Pages

Monday, October 10, 2011

KoSa KaTa DiaLeK KeDaH

Bil

Kosa Kata

Makna

Ayat



ghonot

tundukkan badan ketika melalui dibawah sesuatu

Hang kena hati-hati sikit ghonot bawah pokok tu, banyak dahan gheput.



ghupin

kulit kering dari luka

Ghupin hang hari tu dah lega dah noo..



kecek

pujuk

Nak duit ? Nu, pi kecek pak hang...



Seluloi

Kerap kali

Seluloi sangat dah, aku bagi pinjam duit kat Non tuu...



Meghelop

Hampir malam

Hampa ni main sampai tak tau nak beghenti, dah meghelop dah nih.. pi balik kaihh..



Ghona-ghoni

Warna-warni

Ambooii, cantiknya ghona-ghoni baju dia



Ghayup

Lesap sekelip mata/ terlalu laju

Ish, puak ni bawak mutu meghayup nak mampuih.. kot!



Ghosek

selongkar

Apa hang ni, dok ghosek laci meja aku ni..



Nyuloq

Jatuh tersembam/ dibelasah teruk

Haa, ,baru dia ada akai, kena taboh sampai menyuloq.. kahaq sangat!



Buloq

Lapar sangat

Tak kebuloq aku nak makan masakan dia tu..



Taboh

Pukul/ belasah

Dengaq kata hang kena taboh dek Mat Rosni semalam



Ghelah

Terkoyak

Alamak! Ghelah baju aku kalau Mat Habib pakai!?



Ghunaih

Cunkil/ kupil

Woi Jat! Hang dok ghunaih apa, tengok jaa dah laa..



geghek

basikal

Setiap pagi Zainol kayuh geghek ke tempat gheja!



Mod

Bawak pembonceng/ penumpang

Jat dok mod Nuri pi mana tuu...!? Sakan depa noo...



Sakan

Hebat/ tak sangka

Sakan jugak Jat ni.. dapat jugak dia si Nuri tu..!



Seken

Luku secara sipi

Ish! Aku sekeh budak Sepol ni.. pat kali ajag tak gheti-gheti lagi.?!



seneghih

Selisih

Lah! Hang seneghih ngan aku kat K.L hari tu buat tak tau aja!



mengehin

Tegang/ cekang

Perut Chaq nampak meghenin selepas dia makan nasik tambah yang dihidangkan kat rumah kenduri tadi.



cemuih

bosan

Asmah dan Ahmad dah cemuih nak dengaq pak dok prayat depa hari-hari.



Menyeghok

Sarapan pagi

Pagi tadi Man ngan Din dok usha nasik lemak bekalan aku tu sebab depa tak menyeghok lagi.



Menghenyeh

tersenyum

Tak habih-habih Din dok mengenyeh kat Asmah tu.



ndoi

buaian

Isteri Ahmad selalu marah kat dia pasai dia penyegan nak hayun ndoi anak dia.



senengih

Berlaga sipi-sipi

Pintu gheta Pak Mid calaq sebab senenghih ngan lori.



beghetoh

Berlaga/ tersentuh

Habih kulit dia jadi gatai sebab beghetoh ngan pokok keladi belakang ghumah.



pengkaq

Jalan mengengkang

Hassan tu, tak padan ngan kaki pengkaq ada hati nak main bola.



mandom

lembab

Awat yang mandom sangat ni... tak cukup tidoq kot semalam?



heliaq

Sapu atau lap

Lepas makan jangan dok heliaq kat baju



kelepiaq

Elakkan diri dari melakukan kerja

Hang jangan dok kelepiaq kalau aku suruh pi kedai



melingkaq

melingkar

Tuu dia tengok Hamid tidoq melingkaq macam ulaq sawa.



ralit

Lalai/ asyik

“ ralit bersembang dengan hang sampai tak sedaq hari dah nak maghrib” kata Pak Mail kepada Osman yang sudah lama tidak berjumpa



ketegaq

degil

“ dah berpuluh-puluh kali dah mak pesan, jangan bawak moto laju sangat. Tapi hang ketegaq, la ni hang tengok apa dah jadi...” kata Mak Chah kepada anaknya yang terlibat dalam kemalangan.



Celuih

muat

“hang agak celuih dak kalau aku masukkan semua baju ni dalam beg hitam tu?” tanya Amy kepada Sara sambil menunjukkan beg hitam yang berada di atas alamari.



renyah

Sukar/ sulit

“ mengayam tikar mengkuang ni mudah saja kalau dah biasa, kalau yang baru nak belajaq menganyam mungkin rasa renyah sikit...” terang Puan Habibah kepada pelancong yang ingin tahu cara-cara menganyam tikar mengkuang.



piama

musim

“ dua tiga hari kebelakangan ni angin bertiup dari arah timur, nak mai piama kemarau dah kot...” kata Pak Mail kepada Mak Munah



pederas

Meningkatkan/ menambahkan kelajuan atau bunyi

“ Kau nak tau, masa nak sampai kat simpang tiga tu aku ingat takdak kereta, aku pun pederas la. Tiba-tiba ada kereta keluaq dari situ. Apa lagi gedebanggg...” kata Azrul kepada Hamid.



loklaq

Perbuatan yang tidak senonoh

“Awat la budak tu cakap loklaq sangat dengan orang yang lebih tua dari dia...” keluh Azman.



kahaq

Samseng/ belagak/ kurang ajar

“ooo... hang tunjuk kahaq nooo...” kata Abu kepada Ali.



tengalong

Baling

“ aku dok tengalong batu kat sarang tebuan kat atas tu” kata Asmah



Koi

Semakin

“ makcik tengok hang la ni koi kuruih la, tak sihat ka?” Kata Mak Siti kepada Esah



Hangpa

Awak/ engkau/ kamu

“Hangpa dok buat apa tu?” Kata Abu kepada budak-budak kampung.



hang

Awak

“Aku nak bagi hadiah ni kat hang”. Kata Ali kepada Abu.



Habaq

Memberitahu

“ Pak Mat habaq kat aku, hang dah mula berniaga, betoi ka?”



Pi

Pergi

“Bila hang nak pi Kuala Lumpur?”



Mai

Datang/ mari

“ Esok hang boleh mai awal dak?”



Gon

Bukit/ kawasan berbukit

“Penat betoi aku kayu geghek naik gon”



toyu

kicap

“Mak boh toyu dalam lauk sebab xberapa masin”.



Baloq liat

malas

“ Heee tengok budak Mamat tu... dah la tidoq melingkaq, baloq liat pulak tu.”



ceghin

tegak

“ ceghin bulu roma aku tengok cerita hantu semalam”



Kughuih kiang

Teramat kurus

“ anak-anak kucing tu kughuih kiang, hang tak bagi depa makan ka Siti?” kata ayahnya



kawaq

pencuri

“ akhir-akhir ni banyak pulak kawaq masuk kampung kita ni noh ayahnya” kata Mak Som kepada suaminya.



melewaq

Merayau/melilau

“ ibu kucing tu asyik melewaq ja cari anak dia yang dah kena makan ngan ulaq sawa”



teghebe

lastik

“ hang jangan dok teghebe sarang tebuan tu... nanti depa serang mampuih hang”



Pak/mak/anak menakan

Pak/ mak/ anak saudara

“ anak menakan ngan pak menakan sama ja, dua-dua keja tengok TV ja, penyegan sunggoh”



hinggut

goyang

Pak Ali hinggut pokok nyoq depan rumahnya dengan harapan buah nyok muda lughuh...”



menghenyut

Berderet-deret

“ Pak Mail tu tak padan ngan anak mengenyut dah, dok menghela lagi...”



bincut

binjul

“ tu dia la... kan aku suruh tunduk, tak pasai-pasai kepala hang bincut dah teghantuk dengan alang tu...”



megheben

mengarut

“hang jangan dok megheben macam-macam la, ni malam jumaat, banyak hantu keluaq...”



segagan

sebaya

“ Ahmad dan Abu segagan sebab tu depa pi sekolah sama-sama...”



klesen

Mesin padi

“ orang sekarang dah tak guna kerbau, depa dah moden, depa guna klesen la ni...”



beghemba

Bersaing-saing

“kalau kayuh geghek tu jangan dok beghemba, nanti gheta belah kot belakang” kata mak aku sambil menghulurkan bekai nasik lauk teloq goreng mata khebau berkuah toyu sebelum aku ke sekolah pada pagi kelmaghin...



Met ngot

lembab

“ awat yang met ngot sangat ni... depa dah tak sabaq dah nak ambik gambaq tu...”



loghat

Sibuk/ penyibuk

“ Awat yang hang dok loghat sangat nih! Buat la keja hang sendiri...”



punggai

Baling/ membaling

“ Man kena punggai dengan tongkoi kayu sebab dia curi buah moktan Pak hamid”



tongkoi

tongkol kayu

“ Tongkoi kayu tu dah basah dah, tak boeh buat kayu api...”



keleboq

lumpur

“ghebau Pak mat jatuh dalam keleboq kat bendang pagi tadi...”



meghela

Suka mengacau oarang

“ awat yang hang dok meghela sangat ni?



lengai

lembab

“ mamat ni lengai la, suruh buat gheja apa pun tak boleh...”



belengaih

melekit

“ish... badan aku rasa belengaih la... nak kena pi mandi pulak ni.”



pengkaq

mengengkang

“Kaki Anis pengkaq sebab mak dia tak bedong masa kecik-kecik dulu.”



Heghot petot

senget

Mat maghah kat anak menakan dia sebab susun bata hengot petot”



ghelin

menjeling

“Awek tu gheja dok ghelin kat aku ja... minat kot hahaha”



nghenyek

Remuk/ hancur

“ Kereta tu ngenyek kena langgar ngan lori balak”



ghengau

cakar

“ Anak kucing tu ghengau tangan Ayu sampai berdarah”



segheyat

Reda/ surut

“ Ayah suruh tunggu sampai hujan segheyat dulu baru boleh pi jalan-jalan”.



hambat

kejar

“ Anjing tu dok hambat kucing tu sampai nik atas pokok nyok”.



contiang

conteng

“ Haihhh budak-budak ni keja dok contiang jamban ja, tak dak keja lin ka nak wat”.



ligan

kejar

“ Polis tu ligan pencuri sampai masuk dalam hutan”.



cemuih

Bosan/ jemu

“ Siti dah cemuih asyik dok kat rumah ja lepas habih ngaji, nak cari keja pon peksa tak luluih”.



tokak

gigit

“ aku tokak jugak budak ni, dari tadi norang soh pi kedai dia wat tak tau ja”.



mengoit

bergerak

“Hangpa jangan dok mengoit, nanti gambaq tak jadi”.



melugai

meloya

“ Hang tengok bini hang tu dah dok melugai dah, tak lama lagi dapat orang baru la kita”.



segan

malas

“ segan aih aku nak pi rumah dia, banyak orang pompuan” kata Abu



teqhandaih

terhantuk

“Kepala dia teghandaih kat hujung meja tu, sebab tu dia biol sikit”.



tegelinchaq

tergelincir

“ Awat hang tak cuci lantai tu elok-elok, kan dah tegelinchaq budak tu sampai jatuh”.



seghondoi

Sondol/ terpa

“ hang jangan dok senghondoi tak tahwan hala... satgi kot ada temingat ka... ulaq ka...”



Maneh melecaih

Teramat manis

“ Awat hang bancuh ayaq ni maneh melecaih sangat, lori gula tumpah ka?”.



belemoih

Comot/ kotor

“ ish budak-budak ni, balik sekolah ja mesti belemoih, hangpa pi ngaji ka pi beghomoi”.



hawing

pusing

“ hang jangan dok hawing budak tu tinggi-tinggi sangat satgi telepaih mapuih budak tu...”.



kutey

cubit

“ Hangpa pi wat keja sekolah cepat, satgi ayah hangpa kutey sorang-sorang baru hangpa tau”.



kanyaq

Mentah/ hingusan

“ depa tu kanyaq lagi, hang jangan lak dok marah sangat nanti depa tak suka kat hang pulak”.



lokoih

kuyup

“ itula mak dah soh hang bawak payung, tapi hang tak mau, kan dah lokoih habih dah baju hang”.



hebiaq

celupar

“Mulut hang tu hebiaq sangat sebab tu depa tak suka kawan dengan hang”.



tetomoih

tersungkur

“ Ayah ligan orang jahat tu sampai tetomoih atas jalan”.



Tak dan

Tak sempat

“ Aku tak dan la nak pi rumah hang aritu sebab akak aku kawen la”.



juah

belagak

“ Anak Pak Man tu juah sangat nak kawen dengan laki kaya sebab tu dia jadi anak dara tua”.



Aih ketoi

Air batu

“ Hang pi beli aih ketoi lima kupang, mak nak bancuh ayaq ni”.



tirih

bocor

“ atap rumah tu dah tirih, habis basah lantai kena ayaq hujan”.



Lau ayam

Reban ayam

“ Hang pi bagi ayam tu makan pastu tutup lau ayam sama noh...”.



cekendon

Lembut lutut

“ Mak hang ni semua tempat dia nak pi sampai cekendon dah kaki aku ni jalan”.



Ayaq achaq

Air longkang

“ Pak Mat jalan tak tengok bawah sebab tu jatuh lam ayaq achaq, habih basah seluaq dia”.



haghin

hancing

“ benda pa busuk haghin ni, hang tengok adik hang tu kencing dalam seluaq ka?”.

0 CoNViNieNT: