Pages

Saturday, October 15, 2011

PuiSi TRaDiSioNaL

1.0 PENGENALAN

Puisi tradisional ialah karangan berangkap yang mempunyai bentuk tertentu. Puisi tradisional yang dibincangkan ialah pantun,syair, gurindam dan seloka.

1.1 PANTUN

  1. Pantun ialah puisi Melayu hasil pemikiran masyarakat Melayu tanpa dipengaruhi karya asing.
  2. Antara bentuk pantun ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat dan pantun lapan kerat.
  3. Bagi pantun dua kerat, rimanya a-a iaitu baris pertama merupakan pembayang, manakala baris kedua merupakan maksud.
  4. Bagi pantun empat kerat, rimanya ialah a-b-a-b, iaitu dua baris di atas merupakan pembayang dan dua baris berikutnya merupakan maksud.

1.2 SYAIR

  1. Syair berasal daripada kata ’syir’ dalam bahasa Arab yang bermaksud puisi.
  2. Setiap rangkap bagi syair mengandungi empat baris dan setiap baris biasanya mengandungi empat perkataan dengan rima a-a-a-a.
  3. Syair biasanya berbentuk cerita dan syair boleh dibahagikan kepada beberapa jenis seperti syair agama, syair sejarah, syair kiasan dan syair romantis.

1.3 GURINDAM

  1. Sejenis puisi lama yang terdiri daripada dua baris atau kalimat.
  2. Baris pertama tersimpul fikiran berupa soalan dan baris keedua pula berupa jawapannya.
  3. Terdapat juga gurindam mengandungi empat baris.
  4. Gurindam boleh digolongkan kepada gurindam dua baris, gurindam empat baris dan gurindam bebas.

1.4 SELOKA

  1. Sejenis puisi lama yang ditulis secara berangkap-rangkap.
  2. Rima akhirnya tidak tetap.
  3. Mengandungi nada menyindir atau mengejek.
  4. Setiap baris mengandungi isi atau maksud

0 CoNViNieNT: