Pages

Thursday, March 15, 2012

DRaMa ( aNToLoGi HaRGa ReMaJa )

4.0 DRAMA

4.1 Gelanggang Tuk Wali : Ismail Kassan

Sinopsis

Tuk Wali guru silat. Semasa Tuk Wali bersilat di rumah Haji Kodri sempena majlis perkahwinan anaknya, Imam dan Siak datang dan menasihati Mak Umi agar meminta Tuk Wali berhenti daripada bersilat. Menurut mereka, Tuk Wali tidak layak lagi untuk bersilat di hadapan orang ramai kerana sudah tua. Tuk Wali berkecil hati kerana dicemuh semasa pertunjukan silat di rumah kenduru Haji Kodri. Dia tidak mahu mengajar silat lagi dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada anak muridnya, Ripin dan Mariam. Tuk Wali juga berhasrat untuk menyerahkan keris pusakanya kepada Ripin tetapi ditolak oleh Ripin. Suatu hari, Siak mencabar Tuk Wali berlawan dengannya kerana Tuk Wali telah menampar cucunya. Perlawanan itu terhenti dengan campur tangan Ripin. Semasa Tuk Wali tidur, Piee mencuri biola dan keris Tuk Wali. Malangnya perbuatannya itu disedari oleh Tuk Wali lalu berlaku pergelutan antara mereka. Piee menikam Tuk Wali lalu menghilangkan diri. Ripin yang baru datang tidak dapat menyelamatkan Tuk Wali. Tuk Wali menyerahkan keris pusakanya kepada Ripin sebelum meninggal dunia. Ripin menuduh Siak yang membunuh Tuk Wali manakala Siak pula menuduh Ripin yang berbuat demikian. Persoalan tentang pembunuh Tuk Wali kini menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk.

Tema

Kekentalan semangat juang seorang ahli silat yang mempertahankan seni warisan bangsanya yang menjadi kebanggaan masyarakat dahulu.

Persoalan

1. Perubahan zaman menyebabkan seni silat dianggap tidak penting lagi.

2. Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja zaman sekarang.

3. Perasaan dendam dan marah akan mengundang padah.

Watak dan perwatakan

Tuk Wali : Nama sebenarnya Raja Waliudin b Raja Agus; dikenal dengan panggilan Wak; suami Mak Umi; ayah tiri Berahi; datuk tiri Syafiee[Piee]; berumur 70-an; bertubuh tegap dan gagah; berketurunan pahlawan; guru silat; bekas pejuang; tukang urut; pengamal perubatan tradisional; penggali kubur; mempunyai ilmu persilatan yang tinggi; alim; berani; sensitif; mati akibat ditikam oleh Piee.

Ripin : Berusia 30-an; anak murid silat Tuk Wali; bersemangat; matang dalam pemikiran; menghormati orang tua-tua, pandai berjenaka; mahir dalam ilmu persilatan; merendah diri.

Mak Umi : Berusia 50-an; isteri Tuk Wali yang ketiga; bekas tunang Siak; pelatah; petah berhujah; mahir dalam ilmu persilatan semasa mudanya.

Latar

Latar masa : Zaman sekarang; pagi; petang; malam

Latar tempat : Rumah Tuk Wali; rumah Haji Kodri; kedai emas; gelanggang silat; tepi jalan.

Latar masyarakat : Masyarakat ang menguasai ilmu persilatan; masyarakat yang mentaati perintah Tuhan; masyarakat remaja yang meminati ilmu persilatan; golonga remaja ang runtuh akhlak; masyarakat yang mempunyai perasaan dendam; generasi lama yang berkorban nyawa dan harta benda demi menjaga kedaulatan negara.

Plot

Permulaan: Ripin ke rumah Tuk Wali. Mereka kemudiannya ke rumah Haji Kodri. Imam dan Siak datang ke rumah Tuk Wali untuk meminta Mak Umi menasihati Tuk Wali agar berhenti daripada bersilat di khalayak ramai.

Perkembangan : Konflik bermula apabila Tuk Wali berkecil hati kerana diejek semasa menunjukkan aksi persilatan dalam majlis kenduri di rumah Haji Kodri. Konflik berterusan apabila Mak Umi memberitahu tujuan kedatangan Imam dan Siak ke rumah mereka kepada Tuk Wali. Tuk Wali ingin menyerahkan tugasnya kepada Ripin dan Mariam. Tuk Wali menceritakan kisah keris pusaka yang ada padanya dan menyatakan hasrat untuk menyerahkan keris itu kepada Ripin sebagai tanda serahan tugas untuk meneruskan ilmu persilatan. Tuk Wali menampar empat orang pemuda yang membuat bising di hadapan rumahnya. Siak mencabar Tuk Wali untuk berlawan dengannya kerana Tuk Wali telah menampar cucunya. Berlaku pergelutan antara Tuk Wali dengan Piee setelah Tuk Wali menyedari Piee telah mencuri biola dan keris pusakanya.

Klimaks : Piee menikam Tuk Wali dengan keris pusaka tersebut lalu melarikan diri. Ripin berusaha untuk menyelamatkan Tuk Wali tetapi gagal.

Peleraian: Tuk Wali menyerahkan keris pusaka tersebut kepada Ripin sebagai amanah meneruskan ilmu persilatan. Ripin dan Siak saling menuduh tentang pihak yang membunuh Tuk Wali.

Nilai

Kasih sayang, hormat-menghormati, bantu-membantu, keprihatinan; menghargai jasa; patriotisme.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menjaga warisan nenek moyang.

2. Kita janganlah berdendam dan berprasangka buruk kepada orang lain.

3. Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan pejuang tanah air.

4. Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua.

4.2 Forum Remaja : Sharif Shaary

Sinopsis

Salmah, Chandran dan Chong terserempak dengan Makhluk Utopia[mu]. Tujuan kedatangan MU 1 dan MU 11 ke bumi adalah untuk mengingatkan penduduk bumi bahawa bumi sudah mengalami tahap kritikal dan akan hancur. MU memilih Malaysia kerana mempunyai beberapa potensi yang dapat dimajukan untuk dijadikan negara model dunia dengan menegakka keamanan dan kesejahteraan sejagat. Chong, Chandran dan Salmah menyifatkan Malaysia sudak boleh dianggap sebagai negara model kerana mempunyai kualiti yang mencukupi, iaitu mempunyai bahasa kebangsaan,agama rasmi dan kebudayaan nasional, selain rakyatnya saling menghormati dan hidup dengan aman. Pendapat mereka disanggah oleh MU. MU 1 memberitahu bahawa mereka bertiga dipilih kerana mewakili generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang. Mereka perlu menjalani banyak ujian dan cabaran kerana pada masa ini generasi muda sudah mengalami krisis moral, sosial dan mental yang kritikal. MU 11 menasihati Chong, Chandran dan Salmah mempraktikkan nasihat mereka. Setelah MU 1 dan MU 11 beredar, Salmah menyatakan pendapatnya bahawa menjadi anggungjawab mereka untuk memikirkan kata-kata MU iu dan melakukan perubahan. Mereka bertiga berpakat untuk merancang strategi kepimpinan dan merealisasikan apa-apa yang disebut oleh MU itu. Mereka juga berazam untuk menyelesaikan masalah kemerosotan moral, memperkemas disipli an mengeratkan perpaduan.

Tema

Tanggungjawab remaja masa ini sebagai pemimpin masa depan menjelang tahun 2020.

Persoalan

1. Peranan remaja sekarang untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.

2. Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.

3. Kerukunan dan keharmonian kehidupan dalam sesebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum.

4. Pembangunan negara dalam pelbagai bidang.

5. Rakyat yang cinta akan tanah air.

Watak dan Perwatakan

Salmah : Gadis Melayu; berusia 22 tahun;rakan Chandran dan Chong;berkulit sawo matang; petah berhujah;berfikiran terbuka; tidak mudah dipengaruhi.

Chandran : Pemuda India; berusia 22 tahun; fasih berbahasan Melayu; kritis; tegas pendirian; tidak mudah mengaku kalah.

Chong : Pemuda Cina; berusia 22 tahun; pelajar jurusan geografi; emosional semasa berhujah.

Latar

Latar masa : Zaman sekarang; waktu petang; tahun 2020

Latar tempat : Kampus universiti.

Latar masyarakat : Golongan remaja yang masih belajar di universiti, masyarakat majmuk yang hidup bersatu padu; muda-mudi yang runtuh akhlak, masyarakat dari planet asing.

Plot

Permulaan: Salmah, Chandran dan Chong berbincang tentang pelajaran di kampus universiti. Mereka terlena kerana letih dan bertemu dengan dua orang makhluk Utopia[MU].

Perkembangan : MU 1 dan MU 11 memperkenalkan diri mereka dan menyatakan misi m,ereka datang ke bumi, iaitu memperingatkan penduduk bumi yang kini telah mencapai tahap yang cukup kritikal ke arah kemusnahan. MU 1 dan MU 11 memilih Malaysia keran berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat. Konflik bermula apabila Chandran, Chong dan Salmah bertentangan pendap;at dengan MU 1 dan MU 11. Menurut mereka, Malaysia sudah mencapai negara model seperti ang disebutkan oleh MU 1 dan MU 11 dengan mengemukakan beberapa hujah. Pendapat mereka disanggah oleh MU 1 dan MU 11 dengan hujah bahawa generasi remaj kini telah mengalami keruntuhan moral yang serius dan pegangan agama mereka pula longgar.

Klimaks : Slmah, Chandran dan Chong terpingga-pingga dan seperti baru tersedar apabila MU 1 dan MU 11 beredar.

Peleraian : Salmah, Chandran dan Chong berbincang tentang perdebatan mereka dengan MU 1 dan MU 11. Mereka bertiga berpakat untuk merancang strategi kepimpinann dan merealisasikan apa-apa yang disebut oleh MU 1 dan MU 11.

Nilai

Patriotisme, perpaduan;keberanian; bertanggungjawab.

Pengajaran

1. Kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh supaya dapat memajukan negara.

2. Kita hendaklah bersatu padu antara kaum di negara ini.

3. Kitan janganlah melibatkan diri dalam gejala sosial yang dapat meruntuhkan akhlak.

4. Kita hendaklah berani menerima kritikan daripada orang lain.

5. Kita jangalah memandang rendah terhadap kebolehan diri sendiri dan berusaha dengan

bersungguh-sunggiuh agar mencapai kejayaan.,

4.3 Cempaka Berdarah : A.Rahim Abdullah

Sinopsis

Prof.Peter,pensyarah Zaman, anak Mak Jah datang ke rumah Mak Jah. Oleh sebab tidak mengenal Prof.Peter, Mak Jah menyuruh Cempaka bersembunyi di dalam rumah. Kedatangan Prof. Peter sebenarnya untuk mengintip keluarga Mak Jah, terutama Cempaka yang diyakininya sebagai adik kandungnya yang terpisah semasa Perang Jepun dahulu. Menurut Prof.Peter, Mak Jah menjumpai Cempaka yang ditinggalkan oleh ibu mereka di tebing sungai Bukit Putih. Prof.Peter ingin membawa Cempaka pulang bersama-sama dengannya, tetapi hasratnya itu ditentang keras oleh Zaman dan Mak Jah. Cempaka terkena tembakan Prof.Peter lalu rebah. Prof.Peter melarikan ke dalam hutan.

Tema

Kasih sayang sesama ahli keluarga tanpa mengira asal keturunan.

Persoalan

1. Mempertahankan hak daripada dirampas oleh orang lain.

2. Perpisahan antara ahli keluarga akibat peperangan.

3. Sikap ssetengah individu yang mudah dipengaruhi dan sanggup diperguna oleh orang lain.

4. Persengketaan akan mendatangkan kesan yang buruk.

Watak dan Perwatakan

Cempaka

Gadis keturunan Iggeris; anak angkat Mak Jah; adik angkat Zaman; didakwaboleh Prof. Peter sebagai adik kandungnya; sangat menyayangi keluarga angkatnya, manja; berbudi bahasa; cederaa akibat ditembak oleh Prof.Peter.

Zaman

Nama penuhnya ialah Mohamad Zaman; anak tunggal Mak Jah; anak yatim; mahasiswa universiti; keras hati; sukar dipengaruhi; tegas dalam mempertahankan maruah keluarga; cinta akan tanah air.

Prof. Peter

Nama sebenarnya ialah Peter Broom; berketurunan Inggeris; profesor Antropologi dan Sosiologi; pensyarah universiti; penyayang; buktinya berusaha untuk mencari adik perempuannya yang hilang semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu; bijak menggunakan tipu daya untuk mencapai hajatnya.

Latar

Latar Masa : Tahun 1960-1n; waktu pagi;waktu petang.

Latar tempat : Dirumah Mak Jah di sebuah perkampungan ; di pinggir hutan.

Latar Masyarakat : Masyarakat kampung; masyarakat Inggeris yang menetap di negara ini; masyarakat yang terpelajar seperti Zaman yang menuntut di universiti; masyarakat yang mengalami penderitaan hidup semasa pendudukan Jepun.

Plot

Permulaan: Mak Jah dan Cempaka menunggu kepulangan Zaman dari universiti. Prof. Peter datang ke rumah Mak Jah dan memperkenalkan dirinya sebagai pensyarah Zaman. Cempaka bersembunyi di dalam rumah.

Perkembangan: Prof. Peter melihat gambar Cempaka yang tergantung di dinding rumah Mak Jah lalu bertanyakan banyak hal tentang gais itu kepada Mak Jah. Konflik bermula apabila Prof.Peter dan Malik menyindir Zaman sewaktu menemui Zaman di hutan. Konflik berterusan apabila Prof. Peter menyatakan bahawa Cempaka adik kandungnya yang terpisah semasa Perang Jepun dahulu.

Klimaks : Cempaka rebah akibat terkena tembakan senapang Prof.Peter.

Peleraian : Prof. Peter lari ke dalam hutan. Mak Jah dan Zaman mengangkat Cempaka.

Pengajaran

1. Kita hendaklah menyayangi keluarga kita

2. Kita hendaklah rajin berusaha supaya berjaya dalam pelajaran atau apa-apa bidang yang

diceburi.

3. Kita hendaklah menyelesaikan masalah dengan bijaksana.

4. Kita janganlah berprasangka buruk terhadap orang lain.

5. Kita hendaklah berani mempertahankan maruah diri dan keluarga.

0 CoNViNieNT: