arinie genap usia aku 25 tahun hu3... Yeahhh finally i reach quater of the century... Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana sHu masih diberi kesempatan untuk hidup di bumi ini. Memandangkan usia dah makin meningkat so terasa nak search and kongsi pasal kecantikan la plak... Menurut kajian, tubuh badan kita mengandungi 80% kolagen yang berfungsi untuk menengangkan dan mencantikkan kulit. Kolagen dalam badan akan mula menurun sebanyak 1.5% setahun apabila kita mencecah umur 25 tahun dan kulit akan mula mengendur dan berkedut... arghhhh xkwen lg xkan nak biarkan muka berkedut plak kan kang jadi andartu plak hu3... sebab tu tajuk post aku arinie ialah " i want to grow old beautifully and gracefully". Bukan stakat cantik luaran tapi akan berusaha untuk mencantikkan dalaman juga supaya menjadi manusia yang lebih baik. ok, sebelum tu kita kenal dulu apa itu kolagen...
KoLaGeN
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.
Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.
FuNGSi KoLaGeN
Kolagen berfungsi untuk menghasilkan asid amino penting seperti :
lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
menampung air dalam tubuh.
meningkatkan penyerapan kalsium.
menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
meningkatkan isyarat induksi
menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
KeBaiKaN KoLaGeN
memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
memelihara kelembapan kulit
menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
menguatkan otot dan tulang
membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
memelihara kelenturan sendi
mengurangkan keradangan(inflammation)
memberi tenaga
membantu pola tidur
memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
KeSaN KeKuRaNGaN KoLaGeN DaLaM TuBuH BaDaN
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
KoLaGeN YaNG DiaMBiL SeBaGai SuPPLeMeNT MaKaNaN
Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
Berat molikul rendah daripada 1000 adalah lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
Menyediakan predigested collagen telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
Kolagen ikan dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini
Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
Ia membantu menegang kulit dalam melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.
BaGaiMaNa NaK aTaSi KeKuRaNGaN KoLaGeN DaLaM BaDaN???
Haaaa tak payah susah2 nak cari ikan dihidrolisis tu sebab dah banyak produk berasaskan kolagen di pasaran sekarang nie... So sape2 yang teringin nak dapatkan kolagen bolehlah melawat page sHu ae he3...
Saat aku mulai mencintai seseorang, aku ditinggalkan…
Saat aku sangat mengharapkannya, dia menghilang…
Ketika aku mulai merasakan bahagia, aku dicampakkan…
Ketika aku sangat memerlukannya, dia memilih yang lain…
Aku bertanya pada Allah s.w.t:
“Ya Allah s.w.t.. Kenapa semua yang aku inginkan tidak aku miliki??”
Allah s.w.t Menjawab:
“… kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya.”
Aku Kembali Bertanya:
“.. tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?”
Jawab Allah s.w.t:
“.. kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu.”
“Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar.”
“Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, di saat kamu selalu mencari yang terbaik.”
“Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego.”
“Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu.”
~>>Sesungguhnya wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yg keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yg baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).
Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (Syurga) <<~
"aKu aKaN CuBa MeMPeRBaiKi DiRi uNTuK MeNJaDi YaNG TeRBaiK SuPaYa aKu MeMPeRoLeH YaNG TeRBaiK uNTuKKu"
arinie da boring sangat... so belek2 pic kereta idamanku ha3. belek punya belek bila la nak beli kereta nie kan??? orang lin smua dah beli kereta tapi aku jugak yang still nik motor. Kalau nak ikutkan nik motor lagi best. Xpayah pikir bab parking sbb bley suka ati je nak letak ahaks. Pastu minyak motor pon save. Xpayah bayar ansurans bulanan sbb aku beli cash hu3, tapi bila pikir bab hujan n kena pg kursus or mne2 memang kereta amat diperlukan. sebelum tu meh tengok motorku yang cantik menarik tertarik... merah lagi hu3. tapi sebenarnya dah calar pon sbb eksiden bulan posa ari2. Dahla baru beli terus eksiden ha3. Salah diri sendiri la sebab xberhati2 di jalan raya. Nasib baik luka cikit je...
My ReD JNQ **** YaMaHa eGo S
Hurmmm klu nak ikutkan sejak mula2 masuk UPSI lagi aku dah da kereta idaman hu3. bru masuk U dah berangan macam2 tapi xpe i2la sumber inspirasi untuk berjaya kih3. Btw memang dari dulu minat kereta Honda sbb cam best and selesa je bila naik. My first love adalah Honda Jazz sebab first Honda Jazz yang aku tengok warna PINK aha3. Terus jatuh hati sampai termimpi2 bertahun2 lamanya. Tapi skang dah xde la warna pink. Mybe yang tu limited edition kot. Msa aku tengok tu tahun 2007 hu3 skang dah nak masuk 2013 dah. so bla Honda launch Honda Jazz Hybrid warna merah terus hati makin tertawan hu3. Sangat cantek!!!
My DReaM HoNDa JaZZ HyBRiD MiLaNo ReD
Tapi terpaksa pikir banyak kali juga la sebab orang cakap kereta hybrid nie banyak problem... Biasa la benda baru kan mesti la banyak problem. Meh kita tengok kelebihan dan kelemahan kereta hybrid nie...
KeLeBiHaN KeReTa HyBRiD
Kereta hibrid dianggap sebagai kereta masa depan. Ia mampu dan berkesan menjimatkan bahan api dan pada masa yang sama, ia hanya menghasilkan asap toksik tahap rendah. Kerana kelebihan ini, populariti kereta hibrid kini berkembang setiap hari. Ramai orang kini mempertimbangkan sama ada menyingkirkan kereta konvensional mereka dan membeli sebuah kereta hibrid untuk membantu dalam mengurangkan kos penggunaan bahan api.
Kereta hibrid mempunyai dua enjin untuk ia secara efektif menjimatkan penggunaan bahan api. Ia mempunyai enjin petrol tradisional dan juga mempunyai motor elektrik dan bateri. Dua enjin bekerja bersama-sama dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan bahan api. Dengan teknologi ini, anda akan dapat mengurangkan penggunaan bahan api lebih daripada separuh. Cuba bayangkan, dengan kereta hibrid, anda akan dapat untuk pergi lebih daripada 97 kilometer segelen. Melalui pelaburan ini, kereta hibrid pasti menjadi kereta masa depan.
Pemilik kereta hibrid dikatakan tidak merasa peningkatan kos harga bahan api. Ini adalah kelebihan utama kereta hibrid. Brek dalam kereta hibrid juga dikonfigurasikan untuk menangkap tenaga yang dibebaskan dan menggunakan ia untuk mengecas bateri dalam kereta hibrid. Ini bermakna bahawa tidak seperti kereta elektrik, kereta hibrid sebenarnya tidak perlu dicaj dari soket elektrik rumah anda.
KeLeMaHaN KeReTa HyBRiD
Kelemahan utama kereta hibrid adalah harga runcitnya agak mahal berbanding kereta biasa. Hanya orang-orang yang mempunyai wang yang cukup boleh membeli kereta hibrid. Walau bagaimanapun, kereta hibrid sebenarnya lebih murah apabila dibandingkan dengan kereta konvensional dalam jangka masa panjang. Jika anda mengira jumlah penggunaan bahan api kedua-dua kereta, anda sebenarnya akan melihat bahawa anda boleh menyimpan lebih banyak wang dengan menggunakan kereta hibrid.
Kereta hibrid adalah agak berat kerana bateri berat yang dipasang di dalam kereta. Atas sebab inilah mengapa pengeluar kereta hibrid mengintegrasikan enjin pembakaran dalaman yang lebih kecil dan dibina dengan bahan-bahan ringan dan binaan luar yang aerodinamik dalam usaha untuk memaksimumkan kecekapan kereta hibrid. Ini bermakna bahawa kereta hibrid tidak boleh bergerak dengan kepantasan maksimum.
Satu lagi isu mengenai kereta hibrid adalah bahawa ia sangat berisiko dalam kemalangan. Apa yang membuatkan kereta hibrid berkesan dalam teknologinya adalah juga apa yang membuatkan ia berisiko jika ia terlibat dalam kemalangan. Ini adalah kerana kereta hibrid menyimpan jumlah voltan yang tinggi dalam bateri. Ini bermakna bahawa terdapat peluang yang tinggi mendapat kejutan elektrik apabila anda terlibat dalam kemalangan. Ini juga bermakna agak sukar untuk penyelamat untuk menyelamatkan pemandu dan penumpang keluar dari kereta hibrid kerana bahaya voltan tinggi di dalam kereta.
Haaa acaner tu??? Semua benda kat dunia nie xde yang sempurna kan. Walaupun ada kelebihan tapi ada juga kelemahannya. So nak beli Honda Jazz Hybrid ke or beralaih arah kepada kereta lain plak hu3. Tapi still hati nie nak kerta Honda jugak he3. So meh lihat pilihan keduaku... Tapi xde my favorite colour la plak. xpe nanti kita catkan bagi jadi warna PINK ae aha3. Nie antara warna2 yang akan menjadi pilihan hu3.
HoNDa CiTy TaFFeTa WHiTe
HoNDa CiTy aLaBaSTeR SiLVeR MeTaLLiC
HoNDa CiTy PoLiSHeD MeTaL MeTaLLiC
HoNDa CiTy CRySTaL BLaCK PeaRL insyaAllah semoga suatu hari nanti kereta ini akan menjadi milikku jua hu3. Chaiyok2 sHu... simpan duit tu jangan nak shopping baju je bukan nak pegi mne2 sangat pon kui3.
"TaK SeMua YaNG Kau iMPiKaN aKaN MeNJaDi KeNYaTaaN KeRaNa ALLaH S.W.T LeBiH MeNGeTaHui aPa YaNG TeRBaiK uNTuKMu ^_~"
Tuk Wali guru silat.Semasa Tuk Wali bersilat di rumah Haji Kodri sempena majlis perkahwinan anaknya, Imam dan Siak datang dan menasihati Mak Umi agar meminta Tuk Wali berhenti daripada bersilat.Menurut mereka, Tuk Wali tidak layak lagi untuk bersilat di hadapan orang ramai kerana sudah tua.Tuk Wali berkecil hati kerana dicemuh semasa pertunjukan silat di rumah kenduru Haji Kodri.Dia tidak mahu mengajar silat lagi dan menyerahkan tanggungjawab itu kepada anak muridnya, Ripin dan Mariam.Tuk Wali juga berhasrat untuk menyerahkan keris pusakanya kepada Ripin tetapi ditolak oleh Ripin.Suatu hari, Siak mencabar Tuk Wali berlawan dengannya kerana Tuk Wali telah menampar cucunya.Perlawanan itu terhenti dengan campur tangan Ripin.Semasa Tuk Wali tidur, Piee mencuri biola dan keris Tuk Wali.Malangnya perbuatannya itu disedari oleh Tuk Wali lalu berlaku pergelutan antara mereka.Piee menikam Tuk Wali lalu menghilangkan diri.Ripin yang baru datang tidak dapat menyelamatkan Tuk Wali.Tuk Wali menyerahkan keris pusakanya kepada Ripin sebelum meninggal dunia.Ripin menuduh Siak yang membunuh Tuk Wali manakala Siak pula menuduh Ripin yang berbuat demikian.Persoalan tentang pembunuh Tuk Wali kini menjadi tanda tanya dalam kalangan penduduk.
Tema
Kekentalan semangat juang seorang ahli silat yang mempertahankan seni warisan bangsanya yang menjadi kebanggaan masyarakat dahulu.
Persoalan
1.Perubahan zaman menyebabkan seni silat dianggap tidak penting lagi.
2.Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja zaman sekarang.
3.Perasaan dendam dan marah akan mengundang padah.
Watak dan perwatakan
Tuk Wali :Nama sebenarnya Raja Waliudin b Raja Agus; dikenal dengan panggilan Wak; suami Mak Umi; ayah tiri Berahi; datuk tiri Syafiee[Piee]; berumur 70-an; bertubuh tegap dan gagah; berketurunan pahlawan; guru silat; bekas pejuang; tukang urut; pengamal perubatan tradisional; penggali kubur; mempunyai ilmu persilatan yang tinggi; alim; berani; sensitif; mati akibat ditikam oleh Piee.
Ripin :Berusia 30-an; anak murid silat Tuk Wali; bersemangat; matang dalam pemikiran; menghormati orang tua-tua, pandai berjenaka; mahir dalam ilmu persilatan; merendah diri.
Mak Umi :Berusia 50-an; isteri Tuk Wali yang ketiga; bekas tunang Siak; pelatah; petah berhujah; mahir dalam ilmu persilatan semasa mudanya.
Latar
Latar masa :Zaman sekarang; pagi; petang; malam
Latar tempat :Rumah Tuk Wali; rumah Haji Kodri; kedai emas; gelanggang silat; tepi jalan.
Latar masyarakat :Masyarakat ang menguasai ilmu persilatan; masyarakat yang mentaati perintah Tuhan; masyarakat remaja yang meminati ilmu persilatan; golonga remaja ang runtuh akhlak; masyarakat yang mempunyai perasaan dendam; generasi lama yang berkorban nyawa dan harta benda demi menjaga kedaulatan negara.
Plot
Permulaan:Ripin ke rumah Tuk Wali.Mereka kemudiannya ke rumah Haji Kodri.Imam dan Siak datang ke rumah Tuk Wali untuk meminta Mak Umi menasihati Tuk Wali agar berhenti daripada bersilat di khalayak ramai.
Perkembangan :Konflik bermula apabila Tuk Wali berkecil hati kerana diejek semasa menunjukkan aksi persilatan dalam majlis kenduri di rumah Haji Kodri.Konflik berterusan apabila Mak Umi memberitahu tujuan kedatangan Imam dan Siak ke rumah mereka kepada Tuk Wali. Tuk Wali ingin menyerahkan tugasnya kepada Ripin dan Mariam.Tuk Wali menceritakan kisah keris pusaka yang ada padanya dan menyatakan hasrat untuk menyerahkan keris itu kepada Ripin sebagai tanda serahan tugas untuk meneruskan ilmu persilatan.Tuk Wali menampar empat orang pemuda yang membuat bising di hadapan rumahnya.Siak mencabar Tuk Wali untuk berlawan dengannya kerana Tuk Wali telah menampar cucunya.Berlaku pergelutan antara Tuk Wali dengan Piee setelah Tuk Wali menyedari Piee telah mencuri biola dan keris pusakanya.
Klimaks :Piee menikam Tuk Wali dengan keris pusaka tersebut lalu melarikan diri.Ripin berusaha untuk menyelamatkan Tuk Wali tetapi gagal.
Peleraian:Tuk Wali menyerahkan keris pusaka tersebut kepada Ripin sebagai amanah meneruskan ilmu persilatan.Ripin dan Siak saling menuduh tentang pihak yang membunuh Tuk Wali.
2.Kita janganlah berdendam dan berprasangka buruk kepada orang lain.
3.Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan pejuang tanah air.
4.Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua.
4.2Forum Remaja:Sharif Shaary
Sinopsis
Salmah, Chandran dan Chong terserempak dengan Makhluk Utopia[mu].Tujuan kedatangan MU 1 danMU 11 ke bumi adalah untuk mengingatkan penduduk bumi bahawa bumi sudah mengalami tahap kritikal dan akan hancur.MU memilih Malaysia kerana mempunyai beberapa potensi yang dapat dimajukan untuk dijadikan negara model dunia dengan menegakka keamanan dan kesejahteraan sejagat.Chong, Chandran dan Salmah menyifatkan Malaysia sudak boleh dianggap sebagai negara model kerana mempunyai kualiti yang mencukupi, iaitu mempunyai bahasa kebangsaan,agama rasmi dan kebudayaan nasional, selain rakyatnya saling menghormati dan hidup dengan aman.Pendapat mereka disanggah oleh MU.MU 1 memberitahu bahawa mereka bertiga dipilih kerana mewakili generasi muda yang bakal menjadi pemimpin pada masa akan datang.Mereka perlu menjalani banyak ujian dan cabaran kerana pada masa ini generasi muda sudah mengalami krisis moral, sosial dan mental yang kritikal.MU 11 menasihati Chong, Chandran dan Salmah mempraktikkan nasihat mereka.Setelah MU 1 dan MU 11 beredar, Salmah menyatakan pendapatnya bahawa menjadi anggungjawab mereka untuk memikirkan kata-kata MU iu dan melakukan perubahan.Mereka bertiga berpakat untuk merancang strategi kepimpinan dan merealisasikan apa-apa yang disebut oleh MU itu.Mereka juga berazam untuk menyelesaikan masalah kemerosotan moral, memperkemas disipli an mengeratkan perpaduan.
Tema
Tanggungjawab remaja masa ini sebagai pemimpin masa depan menjelang tahun 2020.
Persoalan
1.Peranan remaja sekarang untuk melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
2.Keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja.
3.Kerukunan dan keharmonian kehidupan dalam sesebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum.
4.Pembangunan negara dalam pelbagai bidang.
5.Rakyat yang cinta akan tanah air.
Watak dan Perwatakan
Salmah:Gadis Melayu; berusia 22 tahun;rakan Chandran dan Chong;berkulit sawo matang; petah berhujah;berfikiran terbuka; tidak mudah dipengaruhi.
Chandran:Pemuda India; berusia 22 tahun; fasih berbahasan Melayu; kritis; tegas pendirian; tidak mudah mengaku kalah.
Chong:Pemuda Cina; berusia 22 tahun; pelajar jurusan geografi; emosional semasa berhujah.
Latar
Latar masa:Zaman sekarang; waktu petang; tahun 2020
Latar tempat:Kampus universiti.
Latar masyarakat:Golongan remaja yang masih belajar di universiti, masyarakat majmuk yang hidup bersatu padu; muda-mudi yang runtuh akhlak, masyarakat dari planet asing.
Plot
Permulaan:Salmah, Chandran dan Chong berbincang tentang pelajaran di kampus universiti.Mereka terlena kerana letih dan bertemu dengan dua orang makhluk Utopia[MU].
Perkembangan:MU 1 dan MU 11 memperkenalkan diri mereka dan menyatakan misi m,ereka datang ke bumi, iaitu memperingatkan penduduk bumi yang kini telah mencapai tahap yang cukup kritikal ke arah kemusnahan.MU 1 dan MU 11 memilih Malaysia keran berpotensi untuk dimajukan sebagai sebuah negara model dunia dalam menegakkan keamanan dan peningkatan moral sejagat.Konflik bermula apabila Chandran, Chong dan Salmah bertentangan pendap;at dengan MU 1 dan MU 11.Menurut mereka, Malaysia sudah mencapai negara model seperti ang disebutkan oleh MU 1 dan MU 11 dengan mengemukakan beberapa hujah.Pendapat mereka disanggah oleh MU 1 dan MU 11 dengan hujah bahawa generasi remaj kini telah mengalami keruntuhan moral yang serius dan pegangan agama mereka pula longgar.
Klimaks:Slmah, Chandran dan Chong terpingga-pingga dan seperti baru tersedar apabila MU 1 dan MU 11 beredar.
Peleraian:Salmah, Chandran dan Chong berbincang tentang perdebatan mereka dengan MU 1 dan MU 11.Mereka bertiga berpakat untuk merancang strategi kepimpinann dan merealisasikan apa-apa yang disebut oleh MU 1 dan MU 11.
1.Kita hendaklah belajar dengan bersungguh-sungguh supaya dapat memajukan negara.
2.Kita hendaklah bersatu padu antara kaum di negara ini.
3.Kitan janganlah melibatkan diri dalam gejala sosial yang dapat meruntuhkan akhlak.
4.Kita hendaklah berani menerima kritikan daripada orang lain.
5.Kita jangalah memandang rendah terhadap kebolehan diri sendiri dan berusaha dengan
bersungguh-sunggiuh agar mencapai kejayaan.,
4.3Cempaka Berdarah:A.Rahim Abdullah
Sinopsis
Prof.Peter,pensyarah Zaman, anak Mak Jah datang ke rumah Mak Jah.Oleh sebab tidak mengenal Prof.Peter, Mak Jah menyuruh Cempaka bersembunyi di dalam rumah.Kedatangan Prof. Peter sebenarnya untuk mengintip keluarga Mak Jah, terutama Cempaka yang diyakininya sebagai adik kandungnya yang terpisah semasa Perang Jepun dahulu.Menurut Prof.Peter, Mak Jah menjumpai Cempaka yang ditinggalkan oleh ibu mereka di tebing sungai Bukit Putih.Prof.Peter ingin membawa Cempaka pulang bersama-sama dengannya, tetapi hasratnya itu ditentang keras oleh Zaman dan Mak Jah.Cempaka terkena tembakan Prof.Peter lalu rebah.Prof.Peter melarikan ke dalam hutan.
Tema
Kasih sayang sesama ahli keluarga tanpa mengira asal keturunan.
Persoalan
1.Mempertahankan hak daripada dirampas oleh orang lain.
2.Perpisahan antara ahli keluarga akibat peperangan.
3.Sikap ssetengah individu yang mudah dipengaruhi dan sanggup diperguna oleh orang lain.
4.Persengketaan akan mendatangkan kesan yang buruk.
Watak dan Perwatakan
Cempaka
Gadis keturunan Iggeris; anak angkat Mak Jah; adik angkat Zaman; didakwaboleh Prof. Peter sebagai adik kandungnya; sangat menyayangi keluarga angkatnya, manja; berbudi bahasa; cederaa akibat ditembak oleh Prof.Peter.
Zaman
Nama penuhnya ialah Mohamad Zaman; anak tunggal Mak Jah; anak yatim; mahasiswa universiti; keras hati; sukar dipengaruhi; tegas dalam mempertahankan maruah keluarga; cinta akan tanah air.
Prof. Peter
Nama sebenarnya ialah Peter Broom; berketurunan Inggeris; profesor Antropologi dan Sosiologi; pensyarah universiti; penyayang; buktinya berusaha untuk mencari adik perempuannya yang hilang semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu; bijak menggunakan tipu daya untuk mencapai hajatnya.
Latar
Latar Masa :Tahun 1960-1n; waktu pagi;waktu petang.
Latar tempat :Dirumah Mak Jah di sebuah perkampungan ; di pinggir hutan.
Latar Masyarakat :Masyarakat kampung; masyarakat Inggeris yang menetap di negara ini; masyarakat yang terpelajar seperti Zaman yang menuntut di universiti; masyarakat yang mengalami penderitaan hidup semasa pendudukan Jepun.
Plot
Permulaan:Mak Jah dan Cempaka menunggu kepulangan Zaman dari universiti.Prof. Peter datang ke rumah Mak Jah dan memperkenalkan dirinya sebagai pensyarah Zaman.Cempaka bersembunyi di dalam rumah.
Perkembangan:Prof. Peter melihat gambar Cempaka yang tergantung di dinding rumah Mak Jah lalu bertanyakan banyak hal tentang gais itu kepada Mak Jah.Konflik bermula apabila Prof.Peter dan Malik menyindir Zaman sewaktu menemui Zaman di hutan.Konflik berterusan apabila Prof. Peter menyatakan bahawa Cempaka adik kandungnya yang terpisah semasa Perang Jepun dahulu.
Klimaks :Cempaka rebah akibat terkena tembakan senapang Prof.Peter.
Peleraian : Prof. Peter lari ke dalam hutan.Mak Jah dan Zaman mengangkat Cempaka.
Pengajaran
1.Kita hendaklah menyayangi keluarga kita
2.Kita hendaklah rajin berusaha supaya berjaya dalam pelajaran atau apa-apa bidang yang
diceburi.
3.Kita hendaklah menyelesaikan masalah dengan bijaksana.
4.Kita janganlah berprasangka buruk terhadap orang lain.
5.Kita hendaklah berani mempertahankan maruah diri dan keluarga.
Pada pendapat penulis, ibunya dan Sungai Ceper mempunyai persamaan.Sungai Ceper membekalkan air untuk aktiviti pertanian manakala ibu penulis bersawah untuk menyara keluarga.Air sungai Ceper mengalir tenang dan kadangkala mengalir deras kerana hujan lebat di kawasan hulunya.Pernah juga Sungai Ceper banjir dan merosakkan tanaman sehingga menimbulkan kemareahan penduduk kampung.Ibu penuis bertungkus lumus membuang sampah sarap di dalam petak sawah bagi menyelamatkan pokok padi daripada musnah.Apabila musim kemarau panjang, Sungai Ceper menjadi cetek dan tidak dapat membekalkan air kepada penduduk kampung lagi.Hal ini menyebabkan banyak tanaman dan haiwan ternakan yang mati.Empat puluh tahun kemudian, ibu penulis meningal dunia tetapi sungai Ceper masih wujud, namun airnya tidak sederas dan sebersih dahulu.Masyarakat setempat membuang sampah sarap ke dalam sungai itu sehingga menyebabkan Sungai Ceper tercemar teruk.Penulis menganggap sungai tersebut sebenarnya sudah mati.
Tema
Kepentingan sungai yang membekalkan air untuk kehidupan masyarakat dahulu.
Persoalan
1.Kehidupan masyarakat kampung yang bergantung sepenuhnya kepada sektor pertanian.
2.Kesan-kesan daripada kejadian banjir dan kemarau panjang.
3Sikap ketua keluarga yang tidak bertanggungjawab.
4.Pencemaran sungai akibat sikap manusia yang tidak bertanggungjawab.
Watak dan perwatakan
Ibu :Mempunyai seorang anak lelaki;suri rumah sepenuh masa; gigih bekerja;rajin dan cergas ketika muda;pemarah dan tidak sabar apabila berhadapan dengan ,masalah besar;lumpuh ketika tua dan akhirnya meninggal dunia.
Sungai Ceper : Sebatang sungai;terdapat di kampung penulis;banyak berjaya dengan membekalkan air untuk aktiviti pertanian,dan kegunaan harian penduduk;banyak ikan di dalamnya;mudah dipengaruhi oleh fenomena alam seperti banjir dan kemarau;akhirnya tercemar teruk akibat perbuatan pendudduk.
Latar
Latar masa :Peristiwa mengambil masa lebih daripada empat puluh tahun; waktu subuh;waktu malam;musim banjir;musim kemarau.
Latar tempat :Rumah keluarga penulis; Sungai Ceper; sawah padi.
Latar masyarakat :Masyarakat kampung yang bekerja sebagi petani; masyarakat yang bergantung kepada sungai untuk menjalankan aktiviti haria dan pertanian;masyarakat yang tidak menjalankan tanggungjawab dengan baik terhadap rumahtangga;masyarakat yang tidak menjaga kebersihan sungai.
Plot
Permulaan :Sungai Ceper mengalir dengan tenang dan membekalkan air kepada penduduk kampung bagi menjalankan aktiviti pertanian dan membekalkan ikan-ikan untuk makanan.Sungai Ceper mengalirkan air sepanjang masa.Seperti Sngai Ceper, ibu sentiasa sibuk dengan aktiviti sehari-hariannya di sawah dan di rumahnya.
Perkembangan :Hujan lebat menyebabkan Sungai Ceper banjir dan memusnahkan tanaman penduduk kampung.Ibu amat marah akan Ceper.Musim kemarau menyebabkan Ceper menjadi kering dan airnya cetek serta tidak apat membekalkan air.Ibu menyalahkan Ceper lagi kerana tanaman rosak dan haiwan ternakan mati.Ibu tidak ke Sungai Ceper lagi apabila musim kemarau.Ibu sanggup bersusah payah menggunakan perigi walaupun terpaksa menceduk air yang dalam.Lama-kelamaan Sungai Ceper mula tercemar dengan kelodak dan sisa-sisa serta bangkai binatang manakala kesihatan ibu mulai merosot.
Klimaks :Ibu dan ayah penulis meninggal dunia.
Peleraian :Sungai Ceper semakin tercemar dengan pelbagai bahan buangan di dalamnya dan tidak dapat memainkan peranannya seperti dahulu.Penulis menganggap Sungai Ceper sudah mati.
1.Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai apa-apa yang kita mahu.
2.Kita hendaklah bersabar apabila berhadapan dengan masalah.
3.Kita hendaklah menyayangi ibu dan bapa kita.
3.2Memori Seorang Tua : Zahari Affandi
Sinopsis
Pak Itam pejuang kemerdekaan yang berjuang untuk memajukan banhsa dan negaranya.Pak Itam sering dipenjarakan oleh penjajah.Bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-85, Pak Itam bercadang untuk mengadakan kenduri.Tok Mat dan beberapa orang pemuda kampung diberkan tanggungjawab untuk menguruskan majlis tersebut.Dalam pada itu, Pak Itam mengimbas kembali beberapa peristiwa silam, termasuk perpisahannya dengan keluarganya.Pada hari yang dinantikan itu, majlis Pak Itam hanya dihadiri oleh penduduk kampung itu.Pak Itam berasa kecewa kerana perjuangannya selama ini dilupakan.Tiba-tiba suasana menjadi kecoh apabila Pak Itam didapati terbaring di atas sejadah semasa sembahyang Zuhur.Pak Itam meninggal dunia.Pada masa yang sama, orang ramai hairan apabila melihat seorang wanita yang tidak dikenali meletakkan sejambak ros merah di hujung kaki Pak Itam sebelum meninggalkan rumah itu.
Tema
Semangat patriotik.
Persoalan
1.Jasa dan pengorbanantokoh pejuang yang ingin membebaskan anak bangsa dan negaranya
daripada penjajah.
2.Perpisahan pejuang kemerdekaan dengan keluarganya.
3.Sikap masyarakat yang mudah melupakan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan.
4.Sikap menghormati dan prihatin terhadap orang tua-tua.
5.Amalan bekerjasama untuk menjayakan sesuatu pekerjaan.
Watak dan perwatakan
Pak Itam :Duda; mempunyai dua orang anak; berusia 85 tahun; berpendidikan tinggi; pejuang kemerdekaan; anak Melayu pertama yang menjadi majistret; mempunyai semangat patriotik yang tinggi; suka membaca; kesunyian; meninggal dunia semasa menunaikan solat.
Tuk Mat :Rakan Pak Itam; tinggal sekampung dengan Pak Itam; sarjan polis pencen; berparut di sebelah pipi akibat terkena peluru; mempunyai isteri bernama Rogayah dan dua orang anak perempuan yang bernama Halimah dan Rokiah; berdisiplin; menghormati orang tua-tua; prihatin terhadap kesusahan orang lain; ikhlas membantu.
Latar
Latar masa :Zaman sebelum kemerdekaan; zaman ini;waktu pagi;waktu tengah hari; waktu malam.
Latar tempat :Kampung Langat ; rumah Pak Itam; di tepi jalan raya; pejabat Utusan Melayu.
Latar masyarakat :Masyarakat yang sanggup berkorban nyawa dan keluarga demi kemajuan anak-anak bangsa dan negaranya; masyarakat penjajah yang bersikap zalim; masyarakat moden yang tidak menghargai jasa dan pengorbanan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan; masyarakat yang bersatu padu; bekerjasama; dan menghormati orang tua-tua; golongan muda yang tidak mempunyai semangat patriotik.
Plot
Permulaan :Pak Itam memerhatikan persekitaran rumahya sambil mengimbas rentetan hidupnya sejak muda hingga sekarang.Dengan bantuan Tok Mat dan beberapa orang pemuda kampung, Pak Itam merancang akan mengadakan kenduri sempena ulang tahunnya yang ke-85 pada keesokan harinya.
Perkembangan:Pelbagai persediaan termasuk kelengkapan dan aktiviti diselenggara oleh Tok Mat dan anak buahnya.Pak Itam menjemput pelbagai pihak untuk memberikan publisiti tentang majlis ulang tahunnya itu dengan hasrat untuk berkongsi memori hidup dan perjuangannya terhadap bangsa dan negara.Pak Itam kecewa dan sedih kerrana majlisnya itu hanya dihadiri oleh penduduk kampung dan artis yang diundang untuk mengadakan persembahan.
Klimaks : Pak Itam meninggal dunia di atas sejadah semasa sembahang Zuhur.
Peleraian :Seorang wanita yang tidak dikenali melawat jenazah Pak Itam sambil membawa jambangan ros merah.
Nilai
Cinta akan negara; ketabahan;pengorbanan;kasih sayang;hormat-menghormati;mengenang jasa; bekerjasama; tolong-menolong;keikhlasan; bersimpati.
Pengajaran
1.Kita hendaklah menghargai jasa dan pengorbanan pejuang kemerdekaan negara.
2.Kita hendaklah menghormati orang tua-tua.
3.Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dalam setiap perjuangan.
3.3Israk :Erda Roslan Khairi
Sinopsis
Adam, isteri dan anaknya iaitu, Israk dan Mikraj menziarahi Wah, iaitu ibu Adam di kampung.Israk yang dibesarkan di bandar tidak selesa dengan rumah neneknya.Daaia juga tidak suka makan buah-buahan tempatan dan makanan kampung, selain tidak menggemari suasana di kampung.Tindakan Israk itu melukakan hati Wah.Mikraj sering menasihati Israk supaya membuang sikap berlagaknya itu.Semasa remaja Wah jatuh cinta terhadap Lebai Saleh, tetapi mereka terpisah apabila Lebai Saleh belajar dan berkahwin di Mesir.Wah pula berkahwin dengan Firdaus Frank, namun semasa Wah mengandung sembilan bulan, suaminya meninggal dunia.Suatu pagi bekalan air terputus, Israk pergi ke sungai untuk mandi.Dia terjatuh ke dalam sungai dan Wah menyelamatkannya.Selepas kejadian itu Israk menyesal dan berubah sikap.
Tema
Sikap egoistik seorang cucu yang dibesarkan dengan cara hidup moden.
Persoalan
1.Keadaan dan cara hidup di kampung.
2.Hubungan antara anak dengan ibu yang tinggal di kampung.
3.Harapan ibu terhadap anak cucu yang tinggal di bandar.
Watak dan perwatakan
Israk:Anak sulung Siti Hawa dan Adam; abang Mikraj;dibesarkan di Perth, Australia; menggemari muzik; berpendidikan dalam bidang korporat; egoistik; tidak menggemari buah-buahan dan makanan tempatan; lemas di dalam sungai tetapi dapat diselamatkan oleh neneknya; akhirnya insaf atas perbuatannya.
Mikraj:Anak bongsu Siti Hawa dan Adam; adik Israk; pandai mengambil hati orang tua-tua; berhemah tinggi.
Latar
Latar masa :Masa ini; kronologi cerita berlaku dalam beberapa hari; waktu pagi;tengah hari; waktu malam;4 Oktober.
Latar tempat :Di kampung Sayong; rumah Wah; di kebun; di Sungai Perak.
Latar masyarakat:Masyarakat kampung yang bercucuk tanam dan bertani; masyarakat bandar yang menjalani kehidupan yang moden; golongan remaja yang dibesarkan di bandar dan tidak gemar tiggal di kampung; masyarakat yang mendapat pendidikan agama di Timur Tengah; masyarakat yang mematuhi suruhan Tuhan; masyarakat yang saling menasihati.
Plot
Permulaa:Adam sekeluarga pulang ke kampung untuk menziarahi ibunya, Wah.Mereka dijamu oleh Wah dengan buah-buahan tempatan.
Perkembangan :Israk tidak selesa tinggal di kampung kerana dia dibesarkan di bandar.Dia sering mengeluarkan kata-kata yang menyinggung perasaan neneknya.Mikraj menasihati abangnya supaya tidak bersikap demikian demi menjaga hati neneknya.Israk terus bersikap degil dan memarahi Mikraj pula.Hal ini menyebabkan mereka sering bertengkar.
Klimaks:Wah menyelamatkan Israk daripada lemas di dalam sungai.
Peleraian :Semasa makan, Israk yang berbaju Melayu turut makan makanan tempatan dengan nenek, ibu, ayah dan adiknya.
Nilai
Kasih sayang; cinta akan alam sekitar; nasihat-menasihati; bantu-membantu; keinsafan.
Pengajaran
1.Kita hendaklah mempunyai perasaan kasih sayang sesama ahli keluarga.
2.Sebagai anak, kita hendaklah mematuhi nasihat dan menjaga hati orang tua-tua.
3.Kita janganlah bersikap sombong terhadap orang tua-tua.
4.Kita hendaklah membantu orang yang ditimpa kesusahan.
3.4Pemain Catur : Zaharah Nawawi
Sinopsis
Uj memberitahu Um tentang kehebatan keturunan mereka dalam permainan catur.Bagi Uj, kegemilangan keturunan mereka sebagai juara dunia dalam perlawanan catur perlu dikembalikan.Oleh itu, Uj menceritakan sejarah permainan catur, di samping mengasak Um dengan latihan bermain catur.Akibat hasutan Uk kepada Uj yang mengatakan bahawa Um berhasrat untuk mengatasi kehandalan Uj dalam permainan catur, Uj mencabar Um berlawan catur di hadapan keluarga mereka.Perlawanan itu menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan keluarga mereka.Perlawanan bertambah sengit apabila Um menuduh Uj mengalihkan buah caturnya tetapi Um pula mendakwa Um menuduhnya untuk mengelakkan kekalahan.Untuk mengelakkan ketegangan, Um ke bilik air.Sekembalinya di meja, Um meraung kesakitan kerana kakinya terkena tumpahan asid yang terletak di bawah meja.Um menuduhUj yang meletakkan asid tersebut untuk mensabotaj perlawanan tersebut.Ibu yang sedang sakit amat sedih akan pergaduhan antara kedua-dua beradik itu sehingga mengalami strok.Pergaduhan tersebut turut memecah-belahkan keluarga mereka apabila sebahagian daripada mereka menyokong Uj manakala ada pula yang memihak kepada Um.
Tema
Perpecahan sesebuah keluarga akibat sikap mengutamakan kepentingan diri sendiri.
Persoalan
1.Sejarah dan cara-cara bermain permainan catur.
2.Sikap mementingkan maruah keluarga.
3.Kegigihan dalam mengerjakan sesuatu menjamin kejayaan seseorang.
4.Sikap mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapa.
Watak dan perwatakan
Uj :Abang sulung Um,Us,Uk dan Ur; berperanan sebagai ketua keluarga; pandai bermain catur sehingga memiliki gelaran IGM; sombong akan kebolehannya bermain catur.
Um:Adik bongsu Uj,Us,Uk dan Ur; padai bermain catur dengan latihan dan semangat yang diterima daripada Uj sehingga memiliki gelaran FM; rajin berlatih bermain catur dan membaca hal yang berkaitan dengan catur; tidak mudah mengalah.
Latar
Latar masa :Masa ini, kurun ke-5;kurun ke-17;waktu siang.
Latar Tempat :Rumah keluarga Uj dan Um.
Latar Masyarakat:Masyarakat yang pandai bermain catur dan menyuarai perandingan catur pada peringka dunia; masyarakat yang mementingkan darjat dan keturunan; masyarakat yang berpecah belah kerana menginginkan kemenangan; golongan penghasut.
Plot
Permulaan: Uj mengajak Um berlawan catur tetapi ditolak kerana Um bimbang akan keadaan kesihatan ibunya.
Perkembangan:Uj menceritakan kehebatan keturunannya mereka bermain catur, selain menjelaskan sejarah perkembangan permainan catur kepada Um dan adik-adiknya yang lain.Uj mengajar Um bermain catur.Konflik bermula apabila Uk memberitahu Uj bahawa Um berhasrat untuk mengatasi kehandalan Uj dalam permainan catur.Uj mengajak Um berlawan catur untuk menunjukkan kehandalannya di hadapan ahli keluarga mereka.Uj dan Um saling tuduk menuduh kerana terdapat penipuan dalam permainan tersebut.Konflik memuncak apabila kaki Uj terkena asid yang berada di bawah meja.Pertengkaran mereka menyebabkan ibu mereka bertambah sakit.
Klimak:Ibu mereka mengalami strok.
Peleraian:Perpecahan yang berlaku dalam keluarga mereka menandakan kjatuhan pewaris pemain catur yang hebat.
1.Kita hendaklah gigih berusaha agar berjaya dalam lapangan yang diceburi.
2.Kita haruslah sentiasa menjaga nama baik keluarga.
3.Kita hendaklah mengelakkan pergaduhan antara keluarga.
4.Kita hendaklah menyelesaikan pertelingkahan antara keluarga dengan bijak.
3.5Mellisa: Abdullah Hussain
Sinopsis
Mellisa mengikut Farid ke pejabatnya dan di situ Mellisa berkenalan dengan Syahid.Wajah Syahid seiras Hisyam, teman Mellisa semasa kecil.Dalam perjalanan pulang, Mellisa teringat akan pengalamanya bermain bersama-sama Hisyam.Hisyam dan ibunya meninggaldunia akibat rusuhan kaum semasa peristiwa 13 Mei.Syahid menelefon Mellisa dan mereka berbual-bual panjang.Sejak itu, hubungan mereka menjadi rapat sehingga melahirkan perasaan cinta.Namun demikian, Mellisa terpaksa meninggalkan Syahid setelah menyertai angkatan tentera.Mellisa ingin mencurahkan khidmat baktinya kepada negara dengan menjaga keselamatan negaa ini kerana dia tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang kembali.
Tema
Cinta antara dua insan yang berlainan bangsa, agama dan budaya.
Persoalan
1.Kesan peristiwa 13 Mei kepada rakyat di negara ini.
2.Perasaan cinta sesama manusia bersifat sementara sahaja.
3.Semangat patriotik dan cinta akan kedamaian.
4.Kepentingan perpaduan dalam kalangan masyarakat majmuk.
Watak dan Perwatakan
Mellisa:Gadis berbangsa Cina; bersahabat baik dengan Hisyam semasa kecil; cantik; sederhana tinggi; berwajah bujur telur; dab mempunyai susuk tubuh yang menarik setelah dewasa; mahasiswi universiti yang sedang menyiapkan Masters; mempunyai semangat patriotik yang tinggi; sanggup mengorbankan kehidupannya demi nusa dan bangsa.
Hisyam:Rakan karib Mellisa semasa kecil; tinggal di kawasan setinggan bersama-sama ibunya; berjualan nasi lemak dan kuih koci setiap pagi; bercita-cita untuk menjadi peguam atau askar; terbunuh bersama-sama ibunya dalam peristiwa 1 Mei; dicintai oleh Mellisa.
Syahid:Wartawan surat khabar; menurut pandangan Mellisa, wajahnya seiras Hisyam; berkumis; kurus; peramah; kekasih Mellisa; marah dan kecewa apabila Mellisa memutuskan perhubungan mereka.
Latar
Latar masa:Masa ini; 13 Mei;hari Sabtu; hujung minggu; 15 tahun yang lalu.
Latar tempat:Di bilik Syahid di pejabat surat khabar; di Jalan Petaling; di kawasan setinggan; di Kampung Baru; di Jalan Tun Perak.
Latar masyarakat:Masyarakat yang berlainan bangsa dan agama; masyarakat yang terlibat dalam rusuhan kaum; masyarakat yang cinta akan keamanan; masyarakat penjajah yang mengamalkan dasar pengasingan kaum di negara ini; golongan cerdik pandai seperti mahasiswa, pensyarah dan wartawan.
Plot
Permulaan:Melisa mengikut Farid ke pejabatnya dan berkenalan dengan Syahid.
Perkembangan:Pertemuan dengan Syahid yang mirip teman rapatnya, Hisyam itu menyebabkan Mellisa teringat akan kenangan bersama-sama dengan Hisyam sewaktu kecil.Konflik bermula dengan kematian Hisyam dalam peristiwa 13 Mei.Sejak itu,Mellisa berasa sunyi dan kehilangan. Mellisa menjalinkan hubungan rapat dengan Syahid.
Klimaks:Mellisa memutuska perhubungannya dengan Syahid kerana dia ingin berbakti dan menjaga keselamatan negara supaya rakyat di negara ini hidup aman dan damai.
Peleraian:Mellisa menyertai angkatan tentera bagi menjamin keamanan di negara ini berterusan.
Nilai
Kasih sayang; tolong-menolong; perpaduan; ketabahan; cinta akan negara
Pengajaran
1.Kita mestilah mengamalkan sikap menghormati kaum lain di negara ini bagi menjamin
keamanan dan perpaduan yang berterusan.
2.Kita hendaklah mempunyai perasaan belas kasihan dan tidak melakukan kezaliman antara satu
sama lain.
3.Kita mestilah mempunyai semangat cinta akan negara dan berusaha menjaga keamanan negara
ini.
4.Kita hendaklah mengamalkan sikap bantu-membantu antara satu sama lain tanpa mengira
bangsa dan agama.
3.6Biarkan Samudera :Raihanah Salleh
Sinopsis
Amirah mengalami konflik jiwa atau skizofrenia apabila sering memikirkan rumahya yang terletak di tepi pantai telah dirobohkan untuk digantikan dengan rumah peranginan.Amirah sentiasa teringat akan ayahnya yang sedang menangkap ikan di laut.Pembangunan di kawasan itu mengecewakan Amirah dan ayahnya meskipun mereka diberikan rumah yang baharu.Amirah juga menganggap pembinaan rumah peranginan itu menyebabkan laut mengalami kerosakan.Hakimah, sahabat karib Amirah membawa Amirah menemui kaunselor, selain mengajarkan Amirah membaca Al-Quran agar dia memperoleh ketenangan dan kebahagiaan.Sewaktu termenung di jendela, Aminah teringat akan kata-kata ayahnya yang menyuruhnya mencari pekerjaan yang baik dan membina rumah yang menjadi miliknya sendiri, selain menjaga laut daripada pencemaran meskipun kawasan laut menerima pembangunan.Telekung pemberian ibu Hakimah menyebabkan Amirah semakin pulih setelah rajin melakukan solat.
Tema
Konflik jiwa seorang remaja yang menghadapi dugaan hidup.
Persoalan
1.Perasaan simpati seorang kawan terhadap masalah yang dihadapi oleh sahabat karibnya.
2.Pembangunan kawasan laut untuk projek peranginan.
3.Kesan-kesan pembangunan terhadap laut.
Watak dan perwatakan
Amirah:Anak tunggal; telah kematian ibu; anak nelayan; sahabat karib Hakimah; mahasiswi universiti; menghadapi skizofrenia; tidak tabah; pemurung setelah menghadapi konflik jiwa; akhirnya sembuh setelah raji bersolat.
Hakimah:Sahabat baik Amirah; mahasiswi universiti; prihatin; banyak membantu untuk mengubati penyakit Amirah.
Latar
Latar masa:zaman sekarang; hari Sabtu.
Latar tampat:Perkampungan nelayan di laut; laut; universiti; rumah Hakimah.
Latar Masyarakat:Masyarakat nelayan yang miskin dan tersisih akibat pembangunan di kawasan mereka; masyarakat remaja yang mengalami konflik jiwa; masyarakat yang prihatin terhadap masalah orang lain dan membantu mengatasinya; golongan emaja yang masih menuntut di pusat pengajian tinggi.
Plot
Permulaan :Amirah teringat akan laut yang bergelora.Baginya, laut tempat tinggal nelayan dan tempat nelayan mencari rezeki kini diancam kemusnahan dan ekosistem laut terganggu akibat pembangunan.Sikap Amirah turut berubah dan hal ini membimbangkan Hakimah.
Perkembangan:Hakimah berusaha untuk mengubati penyakit jiwa yang dialami oleh Amirah.Hakimah membawa Amirah menemui kaunselor.Hakimah juga menyerahkan telekung pemberian ibunya kepada Amirah.
Klimaks:Amirah teringat akan perbualannya dengan ayahnya yang menyuruhnya menjaga laut daripada kemusnahan meskipun pembangunan dijalankan di kawasan itu.
Peleraian:Hakimah gembira kerana Amirah beransur pulih setelah rajin menunaikan solat dengan telekung pemberian ibu Hakimah.
"Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu Yang Menciptakan (sekalian makhluk). Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui Pena dan tulisan.Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya." ( Surah Al-A'laq ayat 1-5 )