Pages

Tuesday, July 28, 2009

KoNSeP 5P DaLaM KuRiKuLuM BaHaSa MeLaYu

1. PENGGABUNGJALINAN
- proses menggabungkan beberapa kemahiran dalam satu pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan Strategi Penggabungjalinan
  • Beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak.
  • Menjadikan bentuk pengajaran lebih menarik dan bermakna.
  • Membolehkan suasana pembelajaran lebih berkesan.
  • Boleh mewujudkan pelbagai aktiviti dan melibatkan lebih ramai murid

Bentuk penggabungjalinan

  • Penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran ( bahasa ).Sekurang-kurangnya 2 kemahiran.
  • Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran.

Penggabungjalinan dalam Satu Mata Pelajaran ( bahasa )

  • Kemahiran mendengar.
  • Kemahiran bertutur.
  • Kemahiran membaca.
  • Kemahiran menulis
    * Melibatkan sekurang-kurangnya 2 kemahiran


Contoh pengabungjalinan aspek kemahiran bahasa dalam P&P

Bacaan : membaca senyap
Lisan : latihan kefahaman
- soal jawab
- latihan tatabahasa ( dilakukan secara tidak langsung)
- memberi pendapat
Bertulis : latihan kefahaman


2. PENYERAPAN
-Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, kemahiran berfikir dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu.


Bentuk Penyerapan

1. Penyerapan isi mata pelajaran lain dalam mata pelajaran bahasa.

  • satu strategi untuk menyerapkan isi pengetahuan daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu mata pelajaran lain.
  • Contoh: Dalam PP bahasa, isi pengetahuan daripada mata pelajaran Sains dan Kesihatan diserapkan seiring dengan penguasaan kemahiran-kemahiran bahasa.

2. Penyerapan Nilai

  • Nilai murni dan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
  • Dalam P&P, walaupun penyerapan dilakukan secara sedar dan terancang, namun murid menyerap ilmu dan nilai tersebut secara natural.


17 nilai yang perlu diserapkan dalam P&P


3. PEMULIHAN
- Koh Boh Boon (1982): Pendidikan pemulihan adalah lebih terbatas dan lebih khusus sifatnya kerana ia bertujuan membaiki kelemahan pembelajaran. Ia melibatkan murid-murid yang lambat, iaitu mereka yang lembab mencapai pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak yang lain. Pencapaian pembelajaran murid-murid ini biasanya di bawah tahap pencapaian yang sepatutnya.


4. PENGAYAAN

- ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan di dalam atau di luar darjah.
-diberi kepada kumpulan murid yang telah mencapai taraf yang memuaskan/telah menguasai kemahiran asas.
-dilakukan semasa murid-murid lain masih berada dalam proses pembelajaran ke taraf yang diperlukan/menguasai kemahiran asas.

-Mengandungi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari.
-Memberi peluang kepada murid mengembangkan minat, daya kreativiti, sifat ingin tahu, sikap berdikari, bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat keputusan untuk diri, kumpulan dan masyarakat.


5. PENILAIAN

- Penilaian merupakan satu proses atau aktiviti yang bersistematik bagi memperoleh maklumat yang berguna dalam menentukan sesuatu prestasi.







1 CoNViNieNT:

Unknown said...

assalamualaikum...tq atas info yg berguna...saya mohon share sbg panduan penulisan saya.