pada waktu siang di syene yang terletak di Tropic of Cancer. Tropic of Cancer adalah salah satu dari garis lintang (garis imajiner di bumi) yang sering ditandakan pada peta bumi. Ini adalah garis yang sejajar dengan lintang 23° 26' 22" di utara khatulistiwa. Berdasarkan pemerhatian beliau,matahari akan dilihat pada zenith, tepat di atas kepala. Beliau juga mengetahui cara pengukuran keliling bumi dari pengukuran hasil kajian di kampungnya Alexandria bahawa sudut kemiringan Matahari pada waktu yang sama adalah 7.2 di selatan zenith.

Berdasarkan tanggapan bahawa Alexandria berada di utara syene, beliau mengandaikan bahawa jarak dari dari Alexandri ke syene ialah 7.2/360 daripada jumlah keliling bumi. Jarak di antara kedua-dua kota tersebut diketahui daripada pada pedagang sekitar tahun 5000 stadia: sekitar 800 km. Beliau memperoleh angka akhir 700 stadia per darjah yang membawa maksud bahawa keliling bumi adalah 252 000 stadia. Ukuran yang tepat dari stadion yang digunakan beliau tidak dapat dipastikan, namun dipercayai bumi berukuran sekitar 39 690 km bedasarkan kajian Eratosthenes.

Walaupun hasil kajian Eratosthenes adalah cukup baik, namun pengukurannya masih terbatas oleh fakta bahawa syene tidaklah tepat berada di Tropic of Cancer, tidak tepat di selatan Alexandria dan matahari berada pada jarak tertentu dari bumi serta bukan sebuah “sumber titik” pada jarak yang tidak terhingga.


Rajah 3.1.2: Cara untuk menentukan saiz bumi.
Sumber, http://en.wikipedia.org/wiki/Eratosthenes dan keliling bumi

Antara sumber lain dari alat pengukurannya adalah ketelitian pengukuran terperinci sudut pada zaman tersebut hanyalah ¼ darjah manakala ukuran dari perjalanan darat masih belum dipastikan. Oleh itu hasil daripada pengukuran Eratosthenes tentang keliling bumi amat mengejutkan banyak pihak kerana keliling bumi yang diukur merentasi kutub-kutubnya adalh sejauh 40 008 km. Usaha Eratosthenes pada waktu itu sangat dikagumi dan diterima sehingga ratusan tahun selepas itu. Malah, 150 tahun kemudian hasil kajian beliau digunakan oleh Posidonius.

Hasil daripada kajian beliau ini, beliau juga dapat mengukur jarak di antara bumi dan matahari. Kejayaan beliau terbukti apabila beliau dapat membina sebuah peta dunia yang sesuai berdasarkan pengetahuan geografi pada era tersebut.


Rajah 3.1.3: Peta dunia pada kurun ke-19
Sumber, http://en.wikipedia.org/wiki/Eratosthenes dan keliling bumi

3.2 Tapisan Eratosthenes dan Pemrograman

Tapisan Eratosthenes merupakan cara untuk mencari semua bilangan prima di antara 1 hingga suatu angka n .Tapisan Eratosthenes dapat dimanfaatkan dalam pemrograman. Program ini adalah sebuah program yang dapat menampilkan deretan bilangan prima yang ada di antara 1 sampai n dengan memanfaatkan idea tapisan Eratosthenes. Berikut ini adalah sebuah potongan kod dalam bahasa pemrograman Java yang mencetak bilangan prima di antara 1 sampai n=120.
Antara langkah tapisan Eratosthenes adalah menulis semua bilangan, bermula dari nombor 1 sehingga 120 dan didaftarkan sebagai A. Kemudian, buat suatu daftar lagi yang masih kosong dan disebut B.Lorekkan bilangan 1 dari daftar A dan tulis 2 pada daftar B. Lalu lorek 2 dan semua gandaannya dari daftar A. Bilangan pertama yang belum tercoret dari daftar A (misalnya 3) adalah bilangan prima. Tulis bilangan ini di daftar B, lalu lorek bilangan ini dan semua gandaannya dari daftar A. Ulangi langkah 4 sampai semua bilangan di daftar A sudah tercoret. Setelah selesai, semua bilangan di daftar B adalah bilangan prima.

Rajah 3.2.1: Potongan kod nombor prima
Sumber, http://en.wikipedia.org/wiki/ Saringan Eratosthenes
Kaedah ini merupakan cara paling sederhana dan paling cepat untuk mendapat bilangan nombor prima, sebelum munculnya Tapisan Atkin pada tahun 2004. Tapisan Atkin merupakan cara yang lebih cepat namun lebih rumit jika dibandingkan dengan Tapisan Eratosthenes.

3.3 Kajian Tentang Kawah-kawah di Bulan

Eratosthenes berpendapat bahawa terdapat satu kawah hentaman yang agak dalam di bulan di atas sempadan antara Mare Imbrium dan kawasan-kawasan Sinus Aestuum maria. Barat borang-borang ia penghabisan banjaran gunung Montes Apenninus. Kawah mempunyai sebuah bingkai bulat yang jelas, dinding dalaman berteres, puncak-puncak gunung pusat, satu tingkat yang tak nalar, dan satu benteng yang luar lecitan. Kawah ini kurang mempunyai sinaran tetapi dilapisi oleh sinaran daripada Copernicus kawah di barat daya.

Di matahari sudut-sudut kawah ini adalah terkemuka disebabkan oleh acuan bayangan oleh bingkai. Apabila matahari berada tepat di atas kawah, bagaimanapun, Eratosthenes secara visual bersepadu persekitaran, dan ia menjadi semakin susah untuk seorang pemerhati untuk menempatkannya. Sinaran daripada Copernicus bohong kawah seberang bidang ini, dan lebih tinggi albedo sinaran ini melayan sebagai satu bentuk menyamar.

Menurut William H Pickering (1942), tompok-tompok gelap terkenal dalam kawah begitu berbagai-bagai dalam satu cara yang nalar atas setiap hari qamari. Beliau mencadangkan gagasan spekulatif bahawa tompok-tompok ini kelihatan seperti bergerak merentasi permukaan. Gagasan spekulatif ini diterima oleh beberapa pihak terutamanya disebabkan oleh reputasi Pickering.

Tempoh Eratosthenian dalam bulan geologi skala masa adalah diantara 3,200 juta tahun lepas sehingga 1,100 juta tahun lepas. Kawah ini dinamakan kawah Eratosthenes, tanda-tanda pembentukan yang mula tempoh ini. Pembentukan kawah Copernicus markah hujungnya, dan mula Copernician Period yang berikut. Besar basal volkanisme tempoh Imbrian tirus di samping dan diberhenti sepanjang jangka panjang ini masa bulan. Mengalir lahar bulan dan termuda dikenalpasti daripada imej-imej keliling adalah buat sementara waktu diletakkan dekat tamatnya jangka masa ini.

Earthnya setara mengandungi kebanyakan zaman Neoarchean (Usia Arkean kurun), Paleoproterozoic dan Mesoproterozoic eras (Proterozoik kurun).

3.4 Sumbangan lain

Eratosthenes Seamount adalah sebuah gunung laut dalam Eastern Mediterranean kira-kira 100 km ke selatan Cyprus. Ia adalah satu puncak gunung besar, tenggelam, kira-kira 120 km panjang dan 80 kilometer luas. Puncaknya terdampar pada kedalaman 690 m dan naik ia 2000 m di atas dasar laut sekeliling, yang terletak di kedalaman sehingga 2,700 m dan adalah sebahagian Eratosthenes Abyssal Plain. Ia adalah salah sebuah rencana terbesar tentang Eastern dasar laut Mediterranean.

Eratosthenes juga menghasilkan banyak teori dan kajian untuk meningkatkan kemajuan sains. Beliau telah menghasilkan sekeping kalendar tahun lompat dan meletakkan asas-asas satu sistematik chronography dunia apabila beliau cuba memberi tarikh-tarikh peristiwa-peristiwa yang sastera dan politikal dari masa pengepungan Troy. Beliau juga cuba menghasilkan satu susunan katalog bintang yang mengandungi lebih kurang 675 butir bintang.

Selain itu, Eratosthenes telah melakarkan laluan sungai Nil ke Khartoum dengan agak tepat. Beliau telah membuat suatu teori bahawa tasik-tasik adalah punca terjadinya sungai. Satu kajian tentang sungai Nil telah dilakukan oleh banyak sarjana di hadapan Eratosthenes dan mereka telah cuba untuk menerangkan teori yang diutarakan oleh Eratosthenes berkaitan sungai itu. Namun, kebanyakan daripada sarjana masih tidak dapat menjelaskan perkara tersebut. Eratosthenes merupakan orang yang pertama disuruh memberi penjelasan tentang cadangannya bahawa hujan turun berdekatan dengan kawasan yang berdekatan sumber air dan alasannya.

Sumbangan lain yang dibuat oleh Eratosthenes untuk bidang geografi adalah penjelasannya mengenai rantau ”Negeri Arab Eudaimon”, yang kini dikenali sebagai Yaman. Beliau menyatakan bahawa negeri itu diduduki oleh empat bangsa yang berlainan. Keadaan tersebut adalah agak lebih kompleks dari yang dicadangkan oleh Eratosthenes, tetapi pada masa sekarang nama-nama untuk kaum yang dicadangkan oleh Eratosthenes, iaitu Minaeans, Sabaeans, Qatabanians, dan Hadramites, masih digunakan

Selain bidang pengkajian geografi dan sains, Eratosthenes juga mempunyai bakat dalam bidang sastera. Beliau telah menghasilkan beberapa karya termasuklah sajak Hermes, yang diinspirasikan dari bidang astronomi, serta karya sastera di teater dan tentang etika yang merupakan satu topik pilihan rakyat Greece.



4.0 KESIMPULAN

Eratosthenes adalah antar tokoh geografi terawal yang mengkaji tentang alam sekeliling di bumi ini. Sumbangan beliau dalam pengkajian bukan sahaja bidang geografi malah dari sudut bidang lain amat besar dan harus dihargai. Walaupun kajian yang dilakukan tidaklah sempurna namun ia adalah pencetus kepada kajian yang dilakukan pada masa sekarang dan seterusnya.

Sehingga akhir hidupnya, Eratosthenes tidak pernah berkahwin dan terkenal dengan sikap sombongnya. Namun begitu, nasib malang menimpa beliau apabila menjadi buta pada tahun 194 SM akibat radang mata yang teruk. Oleh kerana sudah tidak sempurna sifat serta tidak boleh membaca dan menulis, tokoh ini tidak dapat meneruskan kehidupannya dalam keadaan itu. Mengikut lagendanya beliau meninggal dunia di Alexandria setahun kemudian akibat membiarkan dirinya kelaparan. Para sejarawan percaya bahawa Eratosthenes hidup sehingga umur 80 tahun.



BIBLIOGRAFI

Bailey, Ellen (2006). Eratosthenes of Cyene: Geography and Other Work: MAS Ultra

J J O'Connor and E F Robertson ( 1999). "Eratosthenes of Cyrene". MacTutor. School of Mathematics and Statistics University of St Andrews Scotland.

Mohamad Suhaily Yusri Che Ngah (2002). Pengantar Persekitaran Fizikal. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Robertson, Alastair H. F., Mart, Yossi, (1998) Eratosthenes Seamount: an oceanographic yardstick recording the Late Mesozoic-Tertiary geological history of the Eastern Mediterranean, Proceedings of the Ocean Drilling Program, Scientific Results, Vol. 160, Chapter 52,

Sumber, http://en.wikipedia.org/wiki/ Saringan Eratosthenes

http://en.wikipedia.org/wiki/Eratosthenes dan keliling bumi

http://en.wikipedia.org/wiki/Eratoshenes

PRiNSiP-PRiNSiP DaLaM PeNGaJaRaN BaHaSa


1.0 PENDAHULUAN

Tajuk perbincangan ini aalah mengenai prinsip-prinsip yang harus dipegang oleh seorang guru dalam pengajaran khasnya pengajaran bahasa. Guru bahasa perlu mempunyai prinsip mengenai bagaimana cara bahasa itu diajarkan atau dipelajari. Dengan berpegang pada prinsip itu maka ia boleh menghasilkan sesuatu bentuk pengajaran yang baik dan berkesan.

Di samping itu juga guru itu boleh menentukan sejauh mana prinsip-prinsip itu boleh menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Prinsip-prinsip terbentuk dari dua jenis teori yang bertentangan iaitu teori behaviorisme dan teori mentalisme. Sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran.

Menurut Kamus Dewan (1984: 1056), prinsip ialah asas atau dasar yang menjadi pokok sesuatu pemikiran, kajian, tindakan sesuatu teori. Jadi sesuatu teori itu menentukan apakah prinsip yang harus dipegang dalam pengajaran.

Berhubung dengan prinsip-prinsip pengajaran bahasa ia adalah hasil dari dapatan teori-teori pemerolehan bahasa yang pernah disebutkan sebelum ini yang mana akan dibincangkan dari beberapa sudut. Selain itu terdapat juga prinsip-prinsip umum supaya pengajaran guru itu lebih menunjukkan keberkesanan.

2.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAH ALIRAN BEHAVIORISME

Teori behaviorisme beranggapan bahawa bahasa diperolehi melalui proses pengulangan Bahasa dikuasai melalui rangsangan dan gerak balas. Golongan ini mementingkan pengukuhan dalam pembelajaran yang dapat ditimbulkan melalui ganjaran. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran bahasa, teori ini menegaskan latihan dan latih tubi pola. Teori ini juga menekankan kemahiran lisan dalam pengajaran.

Prinsip-prinsip pengajaran bahasa dari golongan ini adalah dari pandangan dan pendapat ahli-ahli psikologi dan linguistic Aliran Behaviorisme. Golongan ini beranggapan bahawa; Pertama, bahasa yang diutamakan ialah bahasa lisan manakala bahasa tulisan merupakan bahasa kedua penting. Ahli-ahli Behaviorisme menegaskan bahawa pengajaran bahasa metsilah didahulukan bahasa lisan.

Ini kemudian diikuti dengan bahasa tulisan yang dianggap perkara penting yang kedua dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini bermakna guru-guru mestilah berusaha untuk membolehkan murid-murid bertutur dalam bahasa itu dahulu dan kemudian baharulah kepada pengajaran membaca dan menulis. Ini hanya dapat dilakukan setelah murid-murid dapat menguasai system bahasa dan struktur bahasa.

Kedua, bahasa adalah satu tabiat. Prinsip ini sesuai diterapkan dalam proses pembelajaran kedua. Untuk membentuk biasaan ini latihan dan latih tubi serta perbualan bahasa juga diutamakan. Guru perlu menyusun pelajaran dengan baik dan pengajaran dimulakan daripada pola-pola yang senang kepada yang lebih susah.

Ketiga, pengukuhan adalah satu syarat penting di dalam pembelajaran disebabkan ia merupakan satu alat untuk menentukan pembentukan tingkah laku yang dikehendaki. Dalam situasi pembelajaran bahasa pengukuh-pengukuhnya adalah pujian, keistemewaan, pengiktirafan, maklum balas, galakan dan sebagainya. Mengikut prinsip ini sesuatu gerak balas yang betul perlu diteguh oleh guru dengan cara memberikan pengukuhan seperti yang disebutkan di atas.

Keempat, latihan pembelajaran adalah latihan yang dikukuhkan. Ia merupakan latihan ulangan satu-satu gerak balas dengan satu-satu rangsangan. Latihan dan latih tubi hendaklah dilakukan dalam keadaan yang bermakna. Ini adalah untuk mengelakkan pelajaran tersebut dari berasa bosan.

Peneguhan boleh dilanjutkan oleh guru melalui penggunaan bahan-bahan makmal bahasa.
Dalam hal ini, satu model pembelajaran telah dikemukakan oleh Behaviorisme iaitu :
Latihan yang dikukuhkan ---> pembelajaran ---> perubahan tingkah laku.

Kelima, model-model bahasa yang terbaik haruslah diutamakan. Dalam konteks pembelajaran ahasa di sekolah-sekolah, bahasa guru menjadi model yang diikuti oleh pelajar-pelajar. Jika model-model ini menggunakan bahasa yang sama atau mirip-mirip sama dengan bahasa matlamat, maka ini akan menguntungkan pelajar-pelajar itu.

Dan keenam, mewujudkan operasi rangsangan dan tindak balas dalam proses pembelajaran. Bahasa adalah hasil operasi rangsangan dan tindak balas. Pembelajaran bahasa akan lebih berkesan jika kedua-dua unsure ini dapat diwujudkan. Selain bertujuan menghasilkan satu pembentukan tingkah baru yang berkesan, ia juga boleh bertindak sebagai daya penggerak dan meningkatkan minat serta motivasi.

Ada beberapa cara yang boleh dilakukan oleh guru untuk mempelbagaikan situasi rangsangan. Pertama adalah dengan cara mempelbagaikan tingkah laku. Kedua adalah dengan cara mempelbagaikan pengalihan saluran deria, ketiga dengan cara mempelbagaikan pola interaksi guru da murid dan keempat dengan cara mempelbagaikan pendekatan, kaedah, teknik, strategi dan alat-alat bantu mengajar.

Berdasarkan teori ini terdapat satu pendekatan yang boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa iaitu melalui pendekatan induktif. Pendekatan induktif ialah memulakan sesuatu pengajaran itu dengan memberikan contoh-contoh terlebih dahulu dan kemudian baharulah diterangkan. Pendekatan induktif menggunakan model: Contoh ???? Generalisasi

3.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN MENTALISME

Teori mentalisme menganggap pemerolehan bahasa merupakan satu proses mental. Menurut golongan ini lagi, seseorang itu mempunyai kecekapan (competence), iaitu rumus-rumus yang ada dalam stok mental, dan prestasi (performance) yang merupakan aspek penggunaan bahasa oleh penutur berdasarkan kecekapan. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, aspek pemikiran, pengetahuan dan makna diberikan penekanan.

Dalam bidang linguistic aliran kod-kognitif tidak ada mencadangkan sebarang kaedah atau prinsip pengajaran bahasa yang tertentu. Walau bagaimanapun kita boleh membuat andaian beberapa prinsip pembelajaran yang dapat diwujudkan melalui pendapat dan pandangan mereka terhaap pemerolehan bahasa. Prinsip-prinsip itu adalah seperti berikut:

Pertama, pembelajaran bahasa merupakan satu proses mental. Melalui proses ini, pembelajaran bahasa dianggap sebagai satu proses pemikiran dan pemikiran ini dilahirkan melalui pertuturan.
Kedua, semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa guru harus menyedari bahawa kebolehan semula jadi untuk berbahasa yang ada pada kanak-kanak itu membolehkan mereka menganalisis pertuturan yang mereka dengar. Guru perlu menggunakan pengetahuan bahasa murid-murid dalam masa merancang dan menentukan bahan-bahan pengajaran yang akan diajar nanti.

Ketiga, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-kanak pada peringkat kematangan yang sama dalam keadaan yang normal. Prinsp ini mempercayai bahawa kematangan yang sama di kalangan kanak-kanak akan mempunyai cirri-ciri pembelajaran bahasa yang sama. Justeru itu, guru hendaklah berhati-hati membuat pemilihan terhadap bahan-bahan yang hendak disampaikan.

Keempat, penyampaian makna lebih diutamakan daripada struktur bahasa dalam sesuatu huraian bahasa. Prinsip ini menekankan kebolehan untuk menggunakan struktur-struktur bahasa yang betul dari segi tatabahasa dan makna bagi membolehkan kanak-kanak itu berkomunikasi dalam masyarakat bahasa itu. Guru harus menggunakan aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dan berkesan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai struktur-struktur bahasa yang terdapat di dalam system bahasanya dengan baik.

Seterusnya kelima, tulisan dan bacaan adalah diutamakan dalam proses pembelajaran. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, kajian-kajian bahasa biasanya dilakukan berasaskan bahasa tulisan. Latihan-latihan tulisan yang diberi termasklah latihan terjemahan bahan daripada bahasa sasaran ke bahasa ibunda atau sebaliknya.

Manakala keenam adalah kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan secara formal. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,
Kajian-kajian bahasa dihuraikan melalui pendekatan deduktif. Ini bermakna, penyampaian pelajaran itu dimulakan dengan pengajaran terus mengenai rumus-rumus ata konsep-konsep tatabahasa dan kemudian baharulah diberi contoh-contoh. Dalam hal mengajarkan tatabahasa kepada pelajar-pelajar biasanya dilakukan secara formal. Pendekatan deduktif menggunakan model: Generalisasi ??? Contoh

4.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN INTERAKSIONALISME

Teori ini memandang pembelajaran bahasa adalah sebagai alat interaksi dan ia merupakan satu proses yang melibatkan mental dan linguistic. Teori ini menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Teori ini juga menyarankan supaya guru-guru memberi banyak latihan kepada pelajar-pelajar. Prinsip-prinsip yang dicetuskan daripada pandangan-pandangan ahli-ahli bahasa Interaksionalisme adalah seperti berikut:

Pertama, penyampaian makna adalah lebih diutamakan dalam komunikasi bahasa. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, sama ada pembelajaran bahasa pertama dan kedua, penyampaian makna adalah penting. Pembelajaran bahasa bukan hanya mempelajari struktur itu tetapi apa yang lebih penting ialah belajar untuk interaksi.

Kedua, pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, bahasa yang dituturkan dan makna yang dimaksudkan adalah
Berhubung rapat. Interaksionalis mementingkan kedua-dua unsure iaitu makna dan struktur bahasa.

Dan ketiga, pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti yang bermakna. Jika guru itu dapat menyampaikan pengajaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang bermakna maka murid-murid berkemampuan untuk menggunakan bahasa itu dengan lancar dan fasih.

5.0 PRINSIP-PRINSIP YANG BERFALSAFAHKAN ALIRAN FUNGSIONALIS

Ahli-ahli bahasa yang menganut fahaman ini bukan sahaja mengkaji bahasa dari segi strukturnya malah mereka juga memberi perhatian yang serius terhadap fungsi bahasa itu. Ini bermakna mereka menegaskan bahasa sebagai alat untuk berkomunikasi . Berikut diperturunkan beberapa prinsip pengajaran bahasa daripada pandangan dan pendapat ahli-ahli Fungsionalis.

Pertama, system tatabahasa dan fungsi bahasa adalah dua perkara yang diutamakan. Sesuatu pengajaran itu haruslah memberi pengetahuan kepada murid-murid tentang sistem tatabahasa atau prinsp-prinsip struktur bahasa yang dipelajari itu.

Bahasa mempunyai fungsi misalnya untuk menyatakan perasaan dan mendeskripsi sesuatu objek. Dalam hal ini, bahasa yang digunakan untuk mendeskripsi sesuatu objek haruslah terdiri daripada ujaran-ujaran yang baik.

Kedua, variasi-variasi bahasa dapat mempertingkatkan tahap kemahiran berbahasa pelajar-pelajar. Bahasa adalah berkembang. Dari itu, wujudlah beberapa variasi dalam penggunaannya.
Dan ketiga, bahasa, adalah alat untuk berhubung. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, murid-murid harus dapat menentukan fungsi-fungsi komunikatif pada bentuk-bentuk bahasa yang mereka kuasai.

6.0 PRINSIP-PRINSIP UMUM

Prinsip pertama adalah bahasa yang digunakan mestilah bahasa standard yang diterima oleh masyarakat dan penutur jati. Bahasa yang baik, betul dan tepat hendaklah digunakan oleh guru-guru bahasa sewaktu menyampaikan pengajaran mereka. Ia juga boleh diterima oleh masyarakat dan penutur jati bahasa itu. Bahasa itu juga mestilah standard. Selain itu, perkataan dan ayat mestilah mempunyai urutan yang baik dan tidak janggal kepada pendengar atau penutur jati bahasa itu.

Prinsip kedua adalah pengajaran bahasa haruslah berdasarkan pendekatan lisan. Pengajaran lisan penting dalam pengajaran bahasa kerana ia bersesuaian dengan proses semula jadi kanak-kanak. Mengikut Awang Mohammad Amin (Kamarudin, 2001:56) mengatakan dalam proses penguasaan pertama, seorang anak memperoleh kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur adalah daripada orang-orang yang hamper dengan kehidupannya seperti ibu bapa dan kaum keluarga atau penjaganya.

Perkara kedua penting ialah kerana lisan adalah lebih senang dikuasai daripada perkara-perkara lain yang dipelajari. Selain itu, kemahiran lisan adalah punca kepada segala kemahiran yang lain. Ini bermakna kemahiran mendengar dan bertuutur adalah asas kepada kemahiran menulis dan membaca.

Prinsip ketiga adalah bahan-bahan pengajaran hendaklah dipilih, disusun, dikawal dan dipertingkatkan.

(a) Pemilihan bahan-bahan pengajaran
Pemilihan bahan-bahan pengajaran adalah proses mencari bahan-bahan yang dihasilkan iaitu yang sesuai untuk pengajaran bahasa. Pemilihan dipengaruhi oleh tujuan dan guna serta tingkat pencapaian pelajar-pelajar itu.

(b) Penyusunan bahan-bahan pengajaran
Bahan-bahan pengajaran harus disusun supaya perkembangannya maju iaitu secara beransur-ansur dengan tertib dari peringkat awal hingga peringkat akhir. Susunan bahan-bahan pengajaran dapat mengelakkan pengajaran berlaku secara kucar-kacir.

(c) Kawalan bahan-bahan pengajaran
Ini adalah bertujuan supaya bahan-bahan pelajaran bahasa dapat disampaikan secara berseimbangan. Ini bermakna guru harus dapat mengawal masa dan bahan-bahan yang hendak disampaikan sesuai dengan satu-satu waktu mengajar yang ditentukan.

(d) Pemeringkatan bahan-bahan pengajaran
Bahan-ahan pengajaran yang hendak disampaikan itu seharusnya dirancangkan terleih dahulu kerana dari segi belakang keluarga, pengalaman, kecenderungan dan kebolehan pelajar-pelajar adalah berbeza. Selain daripada pemilihan dan susunan yang dilakukan, bahan-bahan itu juga perlu diperingkat-peringkatkan mengikut kesesuaian.

Prinsip keempat adalah penguasaan kemahiran bahasa haruslah mengikut susunan iaitu mendengar, bertutur, mambaca dan menulis. Mengikut prinsip ini, mendengar dan bertutur perlu diajar terlebih dahulu dan kemudian baharulah membaca dan menulis. Oleh itu sebutan guru itu hendaklah jelas dan terang yang mana ia menjadi contoh yang baik bagi murid-murid. Sebutan yang betul akan terbawa kepada bacaan yang mengikut cirri-ciri prosodinya dan seterusnya bahan bacaan ini akan dirakamkan ke dalam bentuk tulisan. Prinsip ini menekankan bahawa tiap-tiap satu kemahiran itu harus dilakukan mengikut susunan, iaitu satu kemahiran disusuli dengan kemahiran yang satu lagi.

Prinsip kelima adalah aktiviti-aktiviti pengajaran-pengajaran yang menarik dan bermakna hendaklah diadakan. Aktiviti-aktiviti yang menarik dan bermakna adalah penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran sebagai menarik minat murid-murid untuk menumpukan separuh perhatian pengajaran guru itu. Jadi guru mestilah aktif dan Menggunakan alat-alat Bantu mengajar yang sesuai supaya murid-murid tidak berasa bosan. Manakala kesesuaian pemilihan bahan-bahan pengajaran, pengendalian yang terancang penggunaan kaedah dan teknik yang selaras, kesesuaian aktiviti serta interaksi guru dan murid yang baik akan mewujudkan satu suasana yang baik dan menarik.

Prinsip keenam adalah mengadakan rancangan pelajaran yang kemas dan teratur. Kewajipan guru adalah menyusun rancangan pelajaran dengan baik untuk digunakan dalam jangka masa setahun. Rancangan pelajaran itu mesti disusun dengan teliti dan hati-hati.

Prinsip ketujuh adalah mengadakan suasana belajar yang baik dan berkesan. Guru harus boleh mewujudkan satu suasana yang baik. Pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan licin dan hasilnya juga akan berkesan.

Manakala prinsip kelapan merupakan penilaian pengajaran yang diberikan. Seseorang guru yang dedikasi dan cekap harus dapat menilai pekerjaannya sendiri supaya dia menyedari adakah pekerjaannya itu benar-benar mengikut dasar-dasar pengajaran yang baik. Jika sekiranya terdapat beberapa kekurangan dalam pengajarannya itu maka dia harus segera membetulkannya. Guru yang baik akan sentiasa berusaha mengatasi kekurangan-kekurangan sendiri dengan menyediakan kelengkapan-kelengkapan yang lebih bermutu.

7.0 PENUTUP

Sebagai kesmpulannya, terdapat empat prinsip pengajaran yang mengikut falsafah masing-masing. Pertama prinsip yang berfalsafahkan aliran Behaviorisme iaitu mengutamakan bahasa lisan dalam pengajaran. Manakala aliran Mentalisme menganggap pembelajaran bahasa adalah satu proses pemikiran. Aliran Interaksionalisme pula mempunyai prinsip yang mana penyampaian makna amat penting dalam sesuatu komunikasi bahasa dan seterusnya aliran Fungsionalisme menekankan system tatabahasa dan fungsi adalah dua perkara yang diutamakan.

Seseorang guru itu tidak patut berpegang sama ada pada prinsip-prinsip Behaviorisme atau prinsip-prinsip Mentalisme. Ini adalah kerana cara pembelajaran seseorang pelajar dengan pelajar yang lain adalah tidak sama. Kedua-duanya boleh saja digabungkan dalam pengajaran seseorang guru itu kerana seperti yang pernah dijelaskan sebelum ini kedua-dua teori tersebut adalah saling melengkapi. Prinsip-prinsip dari golongan tersebut hanya sebagai jalan keluar bagi guru tersebut dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi tidak kira dalam pengajarannya atau dalam pembelajaran pelajarnya. Dengan berbekalkan pengalaman yang sedia ada dari guru itu dan menerapkan prinsip-prinsip yang tersebut di atas maka pengajaran yang disampaikan akan lebih efisen dan akan lebih terjamin mutunya.

Rujukan:
Abd Aziz Abd Talib, (2000), Pedagogi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Ab. Rahman Ab. Rashid, Yap Kim Fatt & Ab. Rahim Selamat, (1997), Pengajian Melayu I, Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
Kamarudin Hj. Husin, (1998), KBSM dan Model-model Pengajaran Bahasa, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
______________, (1998), Pedagogi Bahasa, Petaling Bahasa, Petaling Jaya : Longman Malaysia Sdn. Bhd.
_____________, (2001), Pedagogi Bahasa Perkaedahan, Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

SuB GLoBaL SiSTeM aNGiN TeMPaTaN

1.0 Pengenalan

Menurut De Blij (2004), beliau mendefinisikan angin sebagai:
‘ wind is the movement of air relative to the Earth’s surface, is a response to an imbalance of forces acting on air molecules. This is true whether the air moving horizontally or vertically, and indeed these two movement dimension are related via the concept of atmospheric pressure.’
(H.J. de Blij, Peter O. Muller, dan Richard S. Williams, Jr, 2004)

Oleh itu, Angin ialah udara yang bergerak yang diakibatkan oleh putaran bumi (kesan Coriolis) dan juga pemanasan tidak sekata permukaan bumi yang mengakibatkan perbezaan tekanan udara(tekanan tinggi ke tekanan rendah) di sekitarnya. Masa dan skala angin berbeza-beza, dari bayu setempat selama beberapa minit hinggalah angin sejagat selama beberapa hari. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Angin,2008)

Apabila dipanaskan, udara mengembang. Udara yang telah mengembang menjadi lebih ringan sehingga naik. Apabila hal ini terjadi, tekanan udara turun kerana udaranya berkurang. Udara dingin di sekitarnya mengalir ke tempat yang bertekanan rendah tadi. Udara yang naik tadi menyusut menjadi lebih berat dan turun ke tanah. Di atas tanah udara menjadi panas lagi dan naik kembali. Aliran naiknya udara panas dan turunnya udara dingin ini dinamakan perolakan.

Sistem angin boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Sistem Angin Berskala ( besar dan kecil) dan Sistem Angin Tempatan. Namun dalam kajian ini, tumpuan diberikan kepada Sistem angin tempatan dan pecahannya.

2.0 Sistem Angin Tempatan

Menurut De Blij (2004), sistem angin tempatan adalah lebih sesuai dalam cuaca harian kerana ia lebih banyak bertindakbalas terhadap perbezaan-perbezaan halus dalam tekanan atmosfera. Hal ini boleh digambarkan melalui penyataan di bawah

‘Although we cannot overlook the forces outlined in the preceding when we focus our attention on small-scale air flows, local wind system are often more significant in day-to-day weather because they respond to much more subtle variations in atmospheric pressure than are depicted in Fig.9.9. Moreover, because smaller distances are involved, the effect of the Coriolis force can usually be disregarded. A number of common local wind system serve to illustrate how topography and surface type can influence the pressure gradient and its resultant wind flow.’
(H.J. de Blij, Peter O. Muller, dan Richard S. Williams, Jr, 2004)

Sistem angin tempatan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis angin iaitu Bayu Laut dan Bayu Darat, angin gunung dan angin lembah, angin katabatik, angin anabatik dan angin fohn..

2.1 Bayu Laut dan Bayu Darat

Di seluruh kawasan di dunia didapati terdapat pelbagai jenis angin tempatan yang mempunyai pelbagai jenis nama. Antara angin tempatan yang paling terkemuka adalah Bayu Darat dan Bayu Laut. Bayu Darat dan Bayu Laut terjadi disebabkan terdapat perbezaan sifat diantara daratan dan lautan dalam menyerap dan melepaskan tenaga panas matahari. Bahagian daratan ternyata menyerap dan melepaskan tenaga panas matahari dengan lebih cepat berbanding lautan.

Menurut Wikipedia, terdapat pandangan daripada beberapa tokoh mengenai kejadian Bayu Laut dan Bayu Darat. Hal ini boleh digambarkan dalam petikan dibawah.

‘The ancient Greeks were the first to write extensively of the sea-land breeze rhythm. Homer, in the Odyssey, related that both Odysseus and Telemachus set sail after dark to take advantage of the land breeze blowing out to sea. Plutarch spoke of the Athenian commander Themistocles using the onset of the sea breeze, which produced rough seas in the Bay of Salamis, to defeat the Persian fleet. Persian ships could not be maneuvered in the rough seas as well as the smaller ones that were used by the Greeks, thus giving the Greeks the decisive tactical advantage.

Aristotle in Problemata and Theophratus in On the Winds attempted to describe the genesis and nature of the land and sea breezes. They both considered the land breeze to be the dominant partner and the sea breeze only the reflection of the land breeze off obstacles such as islands and coastal hills. They believed that the alternating current, as they called the sea breeze, could not blow across the open sea where no obstacles from which to rebound existed.’
(Keith C. Heidorn, 1998 dalam http://www.islandnet.com/)

Menurut De Blij (2004) pula dalam bukunya Physical Geography, The Global Environtment, beliau menjelaskan tentang Sistem Bayu Laut dan Sistem Bayu Darat. Hal ini dapat digambarkan melalui petikan dibawah:

‘During the day a land surface heats up quicckly, and the air layer in contact with it rises in responseto the increased air temperature. This rising air produces a low-pressure cell over the coastal land or island. Since the air over the adjacent water is cooler, it subsides to produce a surface high-pressure cell. A pressure gradient is thereby produced, and air in contact with the surface now moves from high pressure to low pressure. Thus during the day, shore-zone areas generally experience air moving from water to land that is called a sea breeze(Fig.2.1.1A). At night, when the temperature above the land surface has dropped sufficiently, the circulation reverse because the warmer air (and lower pressure) is now over the water. This results in air moving from land to water and its called a land breez(FIG.2.1.1B)’
(H.J. de Blij, Peter O. Muller, dan Richard S. Williams, Jr 2004:115)

Rajah 2.1.1: Sistem Sirkulasi Bayu Laut (A) dan Bayu Darat (B)
(Sumber: H.J. de Blij, Peter O. Muller, dan Richard S. Williams, Jr 2004:115)

Bayu Darat bertiup pada waktu malam dan Bayu Laut bertiup pada waktu siang. Bayu Darat terjadi ketika pada malam hari tenaga panas yang diserap permukaan bumi sepanjang hari akan dilepaskan lebih cepat oleh daratan (udara dingin). Sementara itu di lautan tenaga panas sedang dalam proses dilepaskan ke udara. Gerakan konvektif tersebut menyebabkan udara dingin dari daratan bergerak menggantikan udara yang naik di lautan sehingga terjadi aliran udara dari darat ke laut. Bayu darat terjadi pada tengah malam dan awal pagi.

Bayu Laut terjadi ketika pada pagi hingga menjelang tengahari, daratan menyerap tenaga panas lebih cepat dari lautan sehingga suhu udara di darat lebih panas daripada di laut. Akibatnya udara panas di daratan akan naik dan digantikan udara sejuk dari lautan. Maka terjadilah aliran udara dari laut ke darat. Bayu laut terjadi pada tengahari dan malam hari. (Rajah 2.1.2)
Rajah 2.1.2: Bayu Darat (a) dan Bayu Laut (b)
Sumberhttp: http://img.photobucket.com/albums/bayudarat&bayulaut.gif

Bayu Laut terjadi di daerah pantai. Pada siang hari daratan lebih cepat menerima panas dibandingkan dengan lautan. Angin bertiup dari laut ke darat, disebut Bayu Laut
Sebaliknya, pada malam hari daratan lebih cepat melepaskan panas dibandingkan dengan lautan. Daratan bertekanan maksimum dan lautan bertekanan minimum. Angin bertiup dari darat ke laut, disebut Bayu Darat. (Rajah 2.1.3)

Rajah 2.1.3: Bayu Laut (A) dan Bayu Darat (B)
(Sumber: "http://ms.wikipedia.org/wiki/Angin)

Malaysia adalah sebuah negara yang dikelilingi laut. Oleh itu, kesan bayu laut dan bayu darat ke atas corak tiupan angin adalah besar, terutamanya semasa hari tidak berawan. Pada keadaan petang yang terang cahaya matahari, bayu laut dengan kelajuan antara 10 dan 15 knot selalunya terjadi dan bayu ini boleh mencapai beberapa puluh kilometer ke dalam kawasan pendalaman. Dalam keadaan malam langit terang, proses sebaliknya berlaku di mana bayu darat yang lebih lemah kelajuannya boleh terjadi di kawasan pantai. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Iklim).

Berdasarkan petikan yang diambil daripada wikipedia, 2007 pula. Terdapat penyataan lain tentang konsep Bayu Laut dan Bayu Darat. Hal ini boleh digambarkan dalam petikan dibawah:

‘Differential heating is the motive force behind land breezes and sea breezes (or, in the case of larger lakes, lake breezes), also known as on- or off-shore winds. Land absorbs and radiates heat faster than water, but water releases heat over a longer period of time. The result is that, in locations where sea and land meet, heat absorbed over the day will be radiated more quickly by the land at night, cooling the air. Over the sea, heat is still being released into the air at night, which rises. This convective motion draws the cool land air in to replace the rising air, resulting in a land breeze in the late night and early morning. During the day, the roles are reversed. Warm air over the land rises, pulling cool air in from the sea to replace it, giving a sea breeze during the afternoon and evening’.
( Diperoleh daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Wind,2007)

2.2 Angin gunung dan angin lembah

Menurut De Blij (2004) dalam bukunya Physical Geography, The Global Environtment, beliau menjelaskan tentang Sistem Angin Gunung dan Angin Lembah. Hal ini dapat digambarkan melalui petikan dibawah:

‘Mountain slopes, too, are subject to the reversal of day and night local circulation system. This wind circulation is also thermal, meaning that it is driven by temperature differences between adjacent topographic features. During the day, mountain terrain facing the Sun tends to heat up more rapidly than do shadowed, surrounding slopes. This caused low pressure to developed, spawing an upsloping valley breeze. At night, greater radiativeloss from the mountainslopes cools them more sharply, high pressure develops, and a downslopinh mountain breeze results’.
(H.J. de Blij, Peter O. Muller, dan Richard S. Williams, Jr 2004:115)

Menurut Wikipedia (2007) pula, Angin Gunung dan Angin lembah boleh dijelaskan seperti dalam petikan dibawah:

Mountain breezes and valley breezes are due to a combination of differential heating and geometry. When the sun rises, it is the tops of the mountain peaks which receive first light, and as the day progresses, the mountain slopes take on a greater heat load than the valleys. This results in a temperature inequality between the two, and as warm air rises off the slopes, cool air moves up out of the valleys to replace it. This upslope wind is called a valley breeze. The opposite effect takes place in the afternoon, as the valley radiates heat. The peaks, long since cooled[, transport air into the valley in a process that is partly gravitational and partly convective and is called a mountain breeze’.
( Diperoleh daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Wind,2007)

Pada siang hari puncak gunung lebih cepat menerima panas daripada lembah yang dalam keadaan tertutup. Puncak gunung tekanan udaranya minimum dan lembah tekanan udaranya maksimum. Kerana keadaan ini maka udara bergerak dari lembah menyusur lereng menuju ke puncak gunung. Angin dari lembah ini disebut angin lembah.

Pada siang hari udara yang seolah-olah terkurung pada dasar lembah lebih cepat panas dibandingkan dengan udara di puncak gunung yang lebih terbuka (bebas), maka udara mengalir dari lembah ke puncak gunung menjadi angin lembah. Sebaliknya pada malam hari udara mengalir dari gunung ke lembah menjadi angin gunung.

Rajah 2.2.1: Bagaimana terjadinya (a) angin lembah dan (b) angin gunung
Sumber, http://img.photobucket.com/albums/v254/tetamu/anginlembah&angingunung.gif


Pada malam hari puncak gunung lebih cepat mengeluarkan panas daripada lembah. Akibatnya di puncak gunung bertekanan lebih tinggi (maksimum) dibandingkan dengan di lembah (minimum) sehingga angin bertiup dari puncak gunung menuruni lereng menuju ke lembah. Angin dari puncak gunung ini disebut angin gunung.

Angin lembah terjadi ketika matahari terbit, puncak gunung adalah daerah yang pertama kali mendapat panas dan sepanjang hari selama proses tersebut, lereng gunung mendapat energi panas lebih banyak daripada lembah. Sehingga menyebabkan perbedaan suhu antara keduanya. Udara panas dari lereng gunung naik dan digantikan dengan udara dingin dari lembah. Akibatnya terjadi aliran udara dari lembah menuju gunung.

Sedangkan pada tengahari lembah akan melepaskan tenaga panas dan puncak gunung yang telah mendingin akan mengalirkan udara ke lembah. Aliran udara tersebut dinamakan angin gunung.

2.3 Angin anabatik

Angin anabatik adalah angin yang menaiki lereng gunung ke atas pada siang hari, terutama sebelum tengah hari. Hal ini disebabkan oleh suhu udara pada lereng lebih tinggi daripada suhu udara pada ketinggian yang sama berjarak agak jauh dari lereng. Karena datangnya dari arah lembah angin ini disebut pula angin lembah. (http://ms.wikipedia.org/wiki/Anabatik_angin)

Bayu lurah (angin anabatik) adalah bertentangan dengan angin gunung. Pada waktu siang, pemanasan lurah-lurah gunung oleh sinaran matahari akan menyebabkan udara menjadi panas dan kemudian naik ke atas mengikut cerun gunung hingga ke puncak gunung. Udara panas yang naik ke atas semakin menjadi sejuk melalui penyejukan adiabatik dan kemudian menghasilkan awan kumulus serta hujan lebat (Rajah di bawah).

Berdasarkan artikel yang diambil daripada wikipedia, 2006 pula, penerangan tentang Angin anabatik boleh dilihat melalui petikan dibawah:

‘An anabatic wind, from the Greek anabatos, verbal of anabainein meaning moving upward, is a wind which blows up a steep slope or mountain side. It is also known as an upslope flow. These winds typically occur during the daytime in calm sunny weather. A hill or mountain top will be radiatively warmed by the Sun which in turn heats the air just above it. Air at a similar altitude over an adjacent valley or plain does not get warmed so much because of the greater distance to the ground below it. The effect may be enhanced if the lower lying ground is shaded by the mountain and so receives less heat.

The air over the hill top is now warmer than the air at a similar altitude around it and will rise through convection. This creates a lower pressure region into which the air at the bottom of the slope flows, causing the wind. It is common for the air rising from the tops of large mountains to reach a height where it cools adiabatically to below its dew point and forms cumulus clouds. These can then produce rain or even thunderstorms.

Anabatic winds are particularly useful to soaring glider pilots who can use them to increase the aircraft's altitude, though detrimental to the maximum downhill speed of cyclists’.
(Diperoleh daripada, http://en.wikipedia.org/wiki/Anabatic_wind, 2006)

2.4 Angin Katabatik

Menurut McKnight, TL & Hess, Darrel (2000) dalam Wikipedia 2008, beliau menjelaskan asal usul istilah Angin Katabatik. Hal ini boleh dilihat melalui petikan dibawah.

’A katabatic wind, from the Greek word katabatikos meaning "going downhill", is the technical name for a drainage wind, a wind that carries high density air from a higher elevation down a slope under the force of gravity. Such winds are sometimes also called fall winds.’

(McKnight, TL & Hess, Darrel (2000:131-2) dalam http://en.wikipedia.org/wiki/Katabatic_wind,2008)


Pembentukan Angin Katabatik
(Sumber, 2.4.1: http://en.wikipedia.org/wiki/Katabatic_wind)

Angin katabatik adalah hampir sama dengan angin gunung kecuali angin katabatik dihasilkan oleh tarikan graviti (jadi amat susah untuk membezakan angin gunung daripada angin katabatik sebab kedua-duanya mengalir dari cerun atas ke cerun bawah). Udara yang sejuk lagi tumpat di puncak gunung atau dataran tinggi adalah lebih berat lalu ditarik ke cerun bawah oleh daya graviti bumi. Contohnya angin katabatik ialah angin mistral (Bahasa Perancis) dan angin bora (Bahasa Yugoslavia) (Rajah di bawah)


Kawasan-kawasan yang terletak di pinggir gurun sentiasa mengalami angin panas dan kering yang bertiup dari gurun. Misalnya, angin panas yang bertiup dari Gurun Sahara ke arah utara dan mempengaruhi pantai Mediterranean dikenali sebagai angin siroko. Angin panas dan kering ini merupakan bencana sebab ia memusnahkan tanaman buah-buahan sitrus. Di Mesir, angin ini dikenali sebagai angin kamsin dan diberikan nama angin leveci di Sepanyol.

Berdasarkan Wikipedia, Proses pembentukan Angin katabatik dijelaskan dengan lebih teliti dalam petikan dibawah:

’A katabatic wind originates from the cooling by radiation of air atop a plateau, a mountain, glacier, or even a hill. Since the density of air increases with lower temperature, the air will flow downwards, warming adiabatically as it descends. The temperature of the wind depends on the temperature in the source region and the amount of descent. In the case of the Santa Ana, for example, the wind can (but not always) become hot by the time it reaches sea level. In the case of Antarctica, by contrast, the wind is intensely cold.

Katabatic winds are most commonly found blowing out from the large and elevated ice sheets of Antarctica and Greenland. The buildup of high density cold air over the ice sheets and the elevation of the ice sheets brings into play enormous gravitational energy, propelling the winds well over hurricane force. In Greenland these winds are called Pitaraq and are most intense whenever a low pressure area approaches the coast.

In the Fuegian Archipelago (or Tierra del Fuego ) in South America as well as in Alaska, a wind known as a williwaw is a particular danger to harbouring vessels. It originates in the snow and ice fields of the coastal mountains. Williwaws commonly blow as high as 100 knots, and 200 knot williwaws have been reported.

Mountain breezes are one example of what's known more generally as a katabatic wind. These are winds driven by cold air flowing down a slope, and occur on the largest scale in Greenland and Antarctica(fig. . Most often, this term refers to winds which form when air which has cooled over a high, cold plateau, is set in motion and descends, under the influence of gravity. Winds of this type are common in regions of Mongolia and in glaciated locations.

Because katabatic refers specifically to the vertical motion of the wind, this group also includes winds which form on the lee side of mountains, and heat as a consequence of compression. Such winds may undergo a temperature increase of 20 °C (68 °F) or more, and many of the world's "named" winds belong to this group. Among the most well-known of these winds are the chinook of Western Canada and the American Northwest, the Swiss foehn, California's infamous Santa Ana wind, and the French Mistral.’
(McKnight, TL & Hess, Darrel (2000:131-2) dalam http://en.wikipedia.org/wiki/Katabatic_wind,2008)


Rajah 2.4.2: Angin katabatik di Antartika
Sumber, http://en.wikipedia.org/wiki/Katabatic_wind,2008
Antara contoh angin katabatik yang terdapat dalam dunia termasuklah Mistral di Mediterranean, Bora (atau Bura) di Adriatik, Santa Ana di California selatan, dan Oroshi di Jepun.

2.5 Angin Fohn

Angin Fohn adalah angin yang bertiup di bahagian belakang atau di bagian bawah angin gunung atau pegunungan dengan sifat panas, kering, kencang dan ribut. Hal ini disebabkan oleh udara yang dipaksa secara mekanik menaiki dan melewati puncak dan kemudian menuruni lereng bagian belakang gunung. Udara yang turun ini mengalami pemanasan adiabatik.

Angin fohn dan angin cinuk merupakan angin tempatan yang dipengaruhi oleh bentuk muka bumi. Angin fohn dan angin cinuk yang kering lagi panas terjadi di cerun banjaran gunung yang terlindung. Angin-angin ini dihasilkan daripada percampuran lapisan udara atas dan bawah secara turbulens di cerun yang terlindung itu. Lapisan udara atas yang mengandungi sedikit lembapan akan dikeringkan dan dipanaskan apabila ia mengalir ke aras yang rendah.

Angin fohn berlaku di Banjaran Alps di Eropah sementara angin cinuk berlaku di Banjaran Rocky di Amerika Utara. Bagi angin cinuk, ia mula berasal dari pantai barat Amerika Utara. Angin baratan ini bertiup dari Lautan Pasifik dan membawa hujan lebat ke pantai barat dan cerun barat (cerun yang menghadap angin) Banjaran Rocky. Selepas angin ini merentasi puncak Banjaran Rocky dan sampai ke cerun timur (cerun terlindung), ia sudah menjadi kering (Rajah di bawah).

Menurut McKnight, TL & Hess, Darrel (2000) dalamWikipedia 2008, Angin Jatuh atau Fohn ialah angin jatuh bersifatnya kering dan panas terdapat di lereng pegunungan Alpine. Sejenis angin ini banyak terdapat di Indonesia dengan nama angin Bahorok (Deli), angin Kumbang (Cirebon), angin Gending di Pasuruan (Jawa Timur), dan Angin Brubu di Sulawesi Selatan).

Angin fohn atau angin lokal atau angin terjun adalah angin yang terjadi apabila ada gerakan massa udara yang menaiki suatu pegunungan dengan ketinggian lebih dari 200 meter. Massa udara yang mencapai puncak pegunungan akan mengalami kondensasi dan akhirnya timbul hujan pada satu sisi lereng. Adapun pada lereng yang lain tidak terjadi hujan karena terhalang tingginya pegunungan. Daerah yg tidak mengalami hujan disebut daerah bayangan hujan.

Rajah2.5.2: Bagaimana Angin Fohn Berlaku
Sumber, http://en.wikipedia.org/wiki/Foehn_wind

Pada daerah bayangan hujan itu angin dari atas pegunungan akan bergerak menuruni lereng pegunungan dengan kecepatan tinggi. Hal itu menyebabkan naiknya suhu udara, karena setiap turun 100 meter udara naik 1°C. Dengan demikian angin yang turun bersifat panas dan kering. Angin itulah yang disebut angin fohn.

Antara contoh Angin fohn yang terjadi di Indonesia adalah seperti Angin Bohorok, Angin Kumbang, Angin Gending, Angin Brubu, dan Angin Wambraw (http://id.wikipedia.org/wiki/Angin_fohn)

2.6 Lain-lain Sistem Angin Tempatan.

Menurut Wikipedia, 2008, masih terdapat sistem angin tempatan yang lain tetapi tidak diperjelaskan. Hal ini dapat dilihat melalui petikan dibawah:

‘A widely-used term, though one not formally recognised by meteorologists, is orographic wind. This refers to air which undergoes orographic lifting. Most often, this is in the context of winds such as the chinook or the föhn, which undergo lifting by mountain ranges before descending and warming on the lee side.’
(McKnight, TL & Hess, Darrel (2000:131-2) dalam http://en.wikipedia.org/wiki/Katabatic_wind,2008)

3.0 Penutup

Kesimpulannya, Sistem Angin tempatan dapat dibahagikan kepada lima pecahan utama iaitu Bayu Laut dan Bayu Darat, Angin Gunung dan Angin Lembah, Angin Katabatik, Angin Anabatik dan Angin Fohn manakala terdapat juga jenis angin lain namun masih belum dibincangkan secaras terperinci.

Menurut De Blij 2004, beliau menyatakan bahawa kadangkala Sistem Angin Tempatan dilihat lebih menonjol daripada Sistem Angin Berskala. Hal ini boleh dilihat melalui petikan dibawah:
‘In many locations, as we have just seen, local winds can at times become more prominent than larger-scale airflows. But the regionals expression of the global system of wind currents still play a far more important role overall’.
(H.J. de Blij, Peter O. Muller, dan Richard S. Williams, Jr, 2004:117)


BIBLIOGRAFI

H.J. de Blij, Peter O. Muller, dan Richard S. Williams, Jr, Physical Geography, The Global Environment, Third Edition. New York:Oxford University

Anabatic wind (2008). Diperoleh daripada "http://en.wikipedia.org/wiki/Anabatic_wind"

Angin Fohn. Diperoleh pada Ogos 30 daripada "http://id.wikipedia.org/wiki/Angin_fohn"

Angin (2008), Diperoleh pada Ogos 30 daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Angin

Bayu Laut dan Bayu Darat (2008)Diperoleh pada Ogos 30 daripada http://www.edukasi.net/

Brown, Dan (2001). Katabatic Winds., "Deception Point", pp. 197

Foehn wind (2008). Diperoleh pada Ogos 30 daripada "http://en.wikipedia.org/wiki/Foehn_wind"

Katabatic wind (2008). Diperoleh pada Ogos 30 daripada "http://en.wikipedia.org/wiki/Katabatic_wind"

Keith C. Heidorn,1998, Sea and Land Breezes. Diperoleh pada Ogos 30 daripada
:http://www.see@islandnet.com.

Land breeze(2007). Diperoleh pada Ogos 30 daripada “http://en.wikipedia.org/wiki/land_breeze”

McKnight, TL & Hess, Darrel (2000). Foehn/Chinoonk Winds. In , Physical Geography: A Landscape Appreciation, pp. 132. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

McKnight, TL & Hess, Darrel (2000). Katabatic Winds. In , Physical Geography: A Landscape Appreciation, pp. 131-2. Upper Saddle River, NJ: Prentice Hall.

Sea breeze(2008). Diperoleh pada Ogos 30 daripada http://en.wikipedia.org/wiki/Sea_breeze

Wind(2008). Diperoleh pada Ogos 30 daripada "http://en.wikipedia.org/wiki/Wind"

BaToN RouGe, LouiSiaNa

1.0 PENGENALAN

Baton Rouge ditubuhkan pada tahun 1699, iaitu apabila penjelajah Perancis Sieur d'Iberville mengetuai satu parti penjelajahan ke atas Sungai Mississippi dan melihat satu tiang sipres yang kemerah-merahan dihias berangkai dengan haiwan dan ikan yang berdarah yang menandai sempadan antara tempat memburu suku kaum Houma dan Bayou Goula. Mereka menggelarkan pokok itu sebagai "le bâton rouge," atau kayu merah. Nama peribumi untuk tapak telah di Istrouma. Daripada bukti yang didapati sepanjang sungai Mississippi, Comite, dan Amite, dan dalam tiga buah busut asli yang ada di bandar raya itu, ahli arkeologi telah dapat mengangak bahawa tarikh kawasan Baton Rouge diduduki adalah pada 8000 BC

Gambarajah 2.1(a): Peta Bandar Baton Rouge Pada Tahun 1863
(Sumber :http://hdl.loc.gov/loc.gmd/g4014b.cw1007000)

Bandar merupakan sebuah pusat kekuasaan politik, industri, pusat pengajian tinggi, kemajuan teknologi dan perubatan. Proses pembandaran dan modenisasi berlaku sejak abad ke-19 ketika negara Barat khususnya Eropah dan Amerika Utara mengalami Revolusi Perindustrian. Proses pemodenan dan tranformasi masyarakat yang meluas menyebabkan berlakunya peralihan sistem pertanian kepada pembuatan, perkhidmatan dan perdagangan yang sekaligus memesatkan bandar tersebut, (Katiman Rostam, 2002). Konklusinya, bandar bermaksud petempatan yang mempunyai ciri-ciri moden dan maju dengan jumlah penduduk tertentu dan telah diwartakan oleh pemerintah. Ciri moden yang dimaksudkan adalah proses guna tanah seperti perumahan, perdagangan, perindustrian dan perkhidmatan.

2.0 BANDAR BATON ROUGE, LOUSIANA

2.1 Lokasi Bandar Baton Rouge

Baton Rouge adalah ibu kota dan bandaraya kedua terbesar bagi Louisiana. Bandar ini terletak di bahagian timur Baton Rouge yang didiami oleh 430,812 orang penduduk manaka penduduk di Greater Baton Rouge pula dianggarkan sebanyak 790,037 orang penduduk.

Baton Rouge terletak pada kedudukan garis lintang (latitut) 30°27′29″ di utara dan garis bujur (longitut) 91°8′25″ di sebelah barat.


Gambarajah 2.1(b): Peta Bandar Baton Rouge, Lousiana Pada Tahun 2009
(Sumber: http://hdl.loc.gov/loc.gmd/g4014b.cw1007000)

Menurut United States Census Bureau, bandar raya Baton Rouge mempunyai keluasan sebanyak 79.1 batu persegi (204.8 km²), iaitu 76.8 batu persegi (199.0 km²) adalah tanah dan 2.2 batu persegi (5.7 km²) iaitu (2.81%) ialah air. Baton Rouge dan beberapa bandar lain iaitu Tallahassee, FL, dan Austin, TX, adalah salah satu daripada ibu kota paling selatan di bawah 48 Amerika Syarikat.

Baton Rouge terletak di bahagian tenggara negara Lousiana iaitu di sepanjang Sungai Mississippi. Bandar ini berhutang lokasi dan kepentingan sejarah untuk tapaknya di atas Istrouma Bluff, temberang pertama hulu dari delta Mississippi yang telah melindungi bandaraya dan 229,661 orang penduduk daripada banjir dan bencana alam.

Baton Rouge adalah pusat perindustrian utama, petrokimia, dan pusat pelabuhan bagi Amerika Selatan. Pelabuhan Baton Rouge adalah kesembilan terbesar di Amerika Syarikat dari segi berat. Sepertimana ibu kota lain di Amerika Syarikat, rantau Baton Rouge juga digelar sebagai "Wilayah Utama." (http://ops.fhwa.dot.gov,2006)

2.2 Iklim Bandar Baton Rouge

Baton Rouge adalah kawasan lembap subtropika, dengan musim sejuk sederhana, musim kemarau panas dan lembap, dan hujan penting sepanjang tahun. Menurut World Geography (1983:45), wilayah dunia yang mengalami iklim subtropika akan mengalami musim panas sepanjang tahun. Keadaan iklim sebegini amat sesuai sebagai kawasan yang mampu menarik pelancong untuk bercuti. Kejadian salji adalah perkara luar biasa dan pernah turun pada 11 Disember 2008.

Berikut adalah graf purata suhu dan kerpasan bandar Baton Rouge sepanjang tahun:

Graf 2.2(c): Purata suhu dan kerpasan 1971-2000. (NCDC Data)
(Sumber: http://drought.unl.edu/whatis/climographs/BatonRougeMetric.htm)

Berdasarkan data suhu di Bandar Baton Rouge, didapati suhu harian yang paling maksimum adalah pada bulan Ogos iaitu sebanyak 40.6 oC dicatatkan. Oleh yang demikian, purata suhu bagi bulan tersebut adalah 32.7 oC jika dibandingkan dengan purata suhu pada bulan-bulan berikutnya bulan Ogos mencatatkan purata suhu yang paling tinggi. Hal ini adalah disebabkan oleh kurangnya hujan dan panas yang berpanjangan meliputi seluruh kawasan tersebut. Manakala pada bulan Desember suhu harian dicatatkan sebanyak -13.3 oC di mana suhu ini adalah yang paling rendah jika dibandingkan dengan bulan-bulan lain. Purata suhu bulanan pada bulan Desember dicatatkan sebanyak 5.6 oC namun purata suhu bulanan yang terendah adalah pada bulan januari iaitu 4.6 oC. Oleh itu, pada bulan Desember bandar ini mengalami musim salji berikutan dengan catatan suhu yang paling rendah di seluruh bandar tersebut.

Seterusnya, berdasarkan data jumlah kerpasan yang dialami di bandar Baton Rouge mencatatkan jumlah hujan dan juga salji. Apa yang dapat dinyatakan melalui data tersebut, min tahunan kejatuhan salji dicatatkan sebanyak 1602.2 mm manakala median tahunan adalah sebanyak 1563.4 mm. Bagi bacaan yang lampau atau maksimum dicatatkan pada bulan Jun tahun 1989 iaitu sebanyak 588.8 mm jika dibandingkan pada bulan Julai tahun 1994 iaitu mencatatkan 228.1 mm merupakan jumlah yang paling minimum yang direkodkan di bandar Baton Rouge. Secara keseluruhannya min musim salji dari tahun 1971 hingga 2000 adalah pada bulan februari iaiatu mencatatkan 5.1 mm.

2.3 Fisiografi di Bandar Baton Rouge, Louisiana.

2.3.1 Pengurangan Air Bawah Tanah

Air bawah tanah adalah sumber kedua berharga di Amerika Syarikat dan segenap pelosok dunia. Air permukaan seperti tasik-tasik dan sungai-sungai sukar diperolehi. Oleh itu bekalan air bawah tanah adalah keperluan utama penduduk. Air bawah tanah adalah sumber minuman bagi separuh penduduk Amerika Syarikat termasuklah Bandar Baton Rouge dan dan seluruh penduduk luar bandar, dan ia menyediakan lebih 50 bilion gelen sehari untuk keperluan pertanian. Pengurangan air tanah dimaksudkan sebagai kemerosotan air jangka panjang dan menyebabkan pengepaman air bawah tanah. Antara kawasan Amerika Syarikat adalah mengalami pengurangan air bawah tanah adalah:.

Gambarajah 2.3.1: Peta kawasan yang mengalami pengurangan air bawah tanah
(Sumber: http://ga.water.usgs.gov/edu/gwdepletion.html)

Kualiti air bawah tanah tercemar kerana bercampur dengan air masin. Tidak semua air bawah tanah adalah air tawar kerana terdapat air bawah tanah dan air di bawah lautan adalah air masin. Dianggarkan 3.1 juta ketul batu padu (12.9 kilometer padu) air tanah masin wujud berbanding dengan kira-kira 2.6 juta ketul batu padu (10.5 juta kilometer padu) air tanah baru (Gleick , P H., 1996: Sumber air. Di Encyclopedia Climate dan Weather, Ed. oleh S H Schneider, Oxford University Press, New York, vol. 2, pp.817-823). Dalam keadaan semula jadi sempadan antara air tawar dan air masin adalah stabil, hanya proses mengepam menyebabkan pergerakan air masin ke pedalaman meningkat dan mengakibatkan bekalan air tercemar.

2.4 Sistem Demografi Penduduk Bandar Baton Rouge, Louisiana.

Menurut Katiman Rostam (2002: 136), jumlah penduduk bandar berbeza menurut tempat iaitu negara dan waktu. Berikut adalah Piramid penduduk dan statistik taburan umur bagi East Baton Rouge Parish pada tahun 2000:

Jadual 2.4 (a): Statistik data penduduk Baton Rouge pada tahun 2000
(Sumber: http://www.censusscope.org/us/s22/m760/chart_age.html)

Gambarajah 2.4 (b): Piramid penduduk Baton Rouge Parish pada tahun 2000
( Sumber; http://www.censusscope.org/us/s22/m760/chart_age.html)

Berdasarkan bancian tahun 2000, terdapat 227,818 rakyat, 88,973 isi rumah, dan 52,672 buah keluarga tinggal di bandar raya itu. Kepadatan penduduk adalah 2,964.7 rakyat setiap batu persegi (1,144.7 / km²). Terdapat 97,388 perumahan unit-unit pada satu ketumpatan purata 1,267.3 / sq mi (489.4 / km²). Komposisi bersifat perkauman bagi bandar raya adalah 50.02% Amerika Afrika, 45.70% White, 0.18% Orang Amerika Native, 2.62% Asia, 0.03% Pacific Islander, 0.49% daripada bangsa-bangsa lain, dan 0.96% daripada dua atau lebih banyak kaum. Kaum Hispanik atau Latino pula adalah 1.72% bagi penduduk (http://factfinder.census.gov)

Terdapat 88,973 isi rumah. 28.1% mempunyai anak di bawah umur 18 hidup dengan mereka, 35.8% adalah suami isteri tinggal bersama, 19.0% adalah wanita bujang, dan 40.8% adalah tidak keluarga. 31.7% semua isi rumah sedang mencukupkan individu-individu dan 8.6% tinggal bersendirian iaitu berumur65 tahun ke atas. Saiz isi rumah sederhana itu adalah 2.42 dan saiz keluarga sederhana itu adalah 3.12.

Pendapatan menengah untuk seisi rumah di bandar raya itu adalah $30,368, dan pendapatan menengah untuk sebuah keluarga adalah $40,266. Pendapatan menengah bagi lelaki adalah $34,893 dan $23,115 untuk wanita. Pendapatan per kapita untuk bandar adalah $18,512. Kira-kira 18.0% keluarga dan 24.0% bagi penduduk di bawah garis kemiskinan, termasuk 31.4% bagi yang cacat dan 13.6% bagi yang berumur 65 ke atas..

2.5 Aktiviti Ekonomi Bandar Baton Rouge

Baton Rouge adalah pelabuhan pedalaman yang mampu memproses kapal minyak samudera luas dan pembawa-pembawa kargo. Oleh itu, kapal-kapal itu memindahkan beban mereka (biji-bijian, mentah, kereta dan kontena) di Baton Rouge ke atas landasan kereta api dan talian paip (untuk mengembara timur ke barat) atau tongkang-tongkang (untuk mengembara utara ke selatan). Kapal-kapal draf tidak boleh melalui Jambatan Huey Long yang lama kerana ia terlalu rendah, dan sungai berdekat Port Hudson pula semakin cetek. (http://www.portgbr.com)

Gambarajah 2.5 (a): Kilang penapisan ExxonMobil di utara Baon Rouge
(Sumber:http://www.exxonmobilchemical.com)

Industri terbesar Baton Rouge adalah petrokimia. ExxonMobil adalah kilang penapisan kedua terbesar di negara itu dan diantara 10 teratas di dunia. Bandar ini juga mempunyai laluan kereta api, lebuh raya, saluran paip, dan laluan air dalam tanah. Dow Chemical mempunyai kawasan tanaman besar di Iberville Parish berdekatan Plaquemine. NanYa Plastics pula mempunyai satu kemudahan besar di utara Baton Rouge yang membuat PVC dan paip-paip CPVC. Shaw Construction, Turner, dan Harmony kesemuanya bermula dengan mengerjakan projek pembinaan berdasarkan tumbuhan tersebut.

Menjadi negeri capitol dan ketua mukim, majikan terbesar dalam Baton Rouge adalah kerajaan, yang telah disatukan bagi semua cawangan kerajaan negeri pusat bandar dalam satu kompleks yang dipanggil "Capitol Park". (http://brgov.com)

Berdasarkan cukai rasmi dan tempatan untuk industri perfileman, Baton Rouge menonjolkan diri sebagai "Selatan Hollywood" bersama dengan bandar-bandar Louisiana lain. Celtic Media Centre baru adalah yang pertama di Louisiana dan hanya studio perkhidmatan penuh / peringkat bunyi, serta dua lagi studio akan dibina untuk memenuhi kepesatan industri perfileman. (http://www.thecelticmediacentre.com)


Gambarajah 2.5 (b): Shaw Construction, Ibu pejabat Essen Lane,
(Sumber: http://brgov.com/dept/ddd/capitolpark.htm)

2.6 Perkembangan dan Kepentingan Bandar Bato Rouge, Lousiana

Hari ini, Baton Rouge adalah salah satu daripada perniagaan pertengahan saiz terbesar bandar-bandar dalam Unites States. Bandar ini juga paling cepat berkembang menjadi bandar metropolitan dengan seorang penduduk kurang 1 juta, dengan 633,261 orang penduduk pada 2000 dan dianggarkan satu 750,000 semenjak 2005. Seperti kebanyakan bandar metropolitan, Baton Rouge telah mewujudkan satu Downtown Development District, dan memulakan satu proses pertumbuhan bandar dan pembaharuan. Selain kehadiran Louisiana State University dan politik ibu kota, Baton Rouge menjadi pusat cantuman semua budaya yang terdapat di sekitar Louisiana, oleh itu membentuk asas moto bandar raya: "Original Louisiana ".

2.7 Isu-isu Semasa di Baton Rouge, Lousiana

2.7.1 Taufan Katrina

Pada 29 Ogos, 2005, Taufan Katrina telah melanda kawasan Gulf Coast dan membanjiri kebanyakan daripada kawasan New Orleans dan kawasan-kawasan Mississippi. Walaupun kerosakan adalah agak kecil berbanding kawasan New Orleans iaitu hanya mengalami kerosakan tumbuh-tumbuhan, Baton Rouge mengalami gangguan kuasa dan gangguan-gangguan perkhidmatan kerana taufan. Seperkara lagi, bandar raya itu menyediakan perlindungan untuk penduduk dari New Orleans. Baton Rouge menyediakan ibu pejabat untuk Federal dan penyelarasan kecemasan Negeri dan bantuan bencana di Louisiana.

Bandar raya itu telah memberikan banyak bantuan keselamatan, penduduk daripada Kawasan metropolitan New Orleans pula beredar ke utara kerana kawasan tersebut telah binasa. Arena bola keranjang LSU, Pusat Perhimpunan Pete Maravich , dan berhampiran LSU FIELD HOUSE telah ditukarkan menjadi hospital-hospital kecemasan. Mangsa yang telah diterbangkan dengan helikopter (pendaratan dalam LSU Track Stadium) dan ratusan lagi dibawa menggunakan bas. Pesakit-pesakit daripada kawasan Lafayette, Louisiana telah dilayan sama rata tanpa mengira darjat dan status mereka telah dibawa terus ke kawasan barat. Anggaran yang dibuat pada penghujung tahun 2005 menunjukkan bahawa orang yang telah dipindahkan dan ditempatkan semula di Baton Rouge adalah kira-kira 200,000 orang.

Hasilnya, pada Ogos 31, Stesen TV WAFB telah melaporkan bahawa penduduk bandar raya itu telah meningkat hampir sekali ganda daripada kira-kira 228,000 orang penduduk untuk setidak-tidaknya 450,000 orang penduduk dan penduduk East Baton Rouge Parish meningkat dengan mendadak untuk hampir 600,000 sejak pemindahan mandatori telah dikeluarkan. Dalam tempoh itu, segala usaha perancangan bandar telah membantu peningkatan taraf kemudahan infrastruktur di bandar tersebut.

Gambarajah 2.7: Bentuk skema rebut petir, memandang ke bawah
(Sumber : Berita Harian, Gambar(Broderbund ClickArt)
http://www1.moe.edu.sg/nadi/arkib/2005/sep/berita/jendeladunia/.htm)

Angin kencang yang mencapai kelajuan 280 kilometer sejam yang menimpa Louisiana sebelum melanda Mississippi, Alabama dan barat Florida ini disifatkan sebagai antara bencana alam yang paling buruk melanda Amerika Syarikat, melebihi kemusnahan yang diakibatkan oleh taufan Andrew.

Kawasan yang paling terjejas ialah Louisiana , Mississippi dan Alabama . Angin taufan Katrina telah memusnahkan sistem tetambak di New Orleans , Louisiana dan mengakibatkan kebahagian besar bandar itu yang terletak di kawasan rendah ditenggelami air.

2.8 Tarikan Bandar Baton Rouge, Lousiana

Baton Rouge kini sedang dalam perancangan untuk membina beberapa bangunan pencakar langit. Salah satu projek termasuklah satu pejabat 12 tingkat, 30 tingkat menara kondominium yang akan menjadi bangunan pertama dibina di pusat bandar sejak dua dekat.

Bangunan-bangunan lain adalah Louisiana State Capitol iaitu bangunan tertinggi di Amerika Syarikat iaitu 34 tingkat dan ketinggian 460 kaki(140 meter), RiverPlace Condominiums iaitu 30 tingkat, One American Place iaitu 24 tingkat dan ketinggian 310 kaki (94 meter), JPMorgan Chase Tower iaitu 21 tingkat dan ketinggian 277 kaki (84 meter), Riverside Tower North iaitu 20 tingkat dan ketinggian 229 kaki (70 meter) serta beberapa bangunan yang masih dalam pembinaan.

2.9 Perbandingan antara Bandar Baton Rouge, Louisiana dengan Bandar Alor Setar, Malaysia

Berdasarkan pelbagai kajian dari aspek geografi yang telah dijalankan terhadap bandar Baton Rouge, ternyata terdapat perbezaan yang ketara berbanding bandar di Malaysia. Antaranya, bandar Alor Setar, adalah ibu negeri Kedah, Malaysia dan Pusat Pentadbirannya adalah Daerah Kota Setar manakala Baton Rouge ibu negeri Louisiana dan Pusat Pentadbirannya adalah Greater Baton Rouge.

Berdasarkan aspek lokasinya, bandar Baton Rouge terletak pada kedudukan garis lintang (latitut) 30°27′29″ di utara dan garis bujur (longitut) 91°8′25″ di sebelah barat manakala Alor Setar terletak 93 utara kilometer Butterworth, Pulau Pinang dan 45 km selatan sempadan Thai Malaysia, dengan latitud 6°7' 0 di utara dan garis bujur 100°22' 0 di timur.

Rajah 2.9: Peta Bandar Alor Setar, Kedah.
(Sumber: http://maps.google.com/maps)

Bandar ini terletak di bahagian timur Baton Rouge yang didiami oleh 430,812 orang penduduk manaka penduduk di Greater Baton Rouge pula dianggarkan sebanyak 790,037 orang berbanding bandar Alor setar yang hanya mempunyai 217,368 orang penduduk.Bandaraya Baton Rouge mempunyai keluasan sebanyak 79.1 batu persegi (204.8 km²), iaitu 76.8 batu persegi (199.0 km²) adalah tanah dan 2.2 batu persegi (5.7 km²) iaitu (2.81%) ialah air manakala bandar Alor Setar mempunyai keluasan sebanyak 61.8 batu persegi(160 km2 )

Terdapat persamaan antara kedua-dua bandar ini iaitu bandar Baton Rouge dan Alor Setar beriklim subtropika yang amat sesuai dijadikan kawasan pelancongan. Kedua-dua bandar ini didiami oleh pelbagai kaum iaitu penduduk Alor Setar terdiri dari kaum Cina, Melayu, Siam dan India manakala terdapat kaum Hispanik, Latino, orang Amerika Native dan sebagainya di Baton Rouge. Kepelbagaian ini menambahkan keunikan bandar tersebut.

3.0 Kesimpulannya

Secara keseluruhannya, bandar Baton Rouge merupakan sebuah bandar moden yang pesat membangun di Amerika Syarikat. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan, sejak kejadian taufan Katrina pada tahun 2005, jumlah penduduk Baton Rouge bertambah secara mendadak sebanyak satu kali ganda. Kepelbagaian kaum yang tinggal di Baton Rouge serta iklim yang amat selesa dapat meningkatkan ekonomi bandar itu sendiri dari segi sektor perkhidmatan.

Menurut Stesen TV WAFB, penduduk bandaraya Baton Rouge telah lebih daripada sekali ganda daripada kira-kira 228,000 untuk setidak-tidaknya 450,000 dan penduduk East Baton Rouge Parish meningkat dengan mendadak untuk hampir 600,000 sejak pemindahan mandatori telah dikeluarkan. Hal ini membawa kepada peningkatan taraf infrastruktur di bandar tersebut.

Menurut World Geografi (1983:158), kita dapat melihat pembangunan bandar pasti berkait rapat dengan industri. Industri memerlukan bandar, dan ia membantu perkembangan bandar tersebut untuk maju.Melalui perancangan yang rapi, Baton Rouge dapat membantu di dalam proses pembangunan negara melalui penyediaan pelbagai jenis perkhidmatan, kemudahan awam, pekerjaan, pendidikan dan lain-lain. Masyarakat pelbagai yang menetap di Baton Rouge mudah menerima pelbagai perubahan daripada segala aspek termasuk dari segi ekonomi dan sosial.

Oleh itu, dengan peningkatan tahap pembandaran, proses penularan pembangunan dapat berlaku dengan lebih cepat seperti dapat dilihat dari aspek saiz bandar, perpindahan penduduk, penjalinan bandar dengan sistem pengangkutan yang lebih cekap, perluasan rangkaian komunikasi dan sebagainya. Justeru, ia menjadikan proses permodenan lebih mudah berlaku di bandar berbanding di luar bandar.
BIBLIOGRAFI

De Blij H. J. & Muller P. O. (2007). Geography: Realms, Region and Concepts, Thirteenth Edition. United States of America: RR Donnelley.

De Blij H. J., Muller P. O. & Williams, Jr. R. S. (2004). Physical Geography, The Global Environment, Third Edition. New York: Oxford University Press.

De Blij H. J., Murphy A. B. & Fouberg E. H. (2007). Human Geography People, Place, And Culture, Eight Edition. United States of America: Von Hoffmann Press.

Heath D. C. (1983). World Geography. America: United States

Johnston R. J. & Sidaway J. D. (2004). Geography & Geographers Sixth Edition. New York: Oxford University Press Inc.

Katiman Rostam.(2002). Prinsip Asas Persekitaran Manusia. Kuala Lumpur: Percetakan Watan Sdn. Bhd.

Mansvelt J. (2005). Geographies of Consumption. London: A SAGE Publications Company.

Strahler A. N. (1982). Geografi Fizikal Edisi Keempat. Singapura: Chong Moh Offset Printing Pte. Ltd.

American FactFinder. United States Census Bureau. Atas Talian:
http://factfinder.census.gov.
(Akses pada: Februari, 17, 2009)

Annual Climatology: Baton Rouge, Louisiana. (2006). Atas Talian:
http://drought.unl.edu/whatis/climographs/BatonRougeMetric.htm.
(Akses pada: Februari, 15, 2009)

Bentuk skema rebut petir, memandang ke bawah. Atas Talian:
Berita Harian, Gambar(Broderbund ClickArt
http://www1.moe.edu.sg/nadi/arkib/2005/sep/berita/jendeladunia/.htm
(Akses pada Februari 21, 2009)

Capitol Park. Atas Talian:
http://brgov.com/dept/ddd/capitolpark.htm.
(Akses pada: Februari, 16, 2009)

Celtic Media Centre. Atas Talian:
http://www.thecelticmediacentre.com/.
(Akses pada: Februari, 17, 2009)

City of Baton Rouge Population". U.S. Census Bureau. Atas Talian: http://www.census.gov/population/www/documentation/twps0027.html.
(Akses pada: Februari, 17, 2009)

Data Kerpasan di Bandar Baton Rouge (mm). Atas Talian:
http://drought.unl.edu/whatis/climographs/BatonRougeMetric.htm
(Akses pada Februari 19, 2009)

Data Suhu di Bandar Baton Rouge (oC). Atas Talian:
http://drought.unl.edu/whatis/climographs/BatonRougeMetric.htm
(Akses pada Februari 19, 2009)

Dow Chemicals. Atas Talian:
http://www.dow.com/dowpromise/community/batonrou.htm.
(Akses pada: Februari, 16, 2009)

Exxon Mobil Refinery. http://www.exxonmobilchemical.com.
(Akses pada: Februari, 16, 2009)

Kilang penapisan ExxonMobil di utara Baon Rouge. Atas Talian:
http://www.exxonmobilchemical.com.
(Akses pada Februari 21, 2009)

Port of Greater Baton Rouge. Atas Talian:
http://www.portgbr.com/content.php?display=about.
(Akses pada: Februari, 15, 2009)
Peta Bandar Baton Rouge, Lousiana Pada Tahun 2009. Atas Talian:
http://hdl.loc.gov/loc.gmd/g4014b.cw1007000)
(Akses pada Februari 18, 2009)

Peta Bandar Baton Rouge Pada Tahun 1863. Atas Talian:
http://hdl.loc.gov/loc.gmd/g4014b.cw1007000
(Akses pada Februari 18, 2009)

Purata suhu dan kerpasan 1971-2000. (NCDC Data). Atas Talian:
http://drought.unl.edu/whatis/climographs/BatonRougeMetric.htm
(Akses pada Februari 19, 2009)

Peta kawasan yang mengalami pengurangan air bawah tanah. Atas Talian:
http://ga.water.usgs.gov/edu/gwdepletion.html
(Akses pada Februari 20, 2009)

Piramid penduduk East Baton Rouge Parish pada tahun 2000. Atas Talian:
http://www.censusscope.org/us/s22/m760/chart_age.html
(Akses pada Februari 20, 2009)

Peta Bandar Alor Setar, Kedah. Atas Talian:
http://maps.google.com/maps
(Akses pada Februari 25, 2009)


Shaw Construction, Ibu pejabat Essen Lane, Atas Talian:
http://brgov.com/dept/ddd/capitolpark.htm
(Akses pada Februari 21, 2009)

Statistik data penduduk Baton Rouge pada tahun 2000. Atas Talian:

http://www.censusscope.org/us/s22/m760/chart_age.html
(Akses pada Februari 20, 2009)

Top 25 Water Ports by Weight: 2004 (Million short tons) . Freight Facts and Figures 2006. Federal Highway Administration. November 2006. Atas Talian: http://ops.fhwa.dot.gov.
(Akses pada: Februari, 15, 2009)