Pages

Monday, December 31, 2012

i WaNT To GRoW oLD BeauTIFuLLy aND GRaCeFuLLy


aSSaLaMuaLaiKuM...

arinie genap usia aku 25 tahun hu3... Yeahhh finally i reach quater of the century... Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana sHu masih diberi kesempatan untuk hidup di bumi ini. Memandangkan usia dah makin meningkat so terasa nak search and kongsi pasal kecantikan la plak... Menurut kajian, tubuh badan kita mengandungi 80% kolagen yang berfungsi untuk menengangkan dan mencantikkan kulit. Kolagen dalam badan akan mula menurun sebanyak 1.5% setahun apabila kita mencecah umur 25 tahun dan kulit akan mula mengendur dan berkedut... arghhhh xkwen lg xkan nak biarkan muka berkedut plak kan kang jadi andartu plak  hu3... sebab tu tajuk post aku arinie ialah " i want to grow old beautifully and gracefully". Bukan stakat cantik luaran tapi akan berusaha untuk mencantikkan dalaman juga supaya menjadi manusia yang lebih baik. ok, sebelum tu kita kenal dulu apa itu kolagen...


KoLaGeN

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia  menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi,  dan gigi,hati,tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti  buahpinggang,jantung serta sistem limfatik.

Terdapat  29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V.
  •  Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
  •  Kolagen II: tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
  • Kolagen III: reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
  •  Kolagen IV: membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata, atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
  •  Kolagen V: permukaan sel, rambut dan uri.

FuNGSi KoLaGeN
Kolagen berfungsi untuk menghasilkan asid amino  penting seperti :
  • lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
  • hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan     tulang glisin -melembapan kulit.
  • alanin, prolin  dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan  kulit   lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
  • arginin -memudahkan  tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
  • mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
  • melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
  • menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
  • menampung air dalam tubuh.
  • meningkatkan penyerapan kalsium.
  • menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
  • meningkatkan isyarat induksi
  • menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik

KeBaiKaN KoLaGeN 
  • memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
  • memelihara kelembapan kulit
  • menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
  • menguatkan otot dan tulang
  • membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
  • memelihara  kelenturan sendi
  • mengurangkan keradangan(inflammation)
  • memberi tenaga
  • membantu pola tidur
  • memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf

KeSaN KeKuRaNGaN KoLaGeN DaLaM TuBuH BaDaN
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun selepas usia 25 tahun.Kesan penurangannya mula dirasai lebihkurang 10 tahun kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir separuh daripada kolagen yang ada. Jadi, semakin tua, semakin berkurangan kolagen dalam badan.

Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis, arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.


KoLaGeN YaNG DiaMBiL SeBaGai SuPPLeMeNT MaKaNaN
  • Kolagen ikan dihidrolisis adalah yang terulung
  • Ia dianggap satu penyelesaian yang mudah, selamat dan ideal bagi membantu merangsang pertumbuhan kolagen dalam kulit
  • Kolagen hidrolisis adalah suplemen pelbagai fungsi yang berpotensi untuk meningkatkan pengurangan pelbagai penyakit dan mengatasi masalah fizikal Ia adalah dari jenis kolagen1.
  • Berat molikul rendah daripada 1000 adalah  lebih mudah dicerna dan cepat diserap ke dalam usus berbanding dengan kolagen kompleks dari kambing,lembu atau babi seberat 400 000.
  • Menyediakan  predigested collagen  telah dicernakan dahulu dan cepat diserap.
  • Kolagen ikan  dapat mempertahankan bentuk struktur asalnya iaitu rangkaian `Triple Helix', struktur bentuk yang sama terdapat pada kolagen manusia. Ini merupakan penemuan terpenting abad ini
  • Memperbaiki konsentrasi hydrooxyproline (HyPro).
  • Menyediakan asid amino yang penting yang sering tiada dalam pemakanan.Ia mengandungi 20 asid amino, termasuk 8 daripada 9 asid amino essential (tidak ada tryptophan).
  • Memberikan nisbah asid amino yang diperlukan untuk  pembentukan kolagen dalam badan.Menyediakan asid amino bebas dan peptida.
  • Menyediakan prolin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tissue, dan untuk mengekalkan fungsi sel..
  • Mengandungi arginin yang membantu tidur dan meningkatkan prestasi bersukan
  • Mengandungi asid amino yang menggalakkan tubuh untuk meningkatkan pembentukan otot.Lebih banyak otot tanpa lemak meningkatkan kadar metabolisme .Ini mencepatkan kadar pembakaran lemak .
  • Lemak yang terbakar daripada peningkatan otot tanpa lemak  diubah menjadi tenaga. Akibatnya, ramai orang merasai peningkatan tenaga sepanjang hari kerana tubuh mereka dengan cepat menggunakan lemak sebagai sumber tenaga.
  • Mengandungi glucosamin dan asid hailuronik semulajadi yang menyokong baikpulih tissue penyokong terutamanya pada sendi.
  • Menyediakan penampungan air badan dan mengoptimakan penghidratan. Kesannya melembapkan dan meningkatkan kekenyalan serta ketegangan kulit.
  • Merupakan bahan yang baik untuk pemakanan ahli sukan.Ini penting bagi olahragawan untuk memulihkan kadar protein selepas latihan.
  • Mempercepatkan process pemulihan kecederaaan
  • Meningkatkan kewaspadaan mental, kejernihan mental, konsentrasi.
  • Ia boleh membentuk dan menegangkan badan.
  • Peningkatan tahap tenaga sesuai untuk pelan penurunan berat badan.
  • Memelihara dan menguatkan rambut dan kuku.
  • Ia membantu menegang kulit dalam  melambatkan penuaan. Ia memberikan keseimbangan nitrogen positif yang penting dalam menyokong nutrisi bagi generasi usia seperti hilangnya kolagen dan kerosakan tulang rawan
  • Hati manusia juga memproses kolagen hidrolisis sebagai karbohidrat kompleks, yang mengimbangi gula dalam darah dan meningkatkan tahap tenaga.
  • Kajian klinikal awal menunjukkan pengambilan kolagen ikan pada sukatan yang betul selama 66 hari mampu memperbaiki penuaan kulit sebanyak 80%.

BaGaiMaNa NaK aTaSi KeKuRaNGaN KoLaGeN DaLaM BaDaN???

Haaaa tak payah susah2  nak cari ikan dihidrolisis tu sebab dah banyak produk berasaskan kolagen di pasaran sekarang nie... So sape2 yang teringin nak dapatkan kolagen bolehlah melawat page sHu ae he3...


Saturday, December 29, 2012

aKu iNGiN MeNJaDi YaNg TeRBaiK

Saat aku mulai mencintai seseorang, aku ditinggalkan…
Saat aku sangat mengharapkannya, dia menghilang…
Ketika aku mulai merasakan bahagia, aku dicampakkan…
Ketika aku sangat memerlukannya, dia memilih yang lain…

Aku bertanya pada Allah s.w.t:

“Ya Allah s.w.t.. Kenapa semua yang aku inginkan tidak aku miliki??”

Allah s.w.t Menjawab:

“… kerana kamu tidak pernah merasa yakin memilikinya.”

Aku Kembali Bertanya:

“.. tapi mengapa pada saat aku bahagia dia meninggalkanku?”

Jawab Allah s.w.t:

“.. kerana kamu tidak pernah memahami apakah dia bahagia bersamamu.”

“Aku tidak akan memberikan pasangan yang baik untukmu, jika kamu masih kasar.”

“Aku tidak akan memberikan pasangan yang setia untukmu, di saat kamu selalu mencari yang terbaik.”

“Aku tidak akan menganugerahkan seseorang yang sabar bagimu sedangkan kamu masih ego.”

“Aku akan memberikan pasangan yang sesuai untukmu, maka perbaikilah dirimu sesuai dengan apa yang kamu inginkan dari pasangan hidupmu.”

~>>Sesungguhnya wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah untuk wanita-wanita yg keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yg baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).

Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (Syurga) <<~

"aKu aKaN CuBa MeMPeRBaiKi DiRi uNTuK MeNJaDi YaNG TeRBaiK SuPaYa aKu MeMPeRoLeH YaNG TeRBaiK uNTuKKu"

Friday, December 28, 2012

~ My DReaM CaR ~


Bismillahirrahmanirrahim...

arinie da boring sangat... so belek2 pic kereta idamanku ha3. belek punya belek bila la nak beli kereta nie kan??? orang lin smua dah beli kereta tapi aku jugak yang still nik motor. Kalau nak ikutkan nik motor lagi best. Xpayah pikir bab parking sbb bley suka ati je nak letak ahaks. Pastu minyak motor pon save. Xpayah bayar ansurans bulanan sbb aku beli cash hu3, tapi bila pikir bab hujan n kena pg kursus or mne2 memang kereta amat diperlukan. sebelum tu meh tengok motorku yang cantik menarik tertarik... merah lagi hu3. tapi sebenarnya dah calar pon sbb eksiden bulan posa ari2. Dahla baru beli terus eksiden ha3. Salah diri sendiri la sebab xberhati2 di jalan raya. Nasib baik luka cikit je...

My ReD JNQ **** YaMaHa eGo S


Hurmmm klu nak ikutkan sejak mula2 masuk UPSI lagi aku dah da kereta idaman hu3. bru masuk U dah berangan macam2 tapi xpe i2la sumber inspirasi untuk berjaya kih3. Btw memang dari dulu minat kereta Honda sbb cam best and selesa je bila naik. My first love adalah Honda Jazz sebab first Honda Jazz yang aku tengok warna PINK aha3. Terus jatuh hati sampai termimpi2 bertahun2 lamanya. Tapi skang dah xde la warna pink. Mybe yang tu limited edition kot. Msa aku tengok tu tahun 2007 hu3 skang dah nak masuk 2013 dah. so bla Honda launch Honda Jazz Hybrid warna merah terus hati makin tertawan hu3. Sangat cantek!!!

My DReaM HoNDa JaZZ HyBRiD MiLaNo ReD

Tapi terpaksa pikir banyak kali juga la sebab orang cakap kereta hybrid nie banyak problem... Biasa la benda baru kan mesti la banyak problem. Meh kita tengok kelebihan dan kelemahan kereta hybrid nie...

KeLeBiHaN KeReTa HyBRiD
  • Kereta hibrid dianggap sebagai kereta masa depan. Ia mampu dan berkesan menjimatkan bahan api dan pada masa yang sama, ia hanya menghasilkan asap toksik tahap rendah. Kerana kelebihan ini, populariti kereta hibrid kini berkembang setiap hari. Ramai orang kini mempertimbangkan sama ada menyingkirkan kereta konvensional mereka dan membeli sebuah kereta hibrid untuk membantu dalam mengurangkan kos penggunaan bahan api.
  • Kereta hibrid mempunyai dua enjin untuk ia secara efektif menjimatkan penggunaan bahan api. Ia mempunyai enjin petrol tradisional dan juga mempunyai motor elektrik dan bateri. Dua enjin bekerja bersama-sama dalam usaha untuk mengurangkan penggunaan bahan api. Dengan teknologi ini, anda akan dapat mengurangkan penggunaan bahan api lebih daripada separuh. Cuba bayangkan, dengan kereta hibrid, anda akan dapat untuk pergi lebih daripada 97 kilometer segelen. Melalui pelaburan ini, kereta hibrid pasti menjadi kereta masa depan.
  • Pemilik kereta hibrid dikatakan tidak merasa peningkatan kos harga bahan api. Ini adalah kelebihan utama kereta hibrid. Brek dalam kereta hibrid juga dikonfigurasikan untuk menangkap tenaga yang dibebaskan dan menggunakan ia untuk mengecas bateri dalam kereta hibrid. Ini bermakna bahawa tidak seperti kereta elektrik, kereta hibrid sebenarnya tidak perlu dicaj dari soket elektrik rumah anda.

KeLeMaHaN KeReTa HyBRiD
  • Kelemahan utama kereta hibrid adalah harga runcitnya agak mahal berbanding kereta biasa. Hanya orang-orang yang mempunyai wang yang cukup boleh membeli kereta hibrid. Walau bagaimanapun, kereta hibrid sebenarnya lebih murah apabila dibandingkan dengan kereta konvensional dalam jangka masa panjang. Jika anda mengira jumlah penggunaan bahan api kedua-dua kereta, anda sebenarnya akan melihat bahawa anda boleh menyimpan lebih banyak wang dengan menggunakan kereta hibrid.
  • Kereta hibrid adalah agak berat kerana bateri berat yang dipasang di dalam kereta. Atas sebab inilah mengapa pengeluar kereta hibrid mengintegrasikan enjin pembakaran dalaman yang lebih kecil dan dibina dengan bahan-bahan ringan dan binaan luar yang aerodinamik dalam usaha untuk memaksimumkan kecekapan kereta hibrid. Ini bermakna bahawa kereta hibrid tidak boleh bergerak dengan kepantasan maksimum.
  • Satu lagi isu mengenai kereta hibrid adalah bahawa ia sangat berisiko dalam kemalangan. Apa yang membuatkan kereta hibrid berkesan dalam teknologinya adalah juga apa yang membuatkan ia berisiko jika ia terlibat dalam kemalangan. Ini adalah kerana kereta hibrid menyimpan jumlah voltan yang tinggi dalam bateri. Ini bermakna bahawa terdapat peluang yang tinggi mendapat kejutan elektrik apabila anda terlibat dalam kemalangan. Ini juga bermakna agak sukar untuk penyelamat untuk menyelamatkan pemandu dan penumpang keluar dari kereta hibrid kerana bahaya voltan tinggi di dalam kereta.

Haaa acaner tu??? Semua benda kat dunia nie xde yang sempurna kan. Walaupun ada kelebihan tapi ada juga kelemahannya. So nak beli Honda Jazz Hybrid ke or beralaih arah kepada kereta lain plak hu3. Tapi still hati nie nak kerta Honda jugak he3. So meh lihat pilihan keduaku... Tapi xde my favorite colour la plak. xpe nanti kita catkan bagi jadi warna PINK ae aha3. Nie antara warna2 yang akan menjadi pilihan hu3.

HoNDa CiTy TaFFeTa WHiTe

HoNDa CiTy aLaBaSTeR SiLVeR MeTaLLiC

HoNDa CiTy PoLiSHeD MeTaL MeTaLLiC

HoNDa CiTy CRySTaL BLaCK PeaRL

insyaAllah semoga suatu hari nanti kereta ini akan menjadi milikku jua hu3. Chaiyok2 sHu... simpan duit tu jangan nak shopping baju je bukan nak pegi mne2 sangat pon kui3.

"TaK SeMua YaNG Kau iMPiKaN aKaN MeNJaDi KeNYaTaaN KeRaNa ALLaH S.W.T LeBiH MeNGeTaHui aPa YaNG TeRBaiK uNTuKMu ^_~"