Thursday, October 1, 2009

LeLaKi Tua iTu...



Hening subuh sunyi
Dingin embun menggigit tulang
Kuterlihat kelibat seorang lelaki tua
Putih bersih wajahnya berseri
Berkopiah putih mencari keinsafan

Lelaki tua itu...
Kedutan tua jelas terpancar diwajahnya
Urat-urat mula menonjolkan diri
Menandakan usia telah meniti senja
Tetapi semangat tidak mengenal erti
Hidup.. perlu diteruskan

Lelaki tua itu...
Tidak mengenal erti penat dan lelah
Berbekalkan baju lusuh dan seluar panjang
Lampu suluh dan pisau toreh
Motor buruknya dan bekalan makanan

Lelaki tua itu...
Kucium tangannya yang kasar
Sayup-sayup kelibatnya hilang
Terus hilang dalam kegelapan pagi
Dengan harapan penuh membara

Dimuka pintu ibuku menunggu
Menanti setiap hari tanpa jemu
Kepulangan lelaki tua itu pasti disambut
Secangkir kopi penuh kecintaan

0 CoNViNieNT: