3.0 CERPEN
3.1 Ibu dan Ceper : Shahnon Ahmad
Sinopsis
Pada pendapat penulis, ibunya dan Sungai Ceper mempunyai persamaan. Sungai Ceper membekalkan air untuk aktiviti pertanian manakala ibu penulis bersawah untuk menyara keluarga. Air sungai Ceper mengalir tenang dan kadangkala mengalir deras kerana hujan lebat di kawasan hulunya. Pernah juga Sungai Ceper banjir dan merosakkan tanaman sehingga menimbulkan kemareahan penduduk kampung. Ibu penuis bertungkus lumus membuang sampah sarap di dalam petak sawah bagi menyelamatkan pokok padi daripada musnah. Apabila musim kemarau panjang, Sungai Ceper menjadi cetek dan tidak dapat membekalkan air kepada penduduk kampung lagi. Hal ini menyebabkan banyak tanaman dan haiwan ternakan yang mati. Empat puluh tahun kemudian, ibu penulis meningal dunia tetapi sungai Ceper masih wujud, namun airnya tidak sederas dan sebersih dahulu. Masyarakat setempat membuang sampah sarap ke dalam sungai itu sehingga menyebabkan Sungai Ceper tercemar teruk. Penulis menganggap sungai tersebut sebenarnya sudah mati.
Tema
Kepentingan sungai yang membekalkan air untuk kehidupan masyarakat dahulu.
Persoalan
1. Kehidupan masyarakat kampung yang bergantung sepenuhnya kepada sektor pertanian.
2. Kesan-kesan daripada kejadian banjir dan kemarau panjang.
3 Sikap ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab.
4. Pencemaran sungai akibat sikap manusia yang tidak bertanggungjawab.
Watak dan perwatakan
Ibu : Mempunyai seorang anak lelaki;suri rumah sepenuh masa; gigih bekerja;rajin dan cergas ketika muda;pemarah dan tidak sabar apabila berhadapan dengan ,masalah besar;lumpuh ketika tua dan akhirnya meninggal dunia.
Sungai Ceper : Sebatang sungai;terdapat di kampung penulis;banyak berjaya dengan membekalkan air untuk aktiviti pertanian,dan kegunaan harian penduduk;banyak ikan di dalamnya;mudah dipengaruhi oleh fenomena alam seperti banjir dan kemarau;akhirnya tercemar teruk akibat perbuatan pendudduk.
Latar
Latar masa : Peristiwa mengambil masa lebih daripada empat puluh tahun; waktu subuh;waktu malam;musim banjir;musim kemarau.
Latar tempat : Rumah keluarga penulis; Sungai Ceper; sawah padi.
Latar masyarakat : Masyarakat kampung yang bekerja sebagi petani; masyarakat yang bergantung kepada sungai untuk menjalankan aktiviti haria dan pertanian;masyarakat yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap rumahtangga;masyarakat yang tidak menjaga kebersihan sungai.
Plot
Permulaan : Sungai Ceper mengalir dengan tenang dan membekalkan air kepada penduduk kampung bagi menjalankan aktiviti pertanian dan membekalkan ikan-ikan untuk makanan. Sungai Ceper mengalirkan air sepanjang masa. Seperti Sngai Ceper, ibu sentiasa sibuk dengan aktiviti sehari-hariannya di sawah dan di rumahnya.
Perkembangan : Hujan lebat menyebabkan Sungai Ceper banjir dan memusnahkan tanaman penduduk kampung. Ibu amat marah akan Ceper. Musim kemarau menyebabkan Ceper menjadi kering dan airnya cetek serta tidak apat membekalkan air. Ibu menyalahkan Ceper lagi kerana tanaman rosak dan haiwan ternakan mati. Ibu tidak ke Sungai Ceper lagi apabila musim kemarau. Ibu sanggup bersusah payah menggunakan perigi walaupun terpaksa menceduk air yang dalam. Lama-kelamaan Sungai Ceper mula tercemar dengan kelodak dan sisa-sisa serta bangkai binatang manakala kesihatan ibu mulai merosot.
Klimaks : Ibu dan ayah penulis meninggal dunia.
Peleraian : Sungai Ceper semakin tercemar dengan pelbagai bahan buangan di dalamnya dan tidak dapat memainkan peranannya seperti dahulu. Penulis menganggap Sungai Ceper sudah mati.
Nilai
Kegigihan;kerajinan;bertanggungjawab;kasih sayang; keinsafan; mengenang jasa.
Pengajaran
1. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai apa-apa yang kita mahu.
2. Kita hendaklah bersabar apabila berhadapan dengan masalah.
3. Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa kita.
3.2 Memori Seorang Tua : Zahari Affandi
Sinopsis
Pak Itam pejuang kemerdekaan yang berjuang untuk memajukan banhsa dan negaranya. Pak Itam sering dipenjarakan oleh penjajah. Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-85, Pak Itam bercadang untuk mengadakan kenduri. Tok Mat dan beberapa orang pemuda kampung diberkan tanggungjawab untuk menguruskan majlis tersebut. Dalam pada itu, Pak Itam mengimbas kembali beberapa peristiwa silam, termasuk perpisahannya dengan keluarganya. Pada hari yang dinantikan itu, majlis Pak Itam hanya dihadiri oleh penduduk kampung itu. Pak Itam berasa kecewa kerana perjuangannya selama ini dilupakan. Tiba-tiba suasana menjadi kecoh apabila Pak Itam didapati terbaring di atas sejadah semasa sembahyang Zuhur. Pak Itam meninggal dunia. Pada masa yang sama, orang ramai hairan apabila melihat seorang wanita yang tidak dikenali meletakkan sejambak ros merah di hujung kaki Pak Itam sebelum meninggalkan rumah itu.
Tema
Semangat patriotik.
Persoalan
1. Jasa dan pengorbanantokoh pejuang yang ingin membebaskan anak bangsa dan negaranya
daripada penjajah.
2. Perpisahan pejuang kemerdekaan dengan keluarganya.
3. Sikap masyarakat yang mudah melupakan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan.
4. Sikap menghormati dan prihatin terhadap orang tua-tua.
5. Amalan bekerjasama untuk menjayakan sesuatu pekerjaan.
Watak dan perwatakan
Pak Itam : Duda; mempunyai dua orang anak; berusia 85 tahun; berpendidikan tinggi; pejuang kemerdekaan; anak Melayu pertama yang menjadi majistret; mempunyai semangat patriotik yang tinggi; suka membaca; kesunyian; meninggal dunia semasa menunaikan solat.
Tuk Mat : Rakan Pak Itam; tinggal sekampung dengan Pak Itam; sarjan polis pencen; berparut di sebelah pipi akibat terkena peluru; mempunyai isteri bernama Rogayah dan dua orang anak perempuan yang bernama Halimah dan Rokiah; berdisiplin; menghormati orang tua-tua; prihatin terhadap kesusahan orang lain; ikhlas membantu.
Latar
Latar masa : Zaman sebelum kemerdekaan; zaman ini;waktu pagi;waktu tengah hari; waktu malam.
Latar tempat : Kampung Langat ; rumah Pak Itam; di tepi jalan raya; pejabat Utusan Melayu.
Latar masyarakat : Masyarakat yang sanggup berkorban nyawa dan keluarga demi kemajuan anak-anak bangsa dan negaranya; masyarakat penjajah yang bersikap zalim; masyarakat moden yang tidak menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan; masyarakat yang bersatu padu; bekerjasama; dan menghormati orang tua-tua; golongan muda yang tidak mempunyai semangat patriotik.
Plot
Permulaan : Pak Itam memerhatikan persekitaran rumahya sambil mengimbas rentetan hidupnya sejak muda hingga sekarang. Dengan bantuan Tok Mat dan beberapa orang pemuda kampung, Pak Itam merancang akan mengadakan kenduri sempena ulang tahunnya yang ke-85 pada keesokan harinya.
Perkembangan: Pelbagai persediaan termasuk kelengkapan dan aktiviti diselenggara oleh Tok Mat dan anak buahnya. Pak Itam menjemput pelbagai pihak untuk memberikan publisiti tentang majlis ulang tahunnya itu dengan hasrat untuk berkongsi memori hidup dan perjuangannya terhadap bangsa dan negara. Pak Itam kecewa dan sedih kerrana majlisnya itu hanya dihadiri oleh penduduk kampung dan artis yang diundang untuk mengadakan persembahan.
Klimaks : Pak Itam meninggal dunia di atas sejadah semasa sembahang Zuhur.
Peleraian : Seorang wanita yang tidak dikenali melawat jenazah Pak Itam sambil membawa jambangan ros merah.
Nilai
Cinta akan negara; ketabahan;pengorbanan;kasih sayang;hormat-menghormati;mengenang jasa; bekerjasama; tolong-menolong;keikhlasan; bersimpati.
Pengajaran
1. Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan pejuang kemerdekaan negara.
2. Kita hendaklah menghormati orang tua-tua.
3. Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dalam setiap perjuangan.
3.3 Israk : Erda Roslan Khairi
Sinopsis
Adam, isteri dan anaknya iaitu, Israk dan Mikraj menziarahi Wah, iaitu ibu Adam di kampung. Israk yang dibesarkan di bandar tidak selesa dengan rumah neneknya. Daaia juga tidak suka makan buah-buahan tempatan dan makanan kampung, selain tidak menggemari suasana di kampung. Tindakan Israk itu melukakan hati Wah. Mikraj sering menasihati Israk supaya membuang sikap berlagaknya itu. Semasa remaja Wah jatuh cinta terhadap Lebai Saleh, tetapi mereka terpisah apabila Lebai Saleh belajar dan berkahwin di Mesir. Wah pula berkahwin dengan Firdaus Frank, namun semasa Wah mengandung sembilan bulan, suaminya meninggal dunia. Suatu pagi bekalan air terputus, Israk pergi ke sungai untuk mandi. Dia terjatuh ke dalam sungai dan Wah menyelamatkannya. Selepas kejadian itu Israk menyesal dan berubah sikap.
Tema
Sikap egoistik seorang cucu yang dibesarkan dengan cara hidup moden.
Persoalan
1. Keadaan dan cara hidup di kampung.
2. Hubungan antara anak dengan ibu yang tinggal di kampung.
3. Harapan ibu terhadap anak cucu yang tinggal di bandar.
Watak dan perwatakan
Israk : Anak sulung Siti Hawa dan Adam; abang Mikraj;dibesarkan di Perth, Australia; menggemari muzik; berpendidikan dalam bidang korporat; egoistik; tidak menggemari buah-buahan dan makanan tempatan; lemas di dalam sungai tetapi dapat diselamatkan oleh neneknya; akhirnya insaf atas perbuatannya.
Mikraj : Anak bongsu Siti Hawa dan Adam; adik Israk; pandai mengambil hati orang tua-tua; berhemah tinggi.
Latar
Latar masa : Masa ini; kronologi cerita berlaku dalam beberapa hari; waktu pagi;tengah hari; waktu malam;4 Oktober.
Latar tempat : Di kampung Sayong; rumah Wah; di kebun; di Sungai Perak.
Latar masyarakat : Masyarakat kampung yang bercucuk tanam dan bertani; masyarakat bandar yang menjalani kehidupan yang moden; golongan remaja yang dibesarkan di bandar dan tidak gemar tiggal di kampung; masyarakat yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah; masyarakat yang mematuhi suruhan Tuhan; masyarakat yang saling menasihati.
Plot
Permulaa: Adam sekeluarga pulang ke kampung untuk menziarahi ibunya, Wah. Mereka dijamu oleh Wah dengan buah-buahan tempatan.
Perkembangan : Israk tidak selesa tinggal di kampung kerana dia dibesarkan di bandar. Dia sering mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan neneknya. Mikraj menasihati abangnya supaya tidak bersikap demikian demi menjaga hati neneknya. Israk terus bersikap degil dan memarahi Mikraj pula. Hal ini menyebabkan mereka sering bertengkar.
Klimaks : Wah menyelamatkan Israk daripada lemas di dalam sungai.
Peleraian : Semasa makan, Israk yang berbaju Melayu turut makan makanan tempatan dengan nenek, ibu, ayah dan adiknya.
Nilai
Kasih sayang; cinta akan alam sekitar; nasihat-menasihati; bantu-membantu; keinsafan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga.
2. Sebagai anak, kita hendaklah mematuhi nasihat dan menjaga hati orang tua-tua.
3. Kita janganlah bersikap sombong terhadap orang tua-tua.
4. Kita hendaklah membantu orang yang ditimpa kesusahan.
3.4 Pemain Catur : Zaharah Nawawi
Sinopsis
Uj memberitahu Um tentang kehebatan keturunan mereka dalam permainan catur. Bagi Uj, kegemilangan keturunan mereka sebagai juara dunia dalam perlawanan catur perlu dikembalikan. Oleh itu, Uj menceritakan sejarah permainan catur, di samping mengasak Um dengan latihan bermain catur. Akibat hasutan Uk kepada Uj yang mengatakan bahawa Um berhasrat untuk mengatasi kehandalan Uj dalam permainan catur, Uj mencabar Um berlawan catur di hadapan keluarga mereka. Perlawanan itu menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan keluarga mereka. Perlawanan bertambah sengit apabila Um menuduh Uj mengalihkan buah caturnya tetapi Um pula mendakwa Um menuduhnya untuk mengelakkan kekalahan. Untuk mengelakkan ketegangan, Um ke bilik air. Sekembalinya di meja, Um meraung kesakitan kerana kakinya terkena tumpahan asid yang terletak di bawah meja. Um menuduh Uj yang meletakkan asid tersebut untuk mensabotaj perlawanan tersebut. Ibu yang sedang sakit amat sedih akan pergaduhan antara kedua-dua beradik itu sehingga mengalami strok. Pergaduhan tersebut turut memecah-belahkan keluarga mereka apabila sebahagian daripada mereka menyokong Uj manakala ada pula yang memihak kepada Um.
Tema
Perpecahan sesebuah keluarga akibat sikap mengutamakan kepentingan diri sendiri.
Persoalan
1. Sejarah dan cara-cara bermain permainan catur.
2. Sikap mementingkan maruah keluarga.
3. Kegigihan dalam mengerjakan sesuatu menjamin kejayaan seseorang.
4. Sikap mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa.
Watak dan perwatakan
Uj : Abang sulung Um,Us,Uk dan Ur; berperanan sebagai ketua keluarga; pandai bermain catur sehingga memiliki gelaran IGM; sombong akan kebolehannya bermain catur.
Um : Adik bongsu Uj,Us,Uk dan Ur; padai bermain catur dengan latihan dan semangat yang diterima daripada Uj sehingga memiliki gelaran FM; rajin berlatih bermain catur dan membaca hal yang berkaitan dengan catur; tidak mudah mengalah.
Latar
Latar masa : Masa ini, kurun ke-5;kurun ke-17;waktu siang.
Latar Tempat : Rumah keluarga Uj dan Um.
Latar Masyarakat : Masyarakat yang pandai bermain catur dan menyuarai perandingan catur pada peringka dunia; masyarakat yang mementingkan darjat dan keturunan; masyarakat yang berpecah belah kerana menginginkan kemenangan; golongan penghasut.
Plot
Permulaan : Uj mengajak Um berlawan catur tetapi ditolak kerana Um bimbang akan keadaan kesihatan ibunya.
Perkembangan : Uj menceritakan kehebatan keturunannya mereka bermain catur, selain menjelaskan sejarah perkembangan permainan catur kepada Um dan adik-adiknya yang lain. Uj mengajar Um bermain catur. Konflik bermula apabila Uk memberitahu Uj bahawa Um berhasrat untuk mengatasi kehandalan Uj dalam permainan catur. Uj mengajak Um berlawan catur untuk menunjukkan kehandalannya di hadapan ahli keluarga mereka. Uj dan Um saling tuduk menuduh kerana terdapat penipuan dalam permainan tersebut. Konflik memuncak apabila kaki Uj terkena asid yang berada di bawah meja. Pertengkaran mereka menyebabkan ibu mereka bertambah sakit.
Klimak : Ibu mereka mengalami strok.
Peleraian : Perpecahan yang berlaku dalam keluarga mereka menandakan kjatuhan pewaris pemain catur yang hebat.
Nilai
Menjaga maruah keluarga; bantu-membantu; kasih sayang.
Pengajaran
1. Kita hendaklah gigih berusaha agar berjaya dalam lapangan yang diceburi.
2. Kita haruslah sentiasa menjaga nama baik keluarga.
3. Kita hendaklah mengelakkan pergaduhan antara keluarga.
4. Kita hendaklah menyelesaikan pertelingkahan antara keluarga dengan bijak.
3.5 Mellisa : Abdullah Hussain
Sinopsis
Mellisa mengikut Farid ke pejabatnya dan di situ Mellisa berkenalan dengan Syahid. Wajah Syahid seiras Hisyam, teman Mellisa semasa kecil. Dalam perjalanan pulang, Mellisa teringat akan pengalamanya bermain bersama-sama Hisyam. Hisyam dan ibunya meninggaldunia akibat rusuhan kaum semasa peristiwa 13 Mei. Syahid menelefon Mellisa dan mereka berbual-bual panjang. Sejak itu, hubungan mereka menjadi rapat sehingga melahirkan perasaan cinta. Namun demikian, Mellisa terpaksa meninggalkan Syahid setelah menyertai angkatan tentera. Mellisa ingin mencurahkan khidmat baktinya kepada negara dengan menjaga keselamatan negaa ini kerana dia tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang kembali.
Tema
Cinta antara dua insan yang berlainan bangsa, agama dan budaya.
Persoalan
1. Kesan peristiwa 13 Mei kepada rakyat di negara ini.
2. Perasaan cinta sesama manusia bersifat sementara sahaja.
3. Semangat patriotik dan cinta akan kedamaian.
4. Kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.
Watak dan Perwatakan
Mellisa : Gadis berbangsa Cina; bersahabat baik dengan Hisyam semasa kecil; cantik; sederhana tinggi; berwajah bujur telur; dab mempunyai susuk tubuh yang menarik setelah dewasa; mahasiswi universiti yang sedang menyiapkan Masters; mempunyai semangat patriotik yang tinggi; sanggup mengorbankan kehidupannya demi nusa dan bangsa.
Hisyam : Rakan karib Mellisa semasa kecil; tinggal di kawasan setinggan bersama-sama ibunya; berjualan nasi lemak dan kuih koci setiap pagi; bercita-cita untuk menjadi peguam atau askar; terbunuh bersama-sama ibunya dalam peristiwa 1 Mei; dicintai oleh Mellisa.
Syahid : Wartawan surat khabar; menurut pandangan Mellisa, wajahnya seiras Hisyam; berkumis; kurus; peramah; kekasih Mellisa; marah dan kecewa apabila Mellisa memutuskan perhubungan mereka.
Latar
Latar masa : Masa ini; 13 Mei; hari Sabtu; hujung minggu; 15 tahun yang lalu.
Latar tempat : Di bilik Syahid di pejabat surat khabar; di Jalan Petaling; di kawasan setinggan; di Kampung Baru; di Jalan Tun Perak.
Latar masyarakat : Masyarakat yang berlainan bangsa dan agama; masyarakat yang terlibat dalam rusuhan kaum; masyarakat yang cinta akan keamanan; masyarakat penjajah yang mengamalkan dasar pengasingan kaum di negara ini; golongan cerdik pandai seperti mahasiswa, pensyarah dan wartawan.
Plot
Permulaan : Melisa mengikut Farid ke pejabatnya dan berkenalan dengan Syahid.
Perkembangan : Pertemuan dengan Syahid yang mirip teman rapatnya, Hisyam itu menyebabkan Mellisa teringat akan kenangan bersama-sama dengan Hisyam sewaktu kecil. Konflik bermula dengan kematian Hisyam dalam peristiwa 13 Mei. Sejak itu, Mellisa berasa sunyi dan kehilangan. Mellisa menjalinkan hubungan rapat dengan Syahid.
Klimaks : Mellisa memutuska perhubungannya dengan Syahid kerana dia ingin berbakti dan menjaga keselamatan negara supaya rakyat di negara ini hidup aman dan damai.
Peleraian : Mellisa menyertai angkatan tentera bagi menjamin keamanan di negara ini berterusan.
Nilai
Kasih sayang; tolong-menolong; perpaduan; ketabahan; cinta akan negara
Pengajaran
1. Kita mestilah mengamalkan sikap menghormati kaum lain di negara ini bagi menjamin
keamanan dan perpaduan yang berterusan.
2. Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan dan tidak melakukan kezaliman antara satu
sama lain.
3. Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara dan berusaha menjaga keamanan negara
ini.
4. Kita hendaklah mengamalkan sikap bantu-membantu antara satu sama lain tanpa mengira
bangsa dan agama.
3.6 Biarkan Samudera : Raihanah Salleh
Sinopsis
Amirah mengalami konflik jiwa atau skizofrenia apabila sering memikirkan rumahya yang terletak di tepi pantai telah dirobohkan untuk digantikan dengan rumah peranginan. Amirah sentiasa teringat akan ayahnya yang sedang menangkap ikan di laut. Pembangunan di kawasan itu mengecewakan Amirah dan ayahnya meskipun mereka diberikan rumah yang baharu. Amirah juga menganggap pembinaan rumah peranginan itu menyebabkan laut mengalami kerosakan. Hakimah, sahabat karib Amirah membawa Amirah menemui kaunselor, selain mengajarkan Amirah membaca Al-Quran agar dia memperoleh ketenangan dan kebahagiaan. Sewaktu termenung di jendela, Aminah teringat akan kata-kata ayahnya yang menyuruhnya mencari pekerjaan yang baik dan membina rumah yang menjadi miliknya sendiri, selain menjaga laut daripada pencemaran meskipun kawasan laut menerima pembangunan. Telekung pemberian ibu Hakimah menyebabkan Amirah semakin pulih setelah rajin melakukan solat.
Tema
Konflik jiwa seorang remaja yang menghadapi dugaan hidup.
Persoalan
1. Perasaan simpati seorang kawan terhadap masalah yang dihadapi oleh sahabat karibnya.
2. Pembangunan kawasan laut untuk projek peranginan.
3. Kesan-kesan pembangunan terhadap laut.
Watak dan perwatakan
Amirah : Anak tunggal; telah kematian ibu; anak nelayan; sahabat karib Hakimah; mahasiswi universiti; menghadapi skizofrenia; tidak tabah; pemurung setelah menghadapi konflik jiwa; akhirnya sembuh setelah raji bersolat.
Hakimah : Sahabat baik Amirah; mahasiswi universiti; prihatin; banyak membantu untuk mengubati penyakit Amirah.
Latar
Latar masa : zaman sekarang; hari Sabtu.
Latar tampat : Perkampungan nelayan di laut; laut; universiti; rumah Hakimah.
Latar Masyarakat : Masyarakat nelayan yang miskin dan tersisih akibat pembangunan di kawasan mereka; masyarakat remaja yang mengalami konflik jiwa; masyarakat yang prihatin terhadap masalah orang lain dan membantu mengatasinya; golongan emaja yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi.
Plot
Permulaan : Amirah teringat akan laut yang bergelora. Baginya, laut tempat tinggal nelayan dan tempat nelayan mencari rezeki kini diancam kemusnahan dan ekosistem laut terganggu akibat pembangunan. Sikap Amirah turut berubah dan hal ini membimbangkan Hakimah.
Perkembangan : Hakimah berusaha untuk mengubati penyakit jiwa yang dialami oleh Amirah. Hakimah membawa Amirah menemui kaunselor. Hakimah juga menyerahkan telekung pemberian ibunya kepada Amirah.
Klimaks : Amirah teringat akan perbualannya dengan ayahnya yang menyuruhnya menjaga laut daripada kemusnahan meskipun pembangunan dijalankan di kawasan itu.
Peleraian : Hakimah gembira kerana Amirah beransur pulih setelah rajin menunaikan solat dengan telekung pemberian ibu Hakimah.
Nilai
Kasih sayang; kegigihan; keprihatinan; bantu-membantu; ketabahan; keinsafan.
Pengajaran
1. Kita hendaklah membantu rakan-rakan yang menghadapi masalah.
2. Kita haruslah tabah apabila menghadapi dugaan hidup.
3. Kita hendaklah menjaga kebersihan laut.
4. Kita hendaklah menyayangi keluarga kita.
0 CoNViNieNT:
Post a Comment