Pages

Thursday, March 15, 2012

PRoSa TRaDiSioNaL ( aNToLoGi HaRGa ReMaJa )

2.0 PROSA TRADISIONAL

2.1 Pelayaran Yang Penuh Peristiwa

Sinopsis

Dalam pelayaran ke Pulau Jawa, ramai anak kapal yang mabuk. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menjadi jurumudi kapal tersebut sebelum Awang Sulung menyamar sebagai orang suruhan mengambil alih tempatnya. Dalam pelayaran tersebut, mereka singgah di Pulau Tapai. Di tempat itu, Tuanku Nakhoda Tua berjanji akan mengahwinkan anaknya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa apabila mereka selamat sampai di Pulau Jawa. Dalam pada itu Tuan Puteri Seri Jawa menguji kecekapan Awang Sulung. Pertamanya, Awang Sulung dimintanya mencari air lalu Awang Sulung berkayuh ke tengah laut untuk mengambil air di tempat arus ang paling deras. Kemudian, Awang Sulung disuruh mencari kayu. Awang Sulung mengambil batang nipah sedangkan anak-anak kapal yang lain mengambil kayu bakau dan temu laut. Sekumpulan lanun yang pada mulanya menyerang kapal itu tidak menjadi meneruskan serangan mereka apabila menyedari Awang Sulung yang merupakan raja mereka berada di dalam kapal tersebut. Setelah semua lanun pergi, Tuanku Nakhoda Tua mengahwinkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa dengan Awang Sulung. Mereka kemudiannya meneruskan pelayaran dan berlabuh di Negeri Pati Talak Terengganu yang diperintah oleh bapa saudara Awang Sulung. Rombongan mereka disambut dengan meriah oleh raja dan rakyat negeri tersebut. Awang Sulung dan penduduk di situ bergembira dengan mengadakan aktiviti melaga ayam.

Tema

Pelayaran Awang Sulung Merah Muda mengiringi Tuan Puteri Dayang Seri Jawa pulang ke Tanah Jawa.

Persoalan

1. Penyamaran Awang Sulung Merah Muda sebagai budak yang comot dan menjadi orang

suruhan.

2. Perkahwinan Awang Sulung Merah Muda dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

3. Kehrmonian dan kesejahteraan rakyat yang hidup dalam sebuah negara.

4. Sikap masyarakat zaman dahulu yang suka melaga ayam.

Watak Perwatakan

1. Awang Sulung Merah Muda

Anak Tuanku Si Helang Laut,Cucu Si Helang Mawai,tampan,menyamar sebagai budak hitam dan orang suruhan semasa pelayaran bersama-sama Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, bijak dalam ilmu pelayaran,berani, berkahwin dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa.

2. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa

Anak Tuanku Nakhoda Tua,tahu tentang ilmu pelayaran,baik hati,butinya memberikan makanan kepada Awang Sulung Merah Muda.

Latar

1. Latar Masa

Lebih dari seminggu dan waktu bsiang.

2. Latar Tempat

Di atas kapal, di Pulau Tapai,di Laut Sekona Lingga di negeri Pati Talak Terengganu.

3. Latar Masyarakat

Masyarakat istana,masyarakat lanun, masyarakat yang suka berjudi denggan menyabung ayam, masyarakat yang taat kepada perintah raja.

Binaan Plot

1. Permulaan : Pelayaran TPDSJ bersama-sama pengikutnya pulang ke Negeri Semarang di

Tanah Jawa. Ramai yang mabuk laut kecuali TPDSJ,Si Kembang Cina dan ASMM.

2. Perkembangan : ASMM mengambil alih tugas mengemudikan kapal layar daripada TPDSJ.

Setelah sedar daripada mabuk, Tuanku Nakhoa berjanji akan mengahwinkan TPDSJ dengan sesiapa sahaja yang dapat menjaga keselamatan pelayaran tersebut daripada serangan lanun.

3. Klimaks : TPDSJ dikahwinkan dengan ASMM.ASMM dan TPDSJ berkasih-kasihan dan

menyaksikan beberapa buah pulau sambil meneruskan pelayaran.

4. Pelayaran : Kapal layar mereka berlabuh di Negeri Pati Talak Terengganu. Mereka disambut

dengan meriah dan bersuka ria di tempat itu.

Nilai

Hormat-menghormati, ketaatan,keberanian,menepati janji,kasih sayang.

Pengajaran

1. Kita janganlah jangan memandang hina kepada orang lain.

2. Kita hendaklah menunaikan janji yang dilafazkan.

3. Kita janganlah menyombong diri walaupun mempunyai pangkat dan harta.

4. Kita hendaklah bekerjasama semasa menjalankan sesuatu pekerjaan.

5. Kita janganlah menzalami binatang seperti melaga ayam.

2.2 Merah Silu

Sinopsis

Merah Gajah dan puteri Betong memperoleh dua orang putera, iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Tindakan Merah Gajah mencabut sehelai rambut yang keemasan yang terdapat di kepala Puteri Betong telah menyebabkan Puteri Betong ghaib. Hal itu menyebabkan Raja Muhammad membunuh Merah Gajah. Ayahanda Merah Gajah,iaitu Raja Ahmad pula menyerang negeri Raja Muhammad sehingga menyebabkan kematian baginda berdua dan ramai rakyat. Merah Silu dan Merah Hasum menjadi raja di negeri tersebut. Setelah sekian lama memerintah, Merah Silu dan Merah Hasum telah membuat keputusan untuk merantau dan mereka embuat penenpatan baharu di negeri Beruana. Merah Silu menjadi kaya-raya kerana cacing gelang-gelang yang direbusnya menjadi emas dan perak. Sikap Merah Silu yang bermain dengan kerbau liar tidak disukai oleh adiknya. Merah Silu dan pengikutnya meninggalkan tempat tersebut dan menetap di hulu Karang. Baginda terpaksa berpindah sekali lagi kerana kerbau yang dibawanya memusnahkan tanaman penduduk di situ Megat Iskandar membenarkan Merah Silu tinggal di Rimba Jerun dan dilantik menjadi raja. Pelantikan Merah Silu itu menimbulkan kemarahan Sultan Maliku’l-Nasar. Beberapa siri peperangan berlaku antara Merah Silu dengan Sultan Maliku’l-Nasar dan akhirnya Merah Silu dilantik menjadi raja yang sah.

Tema

Kehidupan Merah Silu dan sejarah pelantikannya sebagai raja di Rimba Jerun.

Persoalan

1. Kehilangan Puteri Betong.

2. Tindakan raja yang zalim menjatuhkan hukuman tanpa pengadilan.

3. Peperangan antara dua orang raja yang bersaudara.

4. Peristiwa aneh semasa pembukaan sebuah negeri.

Watak dan Perwatakan

1. Merah Silu: Anak sulung Merah Gajah dan Puteri Betong,abang Merah Hasum,hartawan,gemar

berlaga ayam,raja negeri Rimba Jerun.

2. Merah Hasum : Anak bongsu Sultan Maliku’l-Nasar, adik Merah Silu,menjadi raja bersama

abangnya setelah kematia ayah mereka,ssering memberikan nasihat kepada abangnya supaya tidak melakukan perkara yang tidak disukai oleh orang ramai.

Latar

1. Latar masa: Waktu siang

2. Latar tempat : Istana Merah Gajah di negeri Semerlanga,negeri Beruana,simpang di hulu

karang,Buluh Telang,Rimba Jerun,Bena,Pertama Terjun,Gunung Telawas,Kubu,Pekersang,Kumat dan Barus.

3. Latar masyarakat : Masyarakat golongan istana, masyarakat yang mempunyai perasaan dendam,

masyarakat pengikut yang setia kepada raja.

Plot

1. Permulaan : puteri Betong melahirkan 2 orang anak iaitu Merah Silu dan Merah Hasum. Puteri

Betong ghaib apabila Merah Gajah mencabut sehelai rambut keemasan di atas kepalanya.

2. Perkembangan : Raja Muhammad membunuh Merah Gajah. Raja Ahmad dan Raja Muhammad

pula berperang dan kedua-duanya mati. Merah Silu dan Merah Hasum memerintah negeri Semerlanga. Merah Silu menjadi kaya apabila cacing gelang-gelang yang direbusnya menjadi emas dan perak. Sikap Merah Silu yang suka bermain dengan kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum. Merah Silu berpindah ke tempat lain.

3. Klimaks : Merah Silu dilantik mejadi raja di negeri Rimba Jerun.

4. Peleraian : Pelantikan Merah Silu itu tidak disukai oleh Sultan Sultan Maliku’l-Nasar. Berlaku

beberapa siri peperangan dan akhirnya Merah Silu dilantik menjadi raja yang sah.

Nilai

Kasih sayang,nasihat-menasihati,kebijaksanaan,keberanian,muafakat

Pengajaran

1. Kita hendaklah mengasihi keluarga kita.

2. Kita haruslah menasihati seseorang yang telah melakukan kesilapan.

3. Kita hendaklah bijak menggunakan akal untuk menyelesaikan masalah.

2.3 Hikayat Indera Nata

Sinopsis

Indera Jenaka memberitahu bondanya, Si Batu Kembar bahawa nama sebenar orang yang dikenalnya sebagai Si Piatu itu ialah Indera Nata. Menurut Indera Jenaka, Indera Nata bukan sahaja tidak takut kepada binatang buas, malahan di Mmpu bercakap dengan binatang tersebut. Sewaktu Indera Nata mendaki sebuah bukit, dia melihat sebuah mahligai yang di dalamnya terdapat tujuh orang puteri. Puteri-puteri tersebut dibesarkan oleh raksasa untuk dimakan suatu hari nanti. Indera Nata menjelaskan kedatangannya untuk mencari gajah yag bergading emas. Tuan puteri membuat muslihat dengan mengatakan mereka akan cepat membesar sekiranya raksasa itu dapat menemukan gajah bergading emas. Raksasa berjaya mendapatkan gajah bergading emas yang dinaiki oleh Raja Rom yang berburu di dalam hutan setelah membunuh Raja Rom dan pengikutnya. Puteri-puteri tersebut meminta raksasa mencarikan mereka kijang putih bertanduk emas pula dan mencuci kain hitam sehingga menjadi putih. Keesokkan hari semasa ketiadaan raksasa, Indera Nata dan ketujuh-tujuh tuan puteri itu melarikan diri. Raksasa menyedari bahawa dirinya telah tertipu lalu mencari mereka. Raksasa berjaya menemui mereka tetapi Betara Gangga segera membantu Indera Nata lalu membunuh raksasa tersebut. Indera Nata dan ketujuh-tujuh orang puteri itu terselamat lalu pulang ke istana untuk bertemu dengan ibu Indera Nata.

Tema

Kehebatan dan keberanian Indera Nata menyelamatkan tujuh orang puteri.

Persoalan

1. Keberanian Indera Nata berhadapan dengan pelbagai cabaran.

2. Kebijaksanaan bertindak dan berfikir untuk menyelesaikan masalah.

3. Membantu orang yang mengalami kesusuhan.

Watak dan perwatakan

Indera Nata : Anak Tuan Pueri Cenderawati dan Raja Rom,berani,dapat bercakap dengan binatang,gagah dan penyayang.

Tuan Pueri Cenderawati : Ibu Indera Nata, isteri Raaja Rom,penyayang,kematian suami akibat dimakan raksasa.

Latar

Latar masa : Peristiwa berlaku dalam masa beberapa hari, waktu pagi dan waktu siang.

Latar tempat : Di negeri Rom, di dalam hutan,di dalam mahligai, di dalam istana.

Latar masyarakat : Masyarakat golongan istana, masyarakat yang berani, masyarakat raksasa yang jahat, masyarakat yang mempunyai ilmu kesaktian.

Plot

Permulaan : Indera Jenaka ke istana dan menjelaskan nama sebenar Si Piatu, iaitu Indera Nata dan keistimewaannya kepada bondanya Si Batu Kembar.

Perkembangan : Indera Nata masuk ke dalam sebuah mahligai di atas bukit dan menemui tujuh orang puteri. Indera Nata menyatakan tujuannya ke sana, iaitu mencari gajah bergading emas. Tuan puteri membuat tipu muslihat agar mereka dapat melarikan diri. Raksasa berjaya menemui ketujuh-tujuh orang puteri itu semula bersama-sama dengan Indera Nata.

Kliamaks : Bentara Gangga membantu Indera Nata memusnahkan raksasa. Ketujuh-tujuh orang puteri itu berjaya diselamatkan.

Peleraian

Indera Nata pulang ke istana untuk menemui bondanya. Bondanya sedih terhadap peristiwa kematian suaminya yang dimakan raksasa. Ketujuh-tujuh orang puteri tinggal bersama-sama dengan Indera Nata di istana.

Nilai

Keberanian, kebijaksanaan, bantu-membantu dan kasih sayang.

Pengajaran

1. Kita haruslah berani berhadapan dengan cabaran

2. Kita hendaklah membantu mereka yang menghadapi masalah.

3. Kita hendaklah menggunakan akal fikiran denagn bijak bagi menyelesaikan masalah.

4. Kita hendaklah menyayangi ibu bapa kita.

5. Kita hendaklah menerima ketentuan Tuhan dengan reda.

2.4 Hikayat Khoja Maimun

Sinopsis

Bab 1

Khoja Maimun dan isterinya, Bibi Zainab ke pekan. Khoja Maimun membeli dua ekor burung, iaitu burung tiung dan burung bayan. Khojja Maimun meninggalkan Bibi Zainab bersama-sama dengan dua ekor burung tersebut untuk menjalankan urusan perniagaan di laut. Semasa ketiadaan Khoja Maimun, Bibi Zainab terpikat kepada seorang anak raja lalu berjanji untuk bertemu dengan anak raja tersebut. Namun begitu, Bibi Zainab telah membunuh burung tiung yang menasihatinya supaya tidak menemui anak raja tersebut. Burung bayan pula berjaya menghalang hasrat Bibi Zainab dengan menyampaikan suatu cerita.

Bab 2: Cetera Pertama

Menurut cerita bayan, seorang isteri saudagar berlaku curang semasa ketiadaan suaminya. Oleh sebab berasa syak bahawa rahsianya telah terbongkar, isteri saudagar itu mencabut bulu burung bayan untuk melepaskan perasaan marahnya. Bayan bersembunyi di dalam saluran tempat orang membasuh beras. Apabila saudagar pulang, dia menghalau isterinya. Setelah bulunya tumbuh semula, bayan keluar dari tempat persembunyiannya dan berjaya menyatukan saudagar dengan isterinya semula. Bibi Zainab yang leka mendengar cerita bayan itu akhirnya terlepas peluang untuk menemui anak raja. Pada hari yang lain, Bayan menceritakan kisah Hikayat Taif dengan Raja Tabristan pula untuk melalaikan Bibi Zainab daripada menemui anak raja itu.

Bab 3 : Cetera Kedua

Taif yang daang dari benua Arab menemui Raja Tabristan untuk berkhidmat kepada baginda. Atas kejujuran dan keikhlasan Taif berkhidmat, dia sangat dikasihi oleh Raja Tabristan dan dikurniakan harta yang banyak. Sekali lagi Bibi Zainab tidak dapat menemui anak raja.

Bab 4 : Cetera ketiga.

Bayan bercerita tentang kisah saudagar yang sangat cemburu akan isterinya. Oleh itu, si isteri telah bercerita tentang kisah sepasang suami isteri. Semasa ketiadaan suaminya, raja telah menghantar wakil untuk menemui isteri saudagar tersebut. Kebijaksanaan isteri saudagar telah berjaya memerangkap keempat-empat wakil raja tersebut. Apabila raja sendiri yang datang ke rumahnya, isteri saudagar sendiri yang menasihati raja supaya meninggalkan perangai yang jahat. Raja insaf dan bertaubat atas kesalahannya itu. Akhirnya bayan berjaya melalaikan Bibi Zainab untuk bertemu dengan kekasihnya dengan menceritakan kisah Hikayat Serimala dengan Pandai emas.

Tema

Wanita perlu menjaga kehormatan diri dengan menghindari pelbagai perkara yang dapat menimbulkan maksiat.

Persoalan

1. Kerukunan rumah tangga yang berlandaskan prinsip kasih sayang dan saling mempercayai.

2. Sikap tamak akan harta benda dan menginginkan kekayaan yang melampau.

3. Kebijaksanaan burung bayan menghalang tuannya daripada melakukan kemungkaran.

4. Kejahatan dibalas dengan kebaikan.

5. Sikap jujur dan ikhlas dalam pekerjaan disukai oleh orang lain.

Watak dan perwatakan

Burung bayan : Seekor burung jantan ;memiliki bulu dan rupa yang cantik;dijual dengan harga seribu dinar;bijaksana menggunakan akal untuk menyelamatkan diri;pandai ilmu firasat;pandai bercerita.

Bibi Zainab : Isteri Khoja Maimun;cantik;rendah moral;kejam kerana membunuh burung tiung;gemar bersolek;curang kepada suami;suka mendengar cerita.

Khoja Maimun : Suami Bibi Zainab;saudagar yang kaya-raya ;penyayang;gigih berusaha dalam pekerjaan.

Latar

Latar masa: Waktu siang;waktu malam

Latar tempat : Negeri Ajam;negeri Istanbul

Latar masyarakat : Golongan peniaga yang mementingkan kekayaan;masyarakat yang rendah akhlak;golongan yang suka memberikan nasihat dan benci akan perbuatan maksiat;golongan ang bekerja dengan ikhlas;golongan yang suka mengambil kesempatan.

Plot

Permulaan: Khoja Maimun dan Bibi Zainab ke pekan dan terserempak dengan seorang budak yang menjual burung bayan. Burung bayan menceritakan keistimewaannya. Khoja Maimun membeli burung bayan tersebut dan seeor burung tiung.

Perkembangan: Khoja Maimun berlayar atas urusan perniagaan. Bibi Zainab tinggal di rumah brsama-sama dengan burung bayan dan urung tiung. Bibi Zainab terpikat kepada anak raja dan berhasrat utuk bertemu dengannya. Burung tiung dibunuh kerana menasihati Bibi Zainab agar tidak bertemu dengan anak raja itu. Burung bayan berjaya menghalang hasrat Bibi Zainab dengan menceritakan beberapa hikayat.

Klimaks : Bibi Zainab tidak dapat menemui anak raja kerana leka mendengar cerita-cerita bayan.

Peleraian: Burung bayan berjaya memberikan nasihat bagi menyedarkan Bibi Zainab tentang kesalahannya itu.

Nilai

Kasih sayang;kebijaksanaan;nasihat –menasihati;keikhlasan;keinsafan.

Pengajaran

1. Suami isteri hendaklah sayang-menyayangi.

2. Kita hedaklah gigih berusaha agar berjaya dalam bidang yang diceburi.

3. Kita wajarlah menggunakan akal fikiran untuk menyelamatkan diri daripada sebarang musibah.

Saturday, October 15, 2011

PuiSi TRaDiSioNaL ( aNToLoGi HaRGa ReMaJa )

1.0 PUISI TRADISIONAL

1.1 Pantun Budi [Enam Kerat]

Maksud

  1. Budi baik seseorang itu menjadi sebutan.
  2. Memang menjadi adat di dunia bahawa seseorang yang berbuat kebaikan selalu disebut-sebut orang walaupun dia telah meninggal dunia.
  3. Kebaikan yang dilakukan walaupun sedikit tetap diingati sampai bila-bila.
  4. Budi seseorang mengambil tempoh yang lama untuk dibalas.

Tema dan Persoalan

  1. Budi baik seseorang sentiasa dikenang.
  2. Kebaikan seseorang disebut sepanjang masa
  3. Ketinggian nilai budi.
  4. Budi sukar dibalas.

Nilai

Mengenang jasa dan baik hati.

Pengajaran

  1. Kita mestilah mengenang jasa seseorang terhadap diri kita.
  2. Kebaikan seseorang kepada kita haruslah kita kenang selagi kita hidup.
  3. Kita hendaklah mengamalkan budi pekerti yang baik setiap masa.

1.2 Pantun Jenaka dan Sindiran

Maksud

1 Tiada faedahnya mempunyai isteri yang cantik jika tidak tahu memasak.

2 Sesuatu yang lucu akan berlaku apabila keajaiban terjadi tanpa disangka-sangka.

3 Kekuatan seseorang berkurangan apabila usia meningkat tua.

4 Orang lain berasa bimbang apabila melihat seseorang itu melakukan perkara yang tidak pernah dibuatnya.

5 Seseorang berasa hairan apabila melihat sesuatu perkara yang diluar kebiasaan.

Tema dan Persoalan

1. Kecantikan bukan ukuran bagi seseorang lelaki untuk mencari calon isteri

2. Peristiwa yang aneh berlaku tanpa diduga

3. Kekuatan tenaga bergantung kepada usia

4. Tindakan yang jarang dilakukan akan menjadi keanehan bagi orang yang melihatnya

Pengajaran

1. Kita janganlah memandang keelokan rupa sesuatu daripada luarannya sahaja.

2. Kita haruslah berfikir dengan kritis dan kreatif apabila melihat sesuatu perkara yang aneh.

1.3 Syair Definisi Orang Berakal

Maksud

  1. Orang yang berilmu pengetahuan mengamalkan budi pekerti yang baik dan orang yang menurut perbuatan mereka akan berbahagia.
  2. Orang yang berilmu dapat menyelesaikan banyak masalah. Nasihat yang baik dapat mengatasi sebarang masalah dan kejahatan.
  3. Orang yang berpengetahuan melihat sesuatu berdasarkan pemerhatian yang mendalam. Mereka sangat menghormati ketua dan rakan. Mereka tidak menyukai orang jahat kerana bimbang akan mendapat aib.
  4. Satu lagi lambang bagi orang yang mempunyai ilmu ialah mereka mematuhi suruhan Tuhan. Mereka menghindari sikap tamak dan sentiasa menyerah diri kepada Tuhan kerana mereka sedar bahawa kehidupan di dunia ini tidak akan kekal.
  5. Orang yang berilmu disaangi oleh pemerintah tidak akan melakukan sesuatu perkara sesuka hatinya. Selain itu mereka tidak bersikap angkuh terhadap rakan-rakannya.
  6. Orang yang berilmu dan tahu membawa dirinya jika terlalu disangai oleh pemerintah. Mereka akan berbuat baik kepada rakan-rakan dan berkhidmat dengan penuh berhemah dan berdedikasi.
  7. Begitulah lambang orang yang berilmu, iaitu mereka cinta akan ilmu pengetahuan. Mereka juga suka membaca buku dan membuat rujukan tanpa jemu.

Tema dan Persoalan.

  1. Ilmu pengetahuan membentuk budi pekerti yang baik.
  2. Akal yang bijaksana dapat menyelesaikan banyak masalah.
  3. Orang yang berakal sentiasa mematuhi penrintah Tuhan.
  4. Ilmu pengetahuan diperoleh melalui pembacaan dan rujukan.

Nilai

Cinta akan ilmu, kasih sayang, bertawakal,merendah diri,keikhlasan dan kerajinan.

Pengajaran

  1. Kita hendaklah menyayangi sahabat kita.
  2. Meskipun mempunyai kedudukan dan kelebihan, kita hendaklah mengamalkan sikap merendah diri.

1.4 Syair Siti Sianah

Maksud

  1. Sesetengah perempuan suka menghiasi wajah mereka dengan mencukur bulu kening dan memakai pakaian yang cantik
  2. Mereka bersikap periang apabila bertemu dengan lelaki supaya mereka dianggap wanita yang cantik.
  3. Terdapat sesetengan perempuan yang sanga suka bersolek dan berandan di hadapan cermin.
  4. Walaupun tidak begitu cantik dan tidak sempurna rupanya, tetapi mereka masih gemar bersolek.
  5. Ada pula perempuan yang buruk perangainya, suka bersanggul meskipun rambutnya sedikit dan memakai rambut palsu yang panjang.
  6. Ramai perempuan yang gemar memakai bedak atau krim pada muka, kaki,tangan,lengan,dan jari supaya lebih cerah dan berseri walaupun hakikatnya kulit mereka tidak sebegitu.
  7. Terdapat juga perempuan ang suka dipuji. Mereka menghiasi diri dengan pelbagai aksesori dan suka mendampingi lelaki.
  8. Ada pula perempuan yang sengaja menonjolkan susuk tubuh untuk memikat lelaki.
  9. Berdoalah kepada Tuhan agar dihindari perbuatan yang salah dan dijauhi daripada menjadi perempuan yang tidak bermaruah.
  10. Perkara yang paling banyak dilakukan oleh sesetengah perempuan ialah berjudi. Barang kemas habis tergadai disebabkan oleh perbuatan yang sudah sebati dengan diri meereka itu.
  11. Lelaki dan perempuan banyak melakukan pergaulan bebas dan terlibat dalam pelbagai kegiatan maksiat.

Isi dan Persoalan.

  1. Sikap perempuan yang suka menonjolkan kecantikan untiuk menarik perhatian lelaki.
  2. Sikap perempua yang suka memikat lelaki.
  3. Pengharapan kepad aTuhan agar diindungi daripada perkara yang tidak baik.
  4. Kesan buruk daripada sikap perempuaj yang suka berjudi.
  5. Pergalan bebas antara lelaki dengan perempuan dalam melakukan pelbagai kegiatan maksiat.

Nilai

Kesopanan,menjaga kebersihan diri,memelihara maruah diri.

Pengajaran

  1. Kita janganlah menghiasi diri semata-mata untuk menarik perhatian orang lain.
  2. Seseorang perempauan hendaklah menjaga pergaulannya dengan lelaki.
  3. Kita hendaklah berdoa kepada Tuhan agar sentiasa dijauhi daripada maksiat dan kemungkaran.
  4. Orang yang beragama Islam hendaklah taat kepada perintah Tuhan dan tidak meninggalkan solat.

1.5 Gurindan 12 Fasal yang Keenam

Maksud

  1. Carilah kawan yang dapat membantu kita menyelesaikan masalah.
  2. Caarilah guru yang dapat memberikan ilmu supaya tahu membezakan perkara yang baik dengan yang buruk.
  3. Carilah isteri yang taat kepada suami.
  4. Carilah kawan yang dalam kalangan mereka yang setia.

Isi dan Persoalan

1.. Sahabat yang baik dapat membantu kita jka dalam kesusahaan.

2. Ilmu membolehkan seseorang membeza perkara yang baik dengan yang buruk.

3. Memilih isteri yang taat kepada suami.

4. Bersahabat dengan orang yang setia kawan.

Nilai

Kebijaksanaan,bantu-membantu,ketaatan dan seti kawan

Pengajaran

  1. Kita haruslah memilih sahabat yang mempunyai sikap setia kawa.
  2. Kita hendaklah rajin menuntut ilmu.
  3. Seseorang isteri hendaklah mentaati suaminya.

1.6 Seloka Emak Si Randang

Maksud

Emak Si Randang baik hati kerana memberi makan kepada perantau. Di juga sanggup kehilangan harta demi orang luar sedangkan anak sendiri tidak dipedulikan dan terabai. Akibatnya, dia juga yang kerugian akibat perbuatannya itu.

Isi dan Persoalan.

  1. Sanggup kehilangan harta demi membantu orang lain.
  2. Mengutamakan orang lain berbandig denga keluarganya sendiri.
  3. Mengalami kerugian akibat sikap orang yang ditolong itu tidak mengenang budi.

Nilai

Baik hati, menghormati tetamu.

Pengajaran

  1. Kita hendaklah baik hati kepada tetamu yang datang ke rumah.
  2. Kitan janganlah memusnahkan harta benda sendiri demi membantu orang lain.
  3. Kita mestilah mengutamakan tanggungjawab terhadap ahli keluarga sendiri daripada orang lain.
  4. Kita haruslah mengenang jasa orang kepada kita.

1.7 Harga Remaja : Rahman Shaari

Maksud

  1. Penulis mempersoalkan harga sebenar seseorang remaja yang tidak melakukan sebarang kelakuan yang negatif dalam hidupnya.
  2. Penulis turut mengemukakan persoalan kepada remaja dalam menentukan kehidupan mereka, iaitu sama ada terlibat dalam percintaan atau terpengaruh oleh budaya yang negatif.
  3. Alam remaja amat tinggi nilainya. Maruah seseorang remaja terletak kepada ketegasan pendiriannya, sikap yang berani, dan ilmu pengetahuan yang dimiliki.
  4. Remaja haruslah mengisi masanya dengan perkara-perkara yang telah ditetapkan dalam mencapai matlamat hidupnya.

Tema

Setiap remaja perlu mengisi kehidupan mereka dengan perilaku yang sihat.

Bentuk

Bebas, mengandungi 4 rangkap dan rangkap 1 – 3 mengandungi 6 baris dengan jumlah perkataan yang tidak terkawal. Rangkap 4 mengandungi 2 baris

Nilai

Berhati-hati,keberanian,ketegasan,kegigihan dan bermatlamat.

Pengajaran

  1. Sebagai remaja kita hendaklah menjaga maruah diri dan keluarga.
  2. Kita hendaklah berani menghadapi cabaran dalam kehidupan.
  3. Kita haruslah be5rpendirian tegas apabila membuat sesuatu keputusan
  4. Janganlah kita mensia-siakan usia remaja.
  5. Setiap remaja haruslah memanfaatkan masanya dengan sebaik-baiknya.

1.8 Di Perpustakaan : Shafie Abu Bakar

Maksud

  1. Sebaik-baik sahaja penyajak masuk ke dalam perpustakaan, dia berhadapan dengan suasana ang berbeza dengan keadaan di luar. Suasana di dalam perpustakaan dingin dan sunyi sepi. Perpustakaan tempat menyimpan pelbagai khazanah ilmu. Kelihatan pengunjung membuat rujukan di merata-rata tempat di dalam perpustakaan.
  2. Di dalam perpustakaan yang dipenuhi dengan pelbagai buku itu, penyajak berasa dirinya amat kecil kerana ilmu yang dimilikinya tidak seberapa. Meskipun penyajak berusaha untuk mendapatkan bermacam-macam ilmu, namun dia memperoleh sedikit ilmu sahaja. Perpustakaan merupakan warisan yang menyimpan pelbagai peradaban sejak dahulu.
  3. Di dalam perpustakaan itu, penyajak berusaha untuk mendapatkan ilmu, Namun begutu, dia tidak berasa puas dengan ilmu yang diperolehnya.

Tema
Fungsi perpustakaan sebagai gedung ilmu.

Persoalan

  1. Perpustakaan tempat membaca dan membuat rujukan.
  2. Ilmu pengetahuan amat luas sehingga eseorang tidak mampu memiliki kesmuanya.
  3. Usaha mencari ilmu sentiasa berterusan.

Bentuk

Bebas : Rangkap 1 mengandungi 10 baris dengan jumlah kata 2 – 4 perkataan sebaris.

Rangkap 2 mengandungi 5 baris dan jumlah perkataan tidak terkawal.

Rangkap 3 mengandungi 16 baris dan jumlah perkataan antara 2 – 4 perkataan sebaris

1.9 Insaf : Shukri Abdullah

Maksud

  1. Kesalahan dan kejahilan yang kian bertambah menyebabkan seserorang itu kian terhindar daripada cahaya keimanan.
  2. Dalam menjalani kehidupan, penyajak sering melakukan kesilapan yang menyebabkan keimanan semakin terhakis.
  3. Kesilapan yang dilakukan tanpa penyesalan menyukarkan seseorang itu berasa insaf dan bertaubat.
  4. Penyajak berharap agar dia sempat bertaubat.

Tema

Keinsafan dan penyesalan terhadap kesilapan yang dilakukan sepanjang kehidupan.

Persoalan

  1. Setiap insan pasti melakukan kesalahan.
  2. Kejahilan akan menjauhi seseorang daripada cahaya keimanan.
  3. Bertauba dan kemvbali kepada suruhan Tuhan.

Nilai

Kejujuran,keinsafan

Pengajaran

  1. Kita hendaklah menjauhi perbuatan yang bertentangan dengan agama.
  2. Setiap insan perlu menuntut ilmu agar tidak jahil dalam agama.
  3. Kita hendaklah muhasabah diri dan membaiki kesilapan lalu.
  4. Setiap insan perlu bertaubat terhadap kesalahan yang telah dilakukannya.

1.10 Mahsuri : Zurinah Hassan

Maksud

  1. Sumpah Mahsuri selama tujuh keturunan itulah yang telah berjaya membangunkan Langkawi sehingga menjadi pulau yang maju.
  2. Sesetengah pendapat mengatakan bahawa Mahsuri tidak wujud, sebaliknya legenda Mahsuri hanyalah khayalan seorang seniman. Namun begitu, ada pula yang berpendapat bahawa Mahsuri pernah hidup tetapi cerita tentang legendanya yang lebih terkenal dalam sastera tanah air daripada kisah hidupnya. Mahsuri berjaya membangunkan Pulau Langkawi dan kisahnya juga dapat memperkaya sastera tanah air.
  3. Mahsuri memajukan Langkawi manakala sastera membangunkan negara.

Tema

Legenda Mahsuri dan sejarah pembangunan Pulau Langkawi.

Persoalan

Legenda sumpahan Mahsuri.

Legenda Mahsuri memperkaya kazanah sastera tanah air.

Peranan sastera bagi sesebuah negara.

Nilai

Kesetiaan,penghargaan

Pengajaran

  1. Kita hendaklah mempelajari sastera kerana sastera lambang identiti sesuatu bangsa.
  2. Kita hendaklah menyelidiki kebenaran sesuatu peristiwa untuk mengetahui perkara yang sebenarnya.
  3. Kita hendaklah bersyukur atas kemajuan negara yang kita nikmati sekarang.

1.11 Adat Sezaman : Wan Nazihah Wan Abdullah

Maksud

Adap dan sopan santun dalam kalangan golongan muda semakin terhakis menikut perubahan masa. Masyarakat dahulu mementingkan adap dan sopan santun. Golongan tua amat gembira apabila remaja menjaga kesopanan dan mengamalkan perilaku yang baik. Namun demikian, kini golongan tua sedih dan kecewa kerana muda mudi hilang rasa malu bergaul tanpa batasan. Adat budaya ditinggalkan dan ajaran agama tidak dipedulikan. Sebaliknya, mereka terikut-ikut akan budaya Barat.

Tema

Perubahan adat resam dan budaya akibat perubahan zaman

Persoalan

  1. Masyarakat silam berpegang teguh kepada warisan adat dan budaya.
  2. Adat dan budaya silam tinggi nilainya.
  3. Gejala pergaulan bebas dalam kalangan muda-mudi masa ini.
  4. Masyarakat sekarang sering melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran agama.
  5. Remaja sekarang mudah terpengaruh akan budaya Barat yang negatif.

Nilai

Kesopanan, hormat-menghormati,kepatuhan kepada ajaran agama

Pengajaran

  1. Kita hendaklah menjaga adab dan tatsusila.
  2. Kita haruslah mengamalkan adat budaya yang tinggi nilainya itu.
  3. Kita hendaklah menjaga adat dan budaya agar tidak tercemar.
  4. Kita janganlah mudah terpengaruh akan budaya negatif dari barat.

1.12 Tiba Waktunya : Ghazali Lateh

Maksud

  1. Perubahan masa berlalu dengan pantas.Mereka yang pandai mencari peluang sahaja yang akan berjaya.
  2. Penyajak mengemukakan persoalan sama ada wanita hanya memperoleh sia-sia pembangunan atau turut berusaha bagi mencapai kejayaan. Sekarang bukan masanya kaum wanita menantikan sesuatu atau mengharapkan simpati daripada orang lain.
  3. Wanita sekarang perlu bekerja keras kerana pemikiran dan tenaga mereka membantu kejayaan bagi mencapai cita-cita dan menjayakan wawasan globalisasi.
  4. Segala kedaifan perlu dihindari dan segala masalah perlu diatasi. Wanita sekarang perlu berani,yakin akan diri sendiri dan tahan ujian supaya cemerlang dalam pelbagai rintangan. Semua wanita perlu bersatu padu bagi mencapai cita-cita. Dengan kemampuan pemikiran,tenaga fizikal,keimanan dan semangat yang kental,kaum wanita perlu bergerak bersama-sama.
  5. Sudah tiba masanya wanita menjadi pemimpin dunia.

Tema

Kaum wanita mesti menyiapkan diri bagi menghadapi cabaran globalisasi.

Persoalan

  1. Kejayaan hanya dicapai oleh mereka yang pandai mencari peluang.
  2. Orang yang tidak berusaha akan ketinggalan.
  3. Kaum wanita perlu mengubah sikap.
  4. Wanita sekarang perlu berani,yakin akan diri sendiri dan tidak mudah berputus asa.
  5. Perpaduan menggerakkan usaha bagi mencapai kejayaan.

Nilai

Kesungguhan,keberanian,keyakinan diri,bersatu padu

Pengajaran

  1. Kita hendaklah berani menghadapi pelbagai cabaran dalam bidang yang diceburi.
  2. Kita hendaklah yakin akan diri sendiri atas apa-apa pekerjaan yang kita lakukan.
  3. Kita mestilah menunjukkan sifat tinggi pekerti agar disegani oleh kawan dan lawan.
  4. Kita janganlah mudah berputus asa walaupun gagal dalam melakukan sesuatu perkara.
  5. Kita mestilah bersatupadu dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.