Pages

Saturday, October 15, 2011

PuiSi TRaDiSioNaL ( aNToLoGi HaRGa ReMaJa )

1.0 PUISI TRADISIONAL

1.1 Pantun Budi [Enam Kerat]

Maksud

  1. Budi baik seseorang itu menjadi sebutan.
  2. Memang menjadi adat di dunia bahawa seseorang yang berbuat kebaikan selalu disebut-sebut orang walaupun dia telah meninggal dunia.
  3. Kebaikan yang dilakukan walaupun sedikit tetap diingati sampai bila-bila.
  4. Budi seseorang mengambil tempoh yang lama untuk dibalas.

Tema dan Persoalan

  1. Budi baik seseorang sentiasa dikenang.
  2. Kebaikan seseorang disebut sepanjang masa
  3. Ketinggian nilai budi.
  4. Budi sukar dibalas.

Nilai

Mengenang jasa dan baik hati.

Pengajaran

  1. Kita mestilah mengenang jasa seseorang terhadap diri kita.
  2. Kebaikan seseorang kepada kita haruslah kita kenang selagi kita hidup.
  3. Kita hendaklah mengamalkan budi pekerti yang baik setiap masa.

1.2 Pantun Jenaka dan Sindiran

Maksud

1 Tiada faedahnya mempunyai isteri yang cantik jika tidak tahu memasak.

2 Sesuatu yang lucu akan berlaku apabila keajaiban terjadi tanpa disangka-sangka.

3 Kekuatan seseorang berkurangan apabila usia meningkat tua.

4 Orang lain berasa bimbang apabila melihat seseorang itu melakukan perkara yang tidak pernah dibuatnya.

5 Seseorang berasa hairan apabila melihat sesuatu perkara yang diluar kebiasaan.

Tema dan Persoalan

1. Kecantikan bukan ukuran bagi seseorang lelaki untuk mencari calon isteri

2. Peristiwa yang aneh berlaku tanpa diduga

3. Kekuatan tenaga bergantung kepada usia

4. Tindakan yang jarang dilakukan akan menjadi keanehan bagi orang yang melihatnya

Pengajaran

1. Kita janganlah memandang keelokan rupa sesuatu daripada luarannya sahaja.

2. Kita haruslah berfikir dengan kritis dan kreatif apabila melihat sesuatu perkara yang aneh.

1.3 Syair Definisi Orang Berakal

Maksud

  1. Orang yang berilmu pengetahuan mengamalkan budi pekerti yang baik dan orang yang menurut perbuatan mereka akan berbahagia.
  2. Orang yang berilmu dapat menyelesaikan banyak masalah. Nasihat yang baik dapat mengatasi sebarang masalah dan kejahatan.
  3. Orang yang berpengetahuan melihat sesuatu berdasarkan pemerhatian yang mendalam. Mereka sangat menghormati ketua dan rakan. Mereka tidak menyukai orang jahat kerana bimbang akan mendapat aib.
  4. Satu lagi lambang bagi orang yang mempunyai ilmu ialah mereka mematuhi suruhan Tuhan. Mereka menghindari sikap tamak dan sentiasa menyerah diri kepada Tuhan kerana mereka sedar bahawa kehidupan di dunia ini tidak akan kekal.
  5. Orang yang berilmu disaangi oleh pemerintah tidak akan melakukan sesuatu perkara sesuka hatinya. Selain itu mereka tidak bersikap angkuh terhadap rakan-rakannya.
  6. Orang yang berilmu dan tahu membawa dirinya jika terlalu disangai oleh pemerintah. Mereka akan berbuat baik kepada rakan-rakan dan berkhidmat dengan penuh berhemah dan berdedikasi.
  7. Begitulah lambang orang yang berilmu, iaitu mereka cinta akan ilmu pengetahuan. Mereka juga suka membaca buku dan membuat rujukan tanpa jemu.

Tema dan Persoalan.

  1. Ilmu pengetahuan membentuk budi pekerti yang baik.
  2. Akal yang bijaksana dapat menyelesaikan banyak masalah.
  3. Orang yang berakal sentiasa mematuhi penrintah Tuhan.
  4. Ilmu pengetahuan diperoleh melalui pembacaan dan rujukan.

Nilai

Cinta akan ilmu, kasih sayang, bertawakal,merendah diri,keikhlasan dan kerajinan.

Pengajaran

  1. Kita hendaklah menyayangi sahabat kita.
  2. Meskipun mempunyai kedudukan dan kelebihan, kita hendaklah mengamalkan sikap merendah diri.

1.4 Syair Siti Sianah

Maksud

  1. Sesetengah perempuan suka menghiasi wajah mereka dengan mencukur bulu kening dan memakai pakaian yang cantik
  2. Mereka bersikap periang apabila bertemu dengan lelaki supaya mereka dianggap wanita yang cantik.
  3. Terdapat sesetengan perempuan yang sanga suka bersolek dan berandan di hadapan cermin.
  4. Walaupun tidak begitu cantik dan tidak sempurna rupanya, tetapi mereka masih gemar bersolek.
  5. Ada pula perempuan yang buruk perangainya, suka bersanggul meskipun rambutnya sedikit dan memakai rambut palsu yang panjang.
  6. Ramai perempuan yang gemar memakai bedak atau krim pada muka, kaki,tangan,lengan,dan jari supaya lebih cerah dan berseri walaupun hakikatnya kulit mereka tidak sebegitu.
  7. Terdapat juga perempuan ang suka dipuji. Mereka menghiasi diri dengan pelbagai aksesori dan suka mendampingi lelaki.
  8. Ada pula perempuan yang sengaja menonjolkan susuk tubuh untuk memikat lelaki.
  9. Berdoalah kepada Tuhan agar dihindari perbuatan yang salah dan dijauhi daripada menjadi perempuan yang tidak bermaruah.
  10. Perkara yang paling banyak dilakukan oleh sesetengah perempuan ialah berjudi. Barang kemas habis tergadai disebabkan oleh perbuatan yang sudah sebati dengan diri meereka itu.
  11. Lelaki dan perempuan banyak melakukan pergaulan bebas dan terlibat dalam pelbagai kegiatan maksiat.

Isi dan Persoalan.

  1. Sikap perempuan yang suka menonjolkan kecantikan untiuk menarik perhatian lelaki.
  2. Sikap perempua yang suka memikat lelaki.
  3. Pengharapan kepad aTuhan agar diindungi daripada perkara yang tidak baik.
  4. Kesan buruk daripada sikap perempuaj yang suka berjudi.
  5. Pergalan bebas antara lelaki dengan perempuan dalam melakukan pelbagai kegiatan maksiat.

Nilai

Kesopanan,menjaga kebersihan diri,memelihara maruah diri.

Pengajaran

  1. Kita janganlah menghiasi diri semata-mata untuk menarik perhatian orang lain.
  2. Seseorang perempauan hendaklah menjaga pergaulannya dengan lelaki.
  3. Kita hendaklah berdoa kepada Tuhan agar sentiasa dijauhi daripada maksiat dan kemungkaran.
  4. Orang yang beragama Islam hendaklah taat kepada perintah Tuhan dan tidak meninggalkan solat.

1.5 Gurindan 12 Fasal yang Keenam

Maksud

  1. Carilah kawan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah.
  2. Caarilah guru yang dapat memberikan ilmu supaya tahu membezakan perkara yang baik dengan yang buruk.
  3. Carilah isteri yang taat kepada suami.
  4. Carilah kawan yang dalam kalangan mereka yang setia.

Isi dan Persoalan

1.. Sahabat yang baik dapat membantu kita jka dalam kesusahaan.

2. Ilmu membolehkan seseorang membeza perkara yang baik dengan yang buruk.

3. Memilih isteri yang taat kepada suami.

4. Bersahabat dengan orang yang setia kawan.

Nilai

Kebijaksanaan,bantu-membantu,ketaatan dan seti kawan

Pengajaran

  1. Kita haruslah memilih sahabat yang mempunyai sikap setia kawa.
  2. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu.
  3. Seseorang isteri hendaklah mentaati suaminya.

1.6 Seloka Emak Si Randang

Maksud

Emak Si Randang baik hati kerana memberi makan kepada perantau. Di juga sanggup kehilangan harta demi orang luar sedangkan anak sendiri tidak dipedulikan dan terabai. Akibatnya, dia juga yang kerugian akibat perbuatannya itu.

Isi dan Persoalan.

  1. Sanggup kehilangan harta demi membantu orang lain.
  2. Mengutamakan orang lain berbandig denga keluarganya sendiri.
  3. Mengalami kerugian akibat sikap orang yang ditolong itu tidak mengenang budi.

Nilai

Baik hati, menghormati tetamu.

Pengajaran

  1. Kita hendaklah baik hati kepada tetamu yang datang ke rumah.
  2. Kitan janganlah memusnahkan harta benda sendiri demi membantu orang lain.
  3. Kita mestilah mengutamakan tanggungjawab terhadap ahli keluarga sendiri daripada orang lain.
  4. Kita haruslah mengenang jasa orang kepada kita.

1.7 Harga Remaja : Rahman Shaari

Maksud

  1. Penulis mempersoalkan harga sebenar seseorang remaja yang tidak melakukan sebarang kelakuan yang negatif dalam hidupnya.
  2. Penulis turut mengemukakan persoalan kepada remaja dalam menentukan kehidupan mereka, iaitu sama ada terlibat dalam percintaan atau terpengaruh oleh budaya yang negatif.
  3. Alam remaja amat tinggi nilainya. Maruah seseorang remaja terletak kepada ketegasan pendiriannya, sikap yang berani, dan ilmu pengetahuan yang dimiliki.
  4. Remaja haruslah mengisi masanya dengan perkara-perkara yang telah ditetapkan dalam mencapai matlamat hidupnya.

Tema

Setiap remaja perlu mengisi kehidupan mereka dengan perilaku yang sihat.

Bentuk

Bebas, mengandungi 4 rangkap dan rangkap 1 – 3 mengandungi 6 baris dengan jumlah perkataan yang tidak terkawal. Rangkap 4 mengandungi 2 baris

Nilai

Berhati-hati,keberanian,ketegasan,kegigihan dan bermatlamat.

Pengajaran

  1. Sebagai remaja kita hendaklah menjaga maruah diri dan keluarga.
  2. Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam kehidupan.
  3. Kita haruslah be5rpendirian tegas apabila membuat sesuatu keputusan
  4. Janganlah kita mensia-siakan usia remaja.
  5. Setiap remaja haruslah memanfaatkan masanya dengan sebaik-baiknya.

1.8 Di Perpustakaan : Shafie Abu Bakar

Maksud

  1. Sebaik-baik sahaja penyajak masuk ke dalam perpustakaan, dia berhadapan dengan suasana ang berbeza dengan keadaan di luar. Suasana di dalam perpustakaan dingin dan sunyi sepi. Perpustakaan tempat menyimpan pelbagai khazanah ilmu. Kelihatan pengunjung membuat rujukan di merata-rata tempat di dalam perpustakaan.
  2. Di dalam perpustakaan yang dipenuhi dengan pelbagai buku itu, penyajak berasa dirinya amat kecil kerana ilmu yang dimilikinya tidak seberapa. Meskipun penyajak berusaha untuk mendapatkan bermacam-macam ilmu, namun dia memperoleh sedikit ilmu sahaja. Perpustakaan merupakan warisan yang menyimpan pelbagai peradaban sejak dahulu.
  3. Di dalam perpustakaan itu, penyajak berusaha untuk mendapatkan ilmu, Namun begutu, dia tidak berasa puas dengan ilmu yang diperolehnya.

Tema
Fungsi perpustakaan sebagai gedung ilmu.

Persoalan

  1. Perpustakaan tempat membaca dan membuat rujukan.
  2. Ilmu pengetahuan amat luas sehingga eseorang tidak mampu memiliki kesmuanya.
  3. Usaha mencari ilmu sentiasa berterusan.

Bentuk

Bebas : Rangkap 1 mengandungi 10 baris dengan jumlah kata 2 – 4 perkataan sebaris.

Rangkap 2 mengandungi 5 baris dan jumlah perkataan tidak terkawal.

Rangkap 3 mengandungi 16 baris dan jumlah perkataan antara 2 – 4 perkataan sebaris

1.9 Insaf : Shukri Abdullah

Maksud

  1. Kesalahan dan kejahilan yang kian bertambah menyebabkan seserorang itu kian terhindar daripada cahaya keimanan.
  2. Dalam menjalani kehidupan, penyajak sering melakukan kesilapan yang menyebabkan keimanan semakin terhakis.
  3. Kesilapan yang dilakukan tanpa penyesalan menyukarkan seseorang itu berasa insaf dan bertaubat.
  4. Penyajak berharap agar dia sempat bertaubat.

Tema

Keinsafan dan penyesalan terhadap kesilapan yang dilakukan sepanjang kehidupan.

Persoalan

  1. Setiap insan pasti melakukan kesalahan.
  2. Kejahilan akan menjauhi seseorang daripada cahaya keimanan.
  3. Bertauba dan kemvbali kepada suruhan Tuhan.

Nilai

Kejujuran,keinsafan

Pengajaran

  1. Kita hendaklah menjauhi perbuatan yang bertentangan dengan agama.
  2. Setiap insan perlu menuntut ilmu agar tidak jahil dalam agama.
  3. Kita hendaklah muhasabah diri dan membaiki kesilapan lalu.
  4. Setiap insan perlu bertaubat terhadap kesalahan yang telah dilakukannya.

1.10 Mahsuri : Zurinah Hassan

Maksud

  1. Sumpah Mahsuri selama tujuh keturunan itulah yang telah berjaya membangunkan Langkawi sehingga menjadi pulau yang maju.
  2. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa Mahsuri tidak wujud, sebaliknya legenda Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman. Namun begitu, ada pula yang berpendapat bahawa Mahsuri pernah hidup tetapi cerita tentang legendanya yang lebih terkenal dalam sastera tanah air daripada kisah hidupnya. Mahsuri berjaya membangunkan Pulau Langkawi dan kisahnya juga dapat memperkaya sastera tanah air.
  3. Mahsuri memajukan Langkawi manakala sastera membangunkan negara.

Tema

Legenda Mahsuri dan sejarah pembangunan Pulau Langkawi.

Persoalan

Legenda sumpahan Mahsuri.

Legenda Mahsuri memperkaya kazanah sastera tanah air.

Peranan sastera bagi sesebuah negara.

Nilai

Kesetiaan,penghargaan

Pengajaran

  1. Kita hendaklah mempelajari sastera kerana sastera lambang identiti sesuatu bangsa.
  2. Kita hendaklah menyelidiki kebenaran sesuatu peristiwa untuk mengetahui perkara yang sebenarnya.
  3. Kita hendaklah bersyukur atas kemajuan negara yang kita nikmati sekarang.

1.11 Adat Sezaman : Wan Nazihah Wan Abdullah

Maksud

Adap dan sopan santun dalam kalangan golongan muda semakin terhakis menikut perubahan masa. Masyarakat dahulu mementingkan adap dan sopan santun. Golongan tua amat gembira apabila remaja menjaga kesopanan dan mengamalkan perilaku yang baik. Namun demikian, kini golongan tua sedih dan kecewa kerana muda mudi hilang rasa malu bergaul tanpa batasan. Adat budaya ditinggalkan dan ajaran agama tidak dipedulikan. Sebaliknya, mereka terikut-ikut akan budaya Barat.

Tema

Perubahan adat resam dan budaya akibat perubahan zaman

Persoalan

  1. Masyarakat silam berpegang teguh kepada warisan adat dan budaya.
  2. Adat dan budaya silam tinggi nilainya.
  3. Gejala pergaulan bebas dalam kalangan muda-mudi masa ini.
  4. Masyarakat sekarang sering melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama.
  5. Remaja sekarang mudah terpengaruh akan budaya Barat yang negatif.

Nilai

Kesopanan, hormat-menghormati,kepatuhan kepada ajaran agama

Pengajaran

  1. Kita hendaklah menjaga adab dan tatsusila.
  2. Kita haruslah mengamalkan adat budaya yang tinggi nilainya itu.
  3. Kita hendaklah menjaga adat dan budaya agar tidak tercemar.
  4. Kita janganlah mudah terpengaruh akan budaya negatif dari barat.

1.12 Tiba Waktunya : Ghazali Lateh

Maksud

  1. Perubahan masa berlalu dengan pantas.Mereka yang pandai mencari peluang sahaja yang akan berjaya.
  2. Penyajak mengemukakan persoalan sama ada wanita hanya memperoleh sia-sia pembangunan atau turut berusaha bagi mencapai kejayaan. Sekarang bukan masanya kaum wanita menantikan sesuatu atau mengharapkan simpati daripada orang lain.
  3. Wanita sekarang perlu bekerja keras kerana pemikiran dan tenaga mereka membantu kejayaan bagi mencapai cita-cita dan menjayakan wawasan globalisasi.
  4. Segala kedaifan perlu dihindari dan segala masalah perlu diatasi. Wanita sekarang perlu berani,yakin akan diri sendiri dan tahan ujian supaya cemerlang dalam pelbagai rintangan. Semua wanita perlu bersatu padu bagi mencapai cita-cita. Dengan kemampuan pemikiran,tenaga fizikal,keimanan dan semangat yang kental,kaum wanita perlu bergerak bersama-sama.
  5. Sudah tiba masanya wanita menjadi pemimpin dunia.

Tema

Kaum wanita mesti menyiapkan diri bagi menghadapi cabaran globalisasi.

Persoalan

  1. Kejayaan hanya dicapai oleh mereka yang pandai mencari peluang.
  2. Orang yang tidak berusaha akan ketinggalan.
  3. Kaum wanita perlu mengubah sikap.
  4. Wanita sekarang perlu berani,yakin akan diri sendiri dan tidak mudah berputus asa.
  5. Perpaduan menggerakkan usaha bagi mencapai kejayaan.

Nilai

Kesungguhan,keberanian,keyakinan diri,bersatu padu

Pengajaran

  1. Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai cabaran dalam bidang yang diceburi.
  2. Kita hendaklah yakin akan diri sendiri atas apa-apa pekerjaan yang kita lakukan.
  3. Kita mestilah menunjukkan sifat tinggi pekerti agar disegani oleh kawan dan lawan.
  4. Kita janganlah mudah berputus asa walaupun gagal dalam melakukan sesuatu perkara.
  5. Kita mestilah bersatupadu dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.